Lalu, nabi musa pun menyuruh lelaki tersebut mengaku dan keluar. Pada masa yang sama, lelaki yang berdosa tu TERASA, dan dia rasa malu dan bersalah. Dia malu nak mengaku, dia takut di kutuk dan di ejek. Terus dia rasa menyesal dan insaf. Lalu laki tu berkata dalam hatinya, “Ya Allah, kalau aku mengaku dan keluar dari negeri ini, aku dah bukak aib aku sendiri. Tapi, kalau aku masih duduk dalam negeri ni, semua penduduk akan mati kehausan di sebabkan aku! Ya Allah, tutuplah aibku, dan terimalah taubatku ya Allah! Mulai hari ini aku akan bertaubat!!”
Tidak lama lepas tu, hujan pun turun dengan lebatnya! Nabi musa terkejut, sebab takde siapa pun yang mengaku dan keluar dari negeri. Lalu nabi musa bertanya pada Allah, “Ya Allah, hujan dah turun! Padahal, tiada sorang pun yang keluar dari negeri ini!”
Lalu Allah jawab, “Hujan turun, kerana taubatnya hamba Ku yang dahulunya bermaksiat kepada Ku"
Nabi musa a.s memohon kpd ALLAH, “Ya Allah, kalau begitu, tunjukkan kepadaku siapakah orang tu…”
Dan Allah jawab dgn kerahiman Nya,
“Aku telah menutup aibnya. Apakah aku akan membuka aibnya sedangkan dia dah bertaubat??"
Lalu,berdasarkan kisah di atas, apakah kita sedar, apakah kita SEDAR dan FAHAM, bahawa maksiat seseorang dapat MENGHACURKAN sekolompok umat?! Apakah kita sedar, dengan dosa yang kita lakukanlah, pertolongan Allah akan di tarik? Jangan di sebabkan kita nak puaskan nafsu, umat islam yang lain di tindas! Dosa kitalah PUNCA sebenar ummat islam hari ni dihina, jauh dari pertolongan ALLAH.
Ketahuilah, musibah yang berlaku di atas muka bumi berpunca dari dosa dan maksiat. Dan jika kita ingin mengangkat musibah tersebut, adalah dengan BERTAUBAT. Selagi kita tak bersatu, bersepakat meninggikan kalimah ALLAH, lagi kita berpecah dan saling hina-menghina, maka selagi tulah Allah takkan hantar pertolongan Nya kpd ummat ini.
kredit to fb hazihi sabili


No comments:
Post a Comment