Percakapan Laa ilaa ha ilallah

Sunday, November 26, 2017

6 SIFAT SAHABAT R.A. YANG WAJIB ADA DI DALAM DIRI KITA

6 SIFAT SAHABAT R.A.
Bayan Nasehat Maulana Saad حَفِظَهُ اللهُ

Tuan-tuan yg mulia,

kita hendaklah berusaha bagaimana keenam-enam sifat dapat datang ke dalam kehidupan kita berserta dengan hakikatnya secara sempurna.

6 sifat ini bukan semata-mata sifat bahkan 6 sifat ini adalah perintah ALLAH SWT yg fardhu atas kita semua. Perintah ALLAH dan fardhu atas setiap kita utk dilaksanakan.

Perintah yg pertama adalah utk beriman kepada ALLAH SWT Ini adalah ikrar bagi setiap hamba dan kefardhuan atas setiap manusia. sebagaimana sholat adalah fardhu, begitu juga iman adalah fardhu.

Sebagaimana sholat ada cara utk ditunaikan, begitu juga usaha atas iman ada cara dia.

Bila tunaikan sholat dengan cara yang dikehendaki barulah ianya akan diterima oleh ALLAH SWT .

Begitu juga dgn iman, dgn cara usaha yg betul baru diterima oleh ALLAH SWT . Ini satu perkara yang sangat penting yg kita semua harus faham.

Cara usaha yg betul ialah sebagaimana cara yg diajar oleh nabi kpd para sahabat. Nabi SAW telah perintah para sahabat utk memperbaharui iman mereka.

Nabi SAW telah ajarkan para sahabat cara utk memperbaharui dan menguatkan iman mereka. Cara yg sama kita kena buat, yaitu kita harus jumpa orang Islam dan bawa mereka ke masjid.

Apakah tujuan kita buat gasht/jaulah/silaturrahim?

Hari ini kita buat gasht semata-mata untuk jumpa orang.

Tujuan gasht adalah utk bina iman.

1. Sediakan org datang ke masjid utk menguatkan iman mereka sendiri.

2. Keluarkan manusia dari suasana yang merusakkan iman mereka, percakapan yang lalai dan merusakkan keimanan lalu bawa ke masjid untuk menguatkan iman.

Perkara ini kita dapat dilihat dengan jelas dalam kehidupan para sahabat.

Di dalam hayatus sahabah kita boleh dapati sahabat-sahabat yg besar spt umar bin khattab, muaz bin jabal, abdullah bin rawahah, ubay bin kaab, abu hurairah – mereka semua ajak org lain utk duduk bersama dan bercakap tentang iman.

Ada antara mereka adalah ketua ulamak - muaz, ada ketua mufassirin – ubay kaab, ada ketua muhaddisin – abu hurairah, ada di kalangan mereka yg nabi kata kalau ada nabi selepas aku umar lah yg layak jadi nabi.

Mereka jumpa antara satu sama lain dan kata ijlis bina nuk min saatan – mari kita duduk sebentar dan beriman – cakap tentang kebesaran Allah.

inilah cara untuk bangun iman kita. Bukan dengan cara semasa.

Harus buat usaha cara yang diajarkan oleh Nabi SAW pada para sahabat.

Kalau kita tidak buat usaha seperti para sahabat buat, maka lama kelamaan usaha yg kita buat makin lama akan jadi makin jauh dan makin terbelok dari cara yg dikehendaki oleh Nabi SAW.

Cara biasa adalah cara yg bertentangan dengan sunnah Nabi SAW.

Dalam bayan dan percakapan kita, hendaklah kita banyak bercakap imaniat, keimanan atas perkara yg ghaib.

Perkara yg utama yg kita terangkan dalam bayan kita. ALLAH Maha Kuasa, ALLAH bisa buat apa saja yg Dia kehendaki, ALLAH berkuasa atas segala sesuatu.

Bukan kita bayan ikut kehendak majmak/org ramai.

Kalau kita bayan ikut kehendak ramai maka mimbar kita bukan mimbar dakwah. Perkara ini kita harus faham.

Orang2 lama yg ada di hadapan saya ini, yang bayan, yang kendalikan musyawarah.

Kadang-kadang orang awam bagi cadangan orang ini bayan, orang itu bayan.

Orang yg bisa bayan ialah orang yg bisa memalingkan hati manusia dari makhluk kepada khaliq, keyakinan dari selain ALLAH untuk yakin hanya kepada Dzat ALLAH Yang Maha Kuasa, palingkan hati manusia dari asbab kebendaan kpd asbab amal, dari dunia kepada Akhirat.

Orang yang seperti ini yang patut bagi bayan.

Percakapan iman adalah maksud, perkara yg dikehendaki, kena cakap berulang kali. Iman berbeda dgn ilmu. ilmu berkaitan dgn hukum hakam.

Satu orang belajar ilmu dan sudah tahu maka dia telah selesai, tak perlu ulang berkali-kali.

Satu orang akan sholat dan dia belajar ilmu tentang sholat.

Maksud dari ilmu adalah amal.

Dia tak perlu buka kitab setiap kali akan sholat.

Begitu juga dgn zakat. Satu orang yang telah selesai belajar di madrasah maka dia tak perlu lagi pergi madrasah.

Kena amalkan ilmu yang telah dipelajari. Akan tetapi perkara yang berkaitan dengan imaniat, yang berkaitan dengan sifat ALLAH, perkara ini tidak selesai sampai kapanpun.

kita harus berulang kali sampaikan tentang perkara keimanan supaya iman sentiasa meningkat.

Inilah maksud dari usaha kita.

Perkara ini kita dapat lihat dlm kehidupan sahabat, ini merupakan amalan mereka.

Keyakinan para sahabat tentang perkara yg ghaib melebihi keyakinan kepada apa yang mereka lihat.

Iman yg seperti ini yang kita harus usahakan di dalam diri kita.

Maulana Ilyas Rah.A sampaikan maksud dari dakwah adalah utk menyempurnakan iman dan amal. Supaya iman dapat sampai ke tahap yang sempurna.

Dan amalan dapat meningkat sedikit demi sedikit ke tahap yang sempurna.

Maksud dari dakwah adalah untuk mendapat penghampiran diri/taqarrub kpd ALLAH SWT. dakwah untuk wujudkan hubungan dgn ALLAH. ibadah untuk zahirkan hubungan dengan ALLAH.

dengan asbab usaha dakwah dapat wujudkan sifat ihsan dalam amal ibadah kita.

Tanda dakwah kita diterima oleh ALLAH ialah apabila mutu sholat kita makin meningkat, amal makin sempurna.

Sholat seolah-olah melihat ALLAH. kaifiat yang seperti ini kita harus usahakan di dalam sholat kita.

Tahap yg kedua yaitu ALLAH melihat kita. Tapi kita harus usaha pada tahap yang tinggi yaitu melihat pertolongan ALLAH.

Nabi SAW perintahkan kita untuk minta jannatul firdaus.

Minta Surga yg paling tinggi.

Di dalam setiap amal harus usaha untuk dapatkan yang terbaik dan yang sempurna.

Satu kesalahan besar yang sering terjadi pada karkun/ahbab di seluruh dunia ialah mengabaikan amal ibadah.

kita menganggap bila sibuk dengan usaha dakwah, dengan gasht, dengan musyawarah, dengan bayan sehingga kita abaikan amal ibadah kita kepada ALLAH SWT. tak sempat sholat dhuha, tak sholat awwabin, tak jaga tahajjud.

Kita anggap kita sudah buat kerja yang besar. Siang hari kita letihkan diri dakwah jumpa manusia, malam hari kita harus bangun beribadah kepada ALLAH SWT.

Nabi SAW diperintahkan utk bangun sholat malam.

Bangun sholat malam akan menghancurkan nafsu dan menyebabkan percakapan kamu lebih jelas dan terang serta mendatangkan kesan dlm dakwah.

Nabi SAW tak pernah tinggal sholat tahajjud walaupun baginda SAW sedang ghazwah/peperangan dan dlm safar.

Bangun malam beribadah dan menangis di hadapan ALLAH. Hanya sekali di muzdalifah semasa tunaikan haji, satu amalan yg besar, nabi tak bangun tahajjud, tapi masa khuruj nabi tak pernah tinggal sholat malam.

Nabi SAW akan habiskan malam dalam keadaan sujud dan menangis di hadapan ALLAH.

Hari ni kita sibuk dgn dakwah , tapi kita tidur sepanjang malam.

Percakapan itu tak mengambil amalan kerja.

Kita anggap kita sudah buat kerja dakwah.

Di samping buat dakwah sangat penting kita juga harus jaga amalan2 infradhi kita.

Tanda dakwah kita diterima oleh ALLAH ialah berlaku peningkatan dlm amalan kita.

Sebab itu maulana ilyas letakkan amal gasht di antara dua waktu sholat.

Supaya sholat selepas gasht akan lebih baik dari sholat sebelum gasht.

Kalau sholat tak bertambah baik maknanya amal gasht dia tidak diterima oleh ALLAH SWT. dakwah tidak diterima.

Tanda dakwah diterima ialah amalan selepas dakwah bertambah baik.

Kalau diri kita sendiri tak ada takluk/hubungan dengan ALLAH, bagaimana kita akan hubungkan manusia/hamba kpd ALLAH.

Kesan dari usaha dakwah iman dan amal kita meningkat.

Hari ini kita buat gasht sebab org tak sholat, bukan! gasht adalah untuk betulkan sholat kita sendiri. Supaya sholat kita makin meningkat mutunya di sisi ALLAH .

Satu orang yang buat usaha tapi tidak semakin dekat kepada ALLAH, amalan tidak semakin baik, amalan tidak makin sempurna, ia dipanggil istidraj dari ALLAH.

Apa maksud istidraj?
Satu orang yang sesat, makin jauh dari ALLAH tanpa ia sadari bahwa ia telah sesat. Dia telah terbelok jauh dari ALLAH. oleh itu, kita kena selalu tengok amalan kita.

Dengan dakwah yg kita buat sepatutnya amalan makin sempurna.

Hari ini kita telah putuskan hubungan antara ilmu dan amal.

Seolah-olah ilmu benda yg berasingan dan amal benda yang berasingan.

Sedangkan kedua-dua perkara ini ada hubung kait antara satu sama lain.

Ada hubungan yg kuat antara satu sama lain.

Bila ada ilmu kena ada amal.

Maksud dari ilmu adalah amal.

Tapi hari ini kita telah pisahkan antara ilmu dan amal.

Apa maksud taklim?
Utk datangkan ihtisab dlm amalan kita. supaya setiap amalan yg kita buat dgn penuh keghairahan/keinginan atas apa yg dijanjikan oleh ALLAH SWT.

Hari ini kita buat taklim semata-mata karena amalan dakwah.

Tanpa kita tahu apakah sebab kita buat amal tersebut.

Apabila kita tidak tahu apa sebab kita buat amal maka akan datang kemalasan.

Kita akan rasa malas dan jemu utk duduk taklim.

Amal tanpa ihtisab tidak akan dpt ganjaran dari Allah.

Umar bin khattab r.a. kata tidak ada amalan tanpa niat dan tidak ada niat tanpa ihtisab.

Kita harus wujudkan sifat ihtisab dlm setiap amalan.

Ihtisab akan menolak kita utk buat amal.

Begitu juga ketika keluar di jalan ALLAH, utk semua markaz, taklim pd waktu pagi sebelum bayan hidayat, sebelum jemaah keluar, hendaklah baca dari muntakhab hadith.

Baca kelebihan/fadhilat keluar di jalan ALLAH supaya di dlm hati setiap jemaah yg bergerak ada kekuatan dlm setiap kesusahan yg dialami semasa keluar di jalan ALLAH. sanggup menanggung kesusahan dan dpt belajar cara sahahat buat usaha dakwah.

Bagaimana para sahabat menggunakan masa mereka semasa keluar di jalan ALLAH. asal usaha kita adalah usaha sahabat.

Kita akan tarbiyah dan hidayat bila kita buat usaha dgn cara sahabat.

Begitu juga semasa keluar, taklim pagi baca kitab muntakhab hadith supaya setiap org yg keluar di jln Allah mereka tahu kelebihan susah payah berada di jln ALLAH.

taklim petang baca fadhilat amal.

5 amal patut ada di setiap rumah orang Islam. Di setiap rumah ada halaqah membetulkan bacaan quran.

Di setiap rumah ada taklim kitabi – baca hadith dari kitab fadhail amal dan muntakhab hadith.

Di setiap rumah ada muzakarah 6 sifat, di setiap rumah ada tasykil – sediakan wanita untuk keluar di jalan ALLAH 2B, 40H, 10H, 3H. di setiap rumah adakan amalan musyawarah.

Diputuskan setiap hari siapa yang baca taklim, siapa yang pimpin halaqah quran, siapa yang pimpin mudzakarah buat 6 sifat sahabat. Tulis nama2 ahli keluarga kita. bagi-bagikan amalan antara mereka.

Satu lagi perkara yg sangat penting ialah taklim mingguan.

Setiap mahalah, setiap jemaah masjid kena usaha, kena fikir bagaimana hidup taklim mingguan di kawasan mereka.

Maksud utk hubungkan setiap rumah orang Islam dgn taklim mingguan.

Perkara ini perlu diberi kepentingan.

Di dalam jor bulanan halaqah, minta azam dan ambil laporan dari setiap mahalah, bagi targhib utk hidupkan taklim mingguan di setiap mahalah.

Bila rumah2 orang Islam tak ada hubungan dgn taklim mingguan, maka rumah tersebut akan ada pengaruh maksiat.

Kita kena belajar masail-hukum hakam dari alim ulama.

Kita hendaklah bina hubungan antara org awam dgn alim ulama.

Ini adalah maksud usaha kita supaya org awam dpt belajar agama dari alim ulama.

Atas maksud itu kita harus usaha hidupkan maktab2 Al Quran di setiap masjid/surau.

Kita lantik imam atau mana2 qari utk mengajar Al Qur'an di masjid. Dgn perantaraan gasht kita, sediakan setiap orang Islam utk belajar Al Qur'an.

Ini merupakan salah satu maksud usaha kita. satu kesalahan yg sangat besar kalau kita kata ini bukan tanggung jawab kita.

kita harus buat usaha supaya tidak ada satu orang Islam pun dlm mahalah kita yg tidak belajar Al Qur'an baik itu anak2 atau orangtua.

Sediakan ibubapa utk hantar anak2 ke masjid utk belajar Al Qur'an.

Sayyidina Umar r.a. telah ambil karguzari masjid2 di Syam semasa beliau pergi kesana dan beliau tanya apa amalan2 yg kamu buat di dlm masjid?

Satu orang sahabat telah jawab bahwa selepas sholat, di masjid kami ada halaqah ilmu agama, belajar Al Qur'an, belajar halal dan haram.

Sayyidina Umar r.a. kata selagi mana amalan ini ada di masjid2 kamu maka kamu berada atas khair/kebaikan.

Sangat penting utk kita hidupkan maktab2 Al Qur'an di setiap masjid supaya setiap umat Islam dpt belajar Al Qur'an dan belajar setiap perkara fardhu dlm kehidupan.

6 sifat Sahabat adalah 6 kefardhuan.

Setiap umat Islam harus laksanakan perintah ini.

Beriman kepada ALLAH adalah fardu.

Sholat adalah fardu.

Menuntut ilmu adalah fardhu atas setiap orang Islam.

Menunaikan hak hamba-hamba ALLAH adalah fardhu.

Membetulkan niat dlm setiap amalan adalah fardhu yg asas.

Begitu juga keluar di jalan ALLAH untuk usaha dakwah intiqoli adalah kefardhuan yg besar dalam Agama.

Bukan hanya semata-mata sifat.

Hari ini kita cakap 6 sifat sebagai adat rutinitas saja.

6 sifat ini kita harus diusahakan supaya kita dapat laksanakan dengan sempurna.

Usaha atas iman, usaha atas sholat, usaha atas ilmu, usaha untuk menunaikan hak-hak makhluk.

Meminta atau menunjukkan hak kita, ALLAH tak akan ampunkan.

Amalan tanpa ikhlas tak akan diterima oleh ALLAH.

begitu juga mengajak manusia kepada kebaikan, usaha untuk datangkan Agama yg sempurna dalam kehidupan adalah kefardhuan yg sangat besar.

Begitu juga kena usaha supaya dapat jaga dzikir.

Utk hubungkan hati kita dgn ALLAH SWT supaya hilang ghaflah dari hati kita. supaya hati kita tidak lalai dari ALLAH.

hati kita sentiasa ingat kepada ALLAH. sangat-sangat penting utk kita jaga dzikir kita pagi dan petang.

Maulana Ilyas rah.a kata apabila satu orang lalai dalam dzikir menyebabkan dia akan rasa malas.

Bertambah sifat malas dlm diri utk melakukan amalan.

Dzikir dengan tawajjuh, dengan tumpuan yg sempurna kepada ALLAH. buat dgn penuh adab.

Setiap hari kita harus baca Al Qur'an.

Tidak ada satu hari pun yg berlalu tanpa membaca Al Qur'an.

Ini semua amalan untuk wujudkan kedekatan kepada ALLAH.

Ilmu adalah petunjuk jalan.

Dzikir adalah cahaya.

Tanpa dzikir akan berada dlm kegelapan.

Ilmu tanpa dzikir tidak berguna.

Dzikir tanpa ilmu adalah kejahilan menyebabkan seseorang itu sesat.

Ilmu tanpa dzikir adalah zulmat/kegelapan.

Begitu juga hak-hak makhluk-makhluk ALLAH, hak-hak rekan-rekan usaha.

Kita harus usaha untuk menunaikan segala hak-hak mereka.

Kita akan ditanya oleh ALLAH pada hari kiamat tentang hak-hak manusia.

Apa maksud ikram?
Hadith pertama yg maulana yusuf rah.a letak dlm bab ikram yaitu letakkan setiap org pada kedudukannya.

Kita harus kenal dia, apa kedudukan dia, kita letakkan setiap orang pada kedudukannya. bukan letak kedudukan aku pada kedudukan aku.

Hari ini kita minta untuk ditunaikan hak kita, diletakkan ditempat kita yg sebenarnya. ini bukan orang yang mukhlis.

Orang yang mukhlis tidak akan minta haknya. ia tidak akan minta untuk dilayani.

Ikram adalah letakkan setiap orang pada tempat mereka.

Tunaikan hak mereka.

Ikram bukan semata-mata bagi makan, bagi minum, bantu orang dalam kesusahan.

Ikram seperti ini adalah untuk semua makhluk ALLAH.

Makanan utk anjing sekalipun.

Satu orang perempuan yang berzina bagi minum air pada anjing, dgn sebab amalan itu ALLAH telah ampunkan semua dosa dia.

Apa maksud ikram pada rekan usaha?

Kita ambil kerja dari mereka.

Kita gunakan salahiah – kemampuan dan kebolehan mereka untuk Agama.

Kita bagi semangat pada mereka supaya mereka dapat lebih maju dalam usaha Agama.

Ikhlas, setiap amalan kita buat semata-mata karena ALLAH.

Ikhlas adalah iman.

Riya' adalah syirik.

Riya' adalah amalan menunjukkan kepada orang.

Setiap amalan yg kita buat adalah utk mendapat keridhoan ALLAH SWT.

Satu ikhlas dan satu lagi istikhlas.

Ikhlas sangat penting.

Begitu juga istikhlas sangat penting dalam usaha agama.

Apa maksud istikhlas?
Kita buat usaha ini dengan menjadikan diri kita semata-mata milik usaha ini. dan kita tidak bagi tumpuan selain dari usaha ini. kenapa?

Apabila buat usaha ini, ALLAH SWT akan bagi kita kemasyuran, orang kenal kita, ada orang ikut kita, dan ramai orang akan ambil kesempatan atas kemasyuran serta kebolehan kita.

Organisasi2, kumpulan2, golongan2, orang2 politik, akan coba bawa kita kepada usaha yang mereka buat. akan coba bawa kita kepada kesibukan mereka, kegaduhan mereka, pertikaian mereka, maka dalam keadaan demikian kita harus kekalkan diri kita dalam usaha ini. bagi sepenuh jiwa raga kita, fikir kita, tenaga kita, salahiyat kita untuk Usaha Agama ini semata-mata.
Jangan pernah kita pergi dari Usaha Nabi ini. dgn keyakinan usaha ini telah ALLAH SWT telah amanahkan pada saya dan usaha ini telah diembankan kepada para nabi dan sahabat.

Hanya dengan Usaha Nabi ini sajalah hidayah akan tersebar ke seluruh alam.

Kalau tidak kita akan tertipu.

Ramai rekan usaha kita telah tertipu. ia anggap kebolehan yang ALLAH SWT bagi pada dia untuk buat benda-benda lain.

Bantu sana, bantu sini. Masuk campur urusan itu dan ini. kita tidak memihak kepada siapapun.

Kita hanya milik usaha ini semata-mata. Kita bagi tumpuan sepenuhnya pada takaza-takaza usaha ini.

Kita akan dapat faham istikhlas ini melalui kisah Ka'ab bin Malik r.a. beliau sempat diasingkan karena ia telah tunda untuk keluar di jalan ALLAH pada peperangan Tabuk.

Walaupun ia telah ambil bagian dalam semua peperangan yg lain.

Bukannya beliau tidak mau keluar.

Cuma ia tunda dulu. Sehingga sampai keadaan tersebut, ALLAH SWT murka dan Nabi SAW pun murka dan seluruh orang Madinah marah padanya.

Tidak ada siapa pun yang mau bagi salam padanya.

Tak ada siapa pun yang mau jawab salamnya. ia diasingkan oleh semua orang di Madinah. isteri dia yg setia pun diperintah untuk dipisahkan.

Dalam keadaan tekanan yang begitu dahsyat, sampai surat dari raja ghassan. Bagi tawaran pada beliau.

Kalau kawan-kawan kamu tidak mau kamu, maka datanglah pada kami.

Kami sedia terima kamu, kami akan muliakan kamu.

Kalau orang yang buat Usaha Agama sebab ada kepentingan maka dia kan melompat pergi dan terima tawaran tersebut.

orang yang ada kepentingan tidak akan kekal pada satu tempat. ia akan berada di mana ada faedah untuknya.

Tapi orang yang buat usaha dengan penuh istikhlas dalam apa saja keadaannya akan kekal dalam Usaha.

Ketika surat sampai pada Ka'ab dan bagi macam-macam tawaran padanya.

Apa ia buat?
ia campak surat itu ke dalam tempat bakar roti. beliau katakan aku belum selesai dari satu musibah, musibah kedua telah sampai. ALLAH SWT dan Rasul masih marah padaku, tiba-tiba datang pula surat mau sesatkan aku. ia tak layani permintaan surat tersebut. ia kekal bersama Nabi SAW inilah namanya istikhlas.

Dalam apa saja permintaan kita bersama orang penanggungjawab kita. baik orang ambil kerja dari kita atau tidak ambil kerja dari kita. orang peduli ke kita atau orang tidak peduli ke kita. orang pinggirkan kita, tapi kita terus bersama dgn usaha Nabi ini.

 orang Anshar pernah diuji oleh ALLAH. Nabi SAW tidak bagi harta pada mereka.

Nabi SAW uji mereka dimana mereka bersama Nabi SAW atau bersama harta. Tapi orang anshar kekal bersama Nabi SAW. 

Untuk keperluan ijtima atau jord, kita jangan minta apapun bantuan dan pertolongan dari siapapun, dari pemerintah, dari orang kaya, hanya minta dari ALLAH SWT. kita sempurnakan keperluan kita sendiri. Kita tidak akan adakan sokongan dari siapapun.

Tuan-tuan yg mulia,

Kedatangan tuan-tuan ke sini dan apa yang dimuzakarahkan adalah satu amanah yg besar di atas bahu tuan-tuan. harus sampaikan pada orang-orang di negara tuan-tuan. setiap perkara yg dimuzakarahkan dapat dilaksanakan.

Usaha dapat dijalankan mengikut mizaj/cara yg diberitahu.

Ini adalah tanggung jawab yg diberikan pada tuan-tuan dan tanggung jawab ini akan ditanya oleh ALLAH SWT pada hari kiamat nanti.

Semua tuan-tuan bertanggungjawab secara ijtimai utk ambil setiap perkara yg dimuzakarahkan di sini dan bawa ke negara tuan-tuan dan pastikan setiap perkara dapat dibuat secara diamalkan dan dapat diwujudkan di seluruh dunia.

InsyaALLAH ...

Ringkasan Singkat Bayan Subuh Hadrat Maulana Saad DB, 7 November 2017 di Banglewali Masjid Nizamuddin..*


Untuk mengamalkan Agama ke manusia, hanya manusia saja yang bertanggung jawab. Manusia harus bergerak langsung membawa Agama, bermujahadah.

Dakwah, kini orang merasa setiap benda, telah bisa buat dakwah . Sedangkan Dakwah Aslinya tidak dibuat lagi. Dakwah harus dengan diri sendiri, sehingga turun pertolongan ALLAH SWT.

Kesusahan dalam Dakwah adalah Sunnah tersendiri dalam Dakwah. Hari ini, kesusahan2 itu telah hilang diganti dengan kemudahan2 media dan mesin. Sehingga Hidayah ALLAH SWT pun hilang..:sob:

Sunnah tidak ada penggantinya. Miswak tidak ada penggantinya. Kesusahan dalam Dakwah hanya akan dirasakan oleh orang yang buat Dakwah Nubuwah..

Orang yang Sibuk Buat Dakwah, maka ALLAH SWT akan tundukan aturan Alam Semesta kepadanya. Contohnya, Shahabah buat Mandi Wajib dalam Penjara dengan sepotong awan yg masuk turunkan hujan dalam Penjara.

Dakwah Bukan ditulis dan dikirim, tapi dengan suara Dakwahnya, ALLAH SWT akan masukan sampai ke hati2 yg dalam manusia.

Apa yg kamu Dakwahkan, itu yg akan masuk ke dalam hati. Maka apa yg ingin kita bentuk dalam diri kita, maka kita Dakwahkan.

Agama tidak tersebar dengan Harta. Agama akan tersebar jika kita bawa diri kita Dakwahkan Agama.

Malam hari tidak tidur, pagi hari baru tidur, Maka ini bertentangan dengan Fitrah. Tubuh orang Islam akan sakit jika berlawanan dengan Fitrah.

Orang yang tidak ada rasa malu adalah orang yang buat dosa secara sembunyi2. Terang2an adalah hewan.
Zulaikha pun malu kepada Patungnya ketika hendak mengajak Nabi Yusuf Buat Maksiat, maka ditutupnya pakai kain patung itu.

Takaza daripada Malu pada ALLAH SWT adalah Malu berbuat Dosa dalam kesendirian.

Risau akan dosa yang diperbuat adalah tanda Iman yang paling rendah.

Adakah orang yang risau akan Iman hingga tidak berselera makan dan tidak bisa tidur? Lalu kenapa orang mengatakan bahwa Usaha Atas Iman tidak penting?

Agama tidak akan mati. Agama akan berjalan dengan kekuatannya sendiri..

Tarjim oleh Maulana Zainuddin Medan.

WALLAHU A'lam.

Wednesday, November 22, 2017

Bayan Subuh Nizamuddin 28 Okt 2017 Hadhratji Maulana Sa'ad Kandhlawi damat barakatuhu


Allah  hantar  perintah  agama  dan  Allah  nak  lihat  samada  org  yg  ada  nilai  iman  dlm hatinya  akan  taat  atau  tida.

Seorang  raja  akan  dtg  ke  masjid  walaupun  dgn menaiki  keldai  bila  taat  perintah  Allah. Mereka  yg  tak  ada  nilai  iman  dlm  diri,  walaupun  ada  kenderaan  yg  baik  dan  tinggal berhampiran  dgn  masjid  tak  sanggup  dtg  ke  masjid.

Allah  hantar  perintah  agama bertentangan  dgn keadaan dan  kemudahan kehidupan. Perintah  Allah  bertentangan  dgn  kemewahan  yg  diingini.  Ini  adalah  ujian  Allah.

Mereka  yg  taat  perintah  Allah  dgn  meninggalkan  kemewahan  hidup,  inilah kejayaan.

Org  yg  tak  ada  nilai  iman  dlm  diri  akan  kata  perintah  ini  tak  sesuai  dgn  saya,  saya akan taat  perintah  Allah  yg hanya bersesuaian  dgn saya.

Allah  ceritakan  sifat  malaikat.
Tak  pernah  lalai.
Sentiasa  taat  perintah  Allah. Makhluk  yg  paling  hampir  dgn  Allah.

Allah  perintah  pd  iblis  supaya  sujud  pd  Adam a.s.  Seluruh  malaikat  di  perintah  sujud  pd  Adam.  Adam  drp  tanah.  Ini  perintah  yg tak dpt  diterima oleh malaikat. Semua  malaikat  sujud  melainkan  satu.

Perintah  dtg  berlawanan  dgn maqam/kedudukan.  Saya lebih  mulia drp adam. Saya lebih  lama drp adam. Org  lama  tak  akan  tunduk  pd  org  baru.  Ingkar  dan  rasa  bangga  diri.

Perintah  ini adalah  ujian.

Kedepankan perintah  Allah  tanda  kejayaan.

Kedepankan  maqam/kedudukan  tanda  kegagalan.

Oleh  itu,  Allah  telah  laknat  iblis. Kami beri perintah  pd  kamu  dan kamu merasakan  perintah  ini  remeh.

Allah  dtgkan  perintah  agama  ialah  utk  bawa  manusia  kpd  ketaatan.

Ada  perintah yg  bersesuaian  dgn  diri  manusia.  Ada  perintah  yg  berlawanan  dgn  keadaan kehidupan. Ada  perintah  bertentangan  dgn  semangat/keinginan  manusia.

Ijtimaiyat  umat  ini ialah  bila  dtg  perintah  agama  dgn  menyempurnakan  perintah  tersebut sebagaimana  yg diperintahNya.

Perintah  Allah  adalah  ujian  bagi  manusia.

Allah  perintah  malaikat  sujud  pd  adam, ini  perintah  Allah  dan dlm perintah  ini  ada ujian dari  Allah.

Nabi2  juga diuji. Allah  bagi  zuriat  pd  nabi2  utk  waris  agama.  Kita  pula  hari  ini  jadikan  zuriat  kita  utk waris  harta  dunia.  Allah  bagi  anak  pd  nabi2  pd  saat2  mereka  dah  berputus  asa  utk mendapat  zuriat.  Allah  bagi  anak  pd  Zakaria  a.s  pd  usia  yg  sangat  tua.  Beliau  doa supaya dpt  anak utk  jadi  penyambung usaha agama. Allah  bagi  anak  pd  ibrahim  a.s  dan  beliau  sangat  kasih  pd  anaknya  sehingga  Allah perintah  utk  sembelih  anaknya.

Perintah  Allah  bertentangan  dgn  semangat  dan keinginan manusia.  Ini  ujian  dari  Allah. Kalau  perintah  ini  dtg  pd  kita  hari  ini  tak  mungkin  kita  akan  buat.

Tapi  hukum  ini dtg  pd  nabi  ibrahim  a.s.  Bila  dengar  sahaja  perintah,  terus  dilaksanakan  oleh ibrahim a.s.  Ibrahim a.s tak  kata, bagi  kami  masa,  kami  nak  fikirkan  dulu.

Seorang  sahabat  sangat  cinta  pd  bapanya.  Nabi  s.a.w  panggil  beliau  dan  suruh  dia pergi  dan  penggal  leher  bapa  kamu.  Dia  tak  tanya  pun  apa  kesalahan  bapa  saya, apa  yg  dia  telah  buat.  Bila  sahabat  ni  dengar  perintah  nabi,  terus  bangun  dan melompat  berlari  pergi.  Kenapa? Sebab  perintah  rasul.  Kalau  dtg  perintah  dan  tanya,  kenapa  kena  buat,  ini  adalah satu  tidak  ketaatan  pd  sahabat.  Nabi  suruh  panggil  kembali  sahabat  tersebut.  Nabi kata aku tidak  dihantar utk  membunuh manusia.  Kamu  diuji  dan kamu berjaya.

Saad  r.a,  ketua  kaum,  apa  keputusan  saad  kaumnya  akan  ikut.  Tapi  perintah  dari rasul  ialah  lelaki  yg  ditangkap  dibunuh  dan  anak/isteri  jadi  hamba  sahaya.  Saad kata, kaumnya akan menentang.

Keinginan  Saad  ialah  supaya  kaumnya  dengar  percakapannya.  Perintah  agama ialah  saad  kena  buat  iklan  yg  bertentangan  dgn  keinginan  kaumnya.  Ini  ujian  yg  dtg dlm kehidupan sahabat.

Bila  kita  melangkah  ke  arah  perintah  Allah  bertentangan  dgn  kehendak,  keadaan, kedudukan  dan  semangat  maka  Allah  akan  pilih  manusia  spt  ini  utk  mentaati perintah  Allah  setiap  masa  di  mana  sahaja.

Ketaatan  akan  dtg  bilamana pengorbanan dibuat  ikut  perintah  agama Allah.

Ibrahim  a.s  telah  sempurnakan  semua  perintah  Allah  maka  kami  jadikan  ibrahim a.s  sebagai  imam.  Bila  perintah  Allah  dilaksanakan,  kemahuan  ditinggalkan  maka Allah  tinggikan  darjat.

Pada  perjanjian  hudaibiyah,  sahabat  berkeinginan  utk  buat  umrah.  Setiap  org beriman berkeinginan utk  buat  umrah, ziarah baitullah. Sahabat  berkobar-kobar  semangat  utk  buat  umrah.  Sanggup  mati  dlm  perjalanan menuju  ke  baitullah.  Bila  sampai  di  pinggir  kota  mekah,  dtg  perintah  Allah.  semua kamu  yg  dtg  kena  kembali  dan  kamu  kena  terima  syarat2  yg  dibuat  oleh  kaum musyrikin. Perintah  Allah  ini  amat  berat  bagi  sahabat.  Perintah  tersebut  bertentangan  dgn semangat  sahabat.  Perintah  Allah  suruh  balik.  Umar  r.a  telah  jumpa  semua sahabat  dan  kata,  adakah  kita  ini  tidak  berada  di  jln  yg  hak?  Nabi  s.a.w  kata  pd umar,  jgn  kamu jadi  org yg  tidak  mentaati  hanya kerana perintah  ini. Kalau  kamu  dpt  masuk  dan  dpt  sempurnakan  umrah  tapi  kamu  langgar  perintah Allah  supaya  pulang  maka  kamu  tidak  dpt  pahala  ibadat  bahkan  kamu  mendehakai Allah. Tinggalkan  semangat  kamu  dan  pulang.  Umrah  adalah  perintah  Allah  tapi  perintah yg lebih  besar ialah  pulang tanpa  buat  umrah. Bila  wahyu  turun,  umar  telah  meminggirkan  diri  dari  sahabat2  yg  lain  kerana  umar khuatir  wahyu  yg  turun  bertentangan  dgn  apa  yg  dia  inginkan.  Umar  takut  azab Allah  akan  turun  dan  azab  ini  akan  mencari  dia  dan  sahabat2  yg  lain  pun  akan  kena azab  tersebut.  Umar  kata:  biarlah  azab  tersebut  kena  pd  aku  seorang  disebabkan semangat  aku yg bertentang  dgn perintah  Allah. Oleh  itu,  aku  memohon  ampun  dari  Allah  dan  sanggup  berpuasa  sepanjang  hayat aku atas kesilapan  aku tadi.

Kita  tak  boleh  lakukan  apa  sahaja  yg  hati  kita  mahu.  Kita  kena  lakukan  apa  yg  Allah dan  rasul  mahu  walaupun  bertentangan  dgn  semangat,  keinginan  dan  kedudukan kita. Menipu,  berzina,  riba,  makan  benda  haram,  ini  semua  dosa  dan  meninggalkan perkara ini  adalah  ketaatan. Meninggalkan  kemungkaran  dan  maksiat  adalah  satu  ketaatan.  Meninggalkan perkara yg haram  adalah  perkara  yg  paling  rendah sekali.

Ketaatan  paling  tinggi  ialah  bila  perintah  Allah  dtg  bertentangan  dgn  keinginan, semangat  dan  kedudukan  maka  semua  ditinggalkan  dan  dtg  kpd  perintah  Allah. Perintah  Allah  dan rasul  didahulukan.

Seorang  wanita  yg  sakit/uzur  sedang  bertawaf  dgn  mengensot.  Umar  r.a  suruh  dia balik  kerana  menyusahkan org ramai.  Maka wanita tersebut  telah  balik  ke  rumah. Bila umar  wafat, ada  org suruh wanita tadi  pergi  buat  tawaf.  Mana  mungkin, waktu amir  masih  hidup  aku  tak  dibenarkan  tawaf  dan  aku  taat  dan  selepas  kematianya aku tak  taat.  Ini  semangat  ketaatan. Perintah  agama  dtg  bertentangan  dgn  semangat  manusia.

Ada  juga  perintah agama dtg bertentangan  dgn amalan  harian  manusia.

Zaman  sahabat,  org  islam  solat  menghadap  baitul  muqaddis.  Ini  adalah  amalan harian.  Semasa  sedang  solat  zohor  di  mahalah  kaum ansar. Tengah  solat,  dlm  rakaat  kedua,  dtg  perintah  Allah,  tukar  kiblat/berpusing  dari baitul  muqaddis ke baitullah.  Nabi  berpusing  ke arah  baitullah.

Dlm  keadaan  masih  bersolat  nabi  mentaati  perintah  Allah.  Utk  sahabat, mentakhir/melewatkan  perintah  Allah  adalah  satu  maksiat/keingkaran  bagi mereka.

Takazah  taat  ialah  terima  dan  terus  lakukan.  Yg  mentakhirkannya  ialah  org  yg ingkar.

Allah  nak  tengok  siapa  yg  mentaati  perintah  Allah  dan  siapa  yg  menginkari perintah  Allah.

Perintah  Allah  adalah  ujian  ketaatan  bagi  manusia.  Dgn  mentaati  perintah  Allah, Allah  akan majukan mereka.

Taat  perintah  Allah  dgn  meninggalkan  segala  kehendak  dan  keinginan.  Ini  asas ketaatan.

Org  mukmin  seumpama  unta  yg  diikat  tali  pd  hidungnya  yg  akan  ikut segala arahan  tuannya.

Org  beriman  tidak  menangguhkan  perintah  Allah.

Sahabat  menyempurnakan  dgn segera segala perintah  Allah  tanpa  memikirkannya  terlebih  dahulu.

Nabi  s.a.w  hantar  huzaifah  r.a  utk  intip  semasa  perang  khandak.  Dihantar  utk  lihat keadaan  musuh.  Jgn  buat  apa2  yg  lain.  Ini  perintah  nabi.  Ini  ujian  utk  huzaifah. Ditangan huzaifah  ada busar  dan panah.  Semua  yg lain tidur. Abu  sufian  bin  harbi  sedang  berjaga  di  unggun  api.  Jelas  kelihatan.  Inilah  peluang terbaik  utk  bunuh  abu  sufian.  Huzaifah  telah  letak  panah  pd  busar  dan  tarik  dan ‘aim’  tepat  pd leher  abu sufian. Terdetik  di  hati  abu  sufian,  dia  dihantar  utk  lihat  keadaan  musuh  sahaja.  Ini  contoh ketaatan  sahabat.  Tak  jadi  lepaskan  panah.  Huzaifah  balik  tanpa  membunuh  abu sufian. Pd  fatah  mekah,  abu  sufian  dpt  hidayat.  Kalau  abu  sufian  di  bunuh  di  khandak, maka dia mati  dlm  keadaan  kufur dan jadi  ahli  neraka selama-lamanya.

Maulana  Yusuf  kata,  kadang2  usul  menjauhkan  rakan2  seusaha  dari  usaha  agama kerana usul  dilakukan  bukan  kerana  ketaatan.

Jgn  tinggalkan  usaha  agama  kerana  keadaan  yg  menimpa  kita.  Kita  lihat  perintah Allah.  Kita jgn  lihat  kesesuaian  usul.  Ini  adalah  jala syaitan. Syaitan  akan  suruh  kita  buat  usul  yg  bersesuaian  dan  beri  menafaat.

Faedah  dlm mentaati  perintah  Allah.
Usul  diletakkan  ikut  perintah  Allah  bukan  ikut  akal manusia.

Pada  perang  uhud,  Nabi  perintah  jgn  turun  dari  bukit  walaupun  org  islam  menang. Abdullah  b  zubair  dilantik  jadi  amir.  50  sahabat  diletakkan  diatas  bukit.  Semua mahir  memanah.  Samada  menang  atau  kalah  jgn  tinggalkan  bukit  ini.  Walaupun jenazah  sahabat2  yg dibawah dimakan  oleh binatang.

Tetapi  sebaliknya  berlaku,  bila  org  islam  telah  menang  dan  mereka  lihat  sahabat dibawah  sedang  mengumpul  harta  ghanimah,  40  org  telah  turun,  bila  tak  taat perintah  nabi  maka  Allah  telah  tukar  kejayaan  kpd  kegagalan.

Ini  adalah  usaha ijtimai. Kalau  satu  tabaqah/golongan  buat  bertentangan  dgn  agama,  maka  seluruh  umat akan  menanggung  kerugiannya.  Hanya  40  org  tak  taat  perintah  amir  dan  ingkar tetapi  seluruh org  islam telah kalah. Inilah  gambaran  ikhtilaf.

Jgn  terkesan  dgn  suasana/keadaan.  Yg  asal  ialah  perintah agama.  Jgn  lakukan usul  ikut  keadaan kita, bahkan lihatlah  perintah  Allah.

Musyrikin  mekah  patah  balik  dan  membunuh  ramai  sahabat  dlm  peperangan tersebut.  Nabi  s.a.w  luka,  gigi  patah,  ada  tetakan  pedang  di  kepala  nabi.  Keadaan menjadi  huru-hara. Berita  telah  tersebar  hingga  ke  mekah  bahawa  muhammad  telah  dibunuh.  Sahabat telah  putus  harapan.  Dlm  masa  beberapa  minit  sahaja  kaum  musyrikin  telah menguasai  medan  peperangan  hanya  kerana  40  org  sahabat  tidak  mentaati perintah.  Musibah menimpa  seluruh  jemaah. Menyempurnakan  perintah  adalah  kebaikan  pd  umat.

Meninggalkan  perintah mengundang  musibah.  Jgn  lihat  keadaan/suasana,  jgn  lihat  apa  yg  sedang  berlaku sekarang,  kena lihat  perintah  Allah.

Perintah  Allah  diamalkan  secara  ijtimai.  Seorang  langgar  perintah  Allah menyebabkan  seluruh umat  menerima musibah.

Islam adalah  benteng. Setiap  org  beriman  adalah  pintu  kpd  benteng.  Satu  org  langgar  perintah  Allah, maka dia telah pecahkan  pintu dan musuh  akan  memasukinya.

Org  kafir  sedang  berusaha  bersungguh2  utk  memecah-belahkan  org2  islam. Mereka  usahakan  bagaimana  org  islam  tidak  satu  fikir.

Org  islam  umpama  satu tubuh badan.  Setiap  anggota  badan menjaga antara satu sama lain.

Abu  sufian  telah  pergi  berjumpa  dgn  abu  bakar,  umar  dan  fatimah  supaya  mereka pergi  jumpa  nabi  dan  minta utk  panjangkan  tempoh  perjanjian  hudaibiyah. Mereka  kata  tidak.  Apa  yg  Allah  dan  rasul  putuskan  itu  yg  kami  ikut.  Semua sahabat  telah  beriktikad  pd  perintah  Allah  dan  rasul.  Tawaran  diberi  pd  fatimah, kalau  dpt  pujuk ayah  kamu,  kami akan jadikan  kamu  ketua  wanita di  mekah.

Org  kafir  akan  letak  bermacam-macam  nikmat  di  hadapan  umat  ini  supaya  langgar perintah  Allah  dan  rasul.

Sahabat  semua  bersatu  dlm  mengikut  perintah  Allah  dan rasul. Tidak  ada  ruang  org  kafir  utk  memasuki  benteng  islam.  Ini  istiqkhlas  sahabat. Semua  sahabat  menolak  permintaan  abu  sufian.

Selagi  umat  bersatu,  org  kafir  tak boleh memasuki  benteng islam.

Di  madinah,  3  org  sahabat  yg  tak  pergi  ke  tabuk,  di  pulaukan.  Kerajaan  rom,  raja ghassan, telah  hantar surat  dan pelawa sahabat  masuk  kristian. Bagi  salam  pun  nabi  tak  jawab  salam.

Kemurkaan  nabi  hanya  kerana  mereka  tak keluar  di  jln  Allah.  Semua  perintah  lain  sahabat  telah  tunaikan.  Hanya  satu perintah  sahaja tak buat. Tak  keluar  di  jln  Allah.  ini  perintah  dakwah.  Pentingnya  keluar  di  jln  Allah.  Betapa besarnya  bergerak  di  jln  Allah.  hanya  kerana  satu  perintah  ini  nabi  tak  jawab salam.

Bila  takazah  agama  dibentangkan,  takhirkan/  melewatkan/  menangguh  kan  keluar di  jln Allah  tanpa  sebarang  uzur. Kaab  bin  malik  telah  ambil  surat  raja  ghassan  tersebut  dan  bakar.  Surat  ini  tak layak  utk  dibaca.

Ikhtilaf  pada  pendapat.  Ijtimaiyat  masih  ada  dlm  diri  sahabat. Sahabat  masih  bersatu dlm mentaati  perintah  Allah.

Kenapa  perintah  agama  dtg?
Kenapa  perintah  agama  ditaati?
Setiap  org islam  kena taat  perintah  Allah.  Nabi  dihantar  utk  ketaatan.

Sahabat  telah  kecewakan  abu sufian  dan beliau  telah pulang ke  mekah  dgn keadaan  putus asa.

Bila  sahabat  berijtimai  dlm  perintah  Allah,  tiada  peluang  org  kafir  utk  merosakkan islam.

Org  islam  yg  langgar  perintah  Allah  telah  membuka  pintu  benteng  pd  org kafir.

Ketaatan  perlu dibuat  secara ijtimai.  Ijtimai  akan terbentuk  dgn ketaatan.

Bantuan  Allah  dtg  dgn  ijtimai.  Bantuan  Allah  dtg  bila  ada  kesatuan  dlm  umat.

Ijtimaiiyat  akan  rosak  bila  org  beriman  meninggalkan  bantu-membantu  antara  satu sama lain.   Bila  tak  membantu  rakan  seusaha,  inilah  jln  pertama  memecah-belahkan ijtimaiyat.

Org  yg  betul2  mukhlisin  sahaja  yg  akan  bantu-membantu.

Org  yg  tak ada ikhlas, akan kata kamu buatlah  kerja  kamu sendiri,  tak suka  membantu. Nabi  s.a.w  sendiri  mengangkat  batu  utk  bina  masjid  nabawi.  Nabi  sendiri membantu sahabat.  Walaupun  sahabat  larang nabi  bantu. Nabi  tetap  buat.   Mereka  sama-sama  angkat  batu.  Ini  sifat  ikhlas  sahabat.

Di  khandak,  bila  selesai korek, mereka berpindah ke  lubang  yg lain utk  bantu sahabat  yg belum siap. Inilah  maksud  halaqah  membantu  halaqah  yg  lain.

Bantu-membantu  adalah perintah  Allah.  Bantu-membantu  dlm  kerja  kebajikan.  Allah  akan  bagi  ganjaran sama rata. Dlm  urusan  dunia  kita  bantu-membantu,  apatah  lagi  dlm  urusan  akhirat.  Inilah sifat  sahabat.  Mereka saling  bantu-membantu antara  satu sama lain. 

Rintangan  pertama  utk  membantu  ialah  hasad.

Sahabat  membantu  org  lain  dgn harapan  Allah  membantu  saya.  Bantuan  Allah  dtg  bila  kita  saling  bantu-membantu antara  satu  sama  lain.

Org  yg  suka  membantu,  Allah  akan  ambil  kerja  drp  dia.  Allah ambil  kerja  dari  sahabat  sebagai  pembantu  nabi  s.a.w.  Kalau  kamu  tinggalkan bantu-membantu,  maka Allah  tak  berhajat  pd kamu, Allah  akan pilih org lain. Allah  tak  berhajat  pd  sesiapa.  Org  yg  bantu  agama  Allah,  Allah  akan  membantu mereka.

Org  yg  mengganggap  agama  perlu  bantuan  saya,  maka  Allah  akan  tukar dgn kaum lain. Allah  akan  singkirkan  kamu  dan  ambil  org  lain.

Jgn  kita  anggap  agama  berhajat  pd kita.

Sahabat  adalah manusia yg mempunyai  hati  yg bersih. Tiada  hasad  dlm  diri  sahabat.  Bantu  tanpa  mengharapkan  balasan  kpd  bantuan tersebut. 

Kisah  abu  dujanah  yg  telah  tunaikan  hak  pedang.  Nabi  nak  bagi  pedang.  Umar  dan zubair  nak  pedang  tersebut.  Nabi  tak  bagi.  Kali  ketiga  nabi  tanya  siapa  yg  sedia tunaikan  hak  pedang  ini?  Abu dujanah telah bangun. Padahal  pd  masa  itu  ada  sahabat2  yg  lebih  lama  dan  lebih  tua.  Bila  pedang diberikan  pd  abu  dujanah,  mereka  tidak  hasad.  Mizaj  sahabat  ialah  siapa  yg  diberi kerja,  kita bantu mereka. Zubair  telah  mendampingi  abu  dujanah  dan  bersama-sama  dlm  medan  perang. Allah  dan  rasul  lebih  mengetahui  siapa  yg  layak  utk  bantu  agama.  Abu  Dujanah telah tunaikan  hak  pedang.

Allah  tidak  melihat  istiqdat,  kemampuan  dan  kebolehan  yg  ada  pd  seseorang.

Usaha ini  bukan usaha kebolehan. Allah  tak  berhajat  pd  kebolehan.  Allah  gerakkan  usaha  ini  dgn  kudrat  Allah.  Tidak ada  kena  mengena  dgn  sesiapa.

Allah  ambil  kerja  dari  sesiapa  yg  Allah  suka.

Allah telah ambil  usaha  dari  burung  ababil  utk  hancurkan  tentera bergajah abrahah.
Burung  yg  kecil  dan  lemah.
Muncung  kecil.
Bawa  batu  yg  kecil.
Batu  api  neraka.
Batu  telah  dijatuhkan  dan  menembusi  tulang  gajah.

Kudrat  yg  menghancurkan ialah  kudrat  Allah.  Tiada sesiapa pun boleh hasad  pd burung  ababil.

Setiap  drp  kita  ada  sifat  hasad.

Bantu-membantu  akan  menghancurkan  hasad  dlm diri  kita.

Usaha ini  adalah  usaha  bantu-membantu.

Dgn  bantu-membantu  akan  menahan  dari  hasad  tersebar.

Hasad  akan  memakan amalan  manusia spt  mana  api  memakan  dahan kayu yg  kering.

Ikhtilaf  perkara  yg  baik  tapi  hasad  perkara  yg  buruk.

Allah  boleh  ambil  usaha  dari sesiapa  sahaja.  Tak  ada  sesiapa  yg  boleh  kata  kenapa  ambil  usaha  drp  dia.

Hasad kpd  pemberian  Allah  ini  adalah  satu  penentangan  terhadap  takdir  pemberian Allah. Oleh  itu,  sesiapa  sahaja  yg  Allah  pilih,  kita  bantu  dia.  Jgn  kita  hasad.  Kalau  ada keburukan  pd  dia,  jgn  sebarkan.  Kita  cari  jln  utk  tukar  keburukan  dia  kpd  kebaikan. Jgn  kita benci diri  dia kerana  keburukannya.

Perkara  yg  akan  merosakkan  ijtimaiyat  ialah  melihat  keburukan  saudara  dan membenci  keburukannya.

Oleh  itu,  sentiasa  cerita  tentang  kebaikan.  Tazkirah mengenai  kebaikan dan perkara  yg hak. Jgn cerita perkara yg buruk. Dgn  mencerita  kebaikan,  suasana  menjadi  damai.

Kata  umar  r.a,  keburukan  akan hilang bila kita berhenti  menceritakan tentangnya.

Bila  kamu  mahu  hilangkan  kebatilan,  tinggalkan  cerita  tentang  batil.  Bila  cerita tentang  batil,  maka  batil  jadi  kuat.  Kekuatan  batil  sebab  kita  bercerita  tentang batil.  Bila  kita  tinggalkan  tazkirah  tentang  batil,  maka  batil  akan  layu,  kering  dan hilang. Kita  kena  selalu  cerita  kebaikan.

Nabi  s.a.w  cari  kebaikan  dlm  org  yg  buruk.  Nabi terbaik  dihantar  pd  umat  yg  buruk.  Nabi  dihantar  pd  umat  yg  buruk  supaya  dpt beri  syafaat  kpdnya.
Yakni  menukar  amalannya  dari  keburukan  kpd  kebaikan.  Mencari  kebaikan  dlm dirinya dan menghidupkan kebaikan  dlm dirinya.

Umat  yg  buruk  ditarbiyah  amalannya  menjadi  kebaikan.  Adalah  sunnah  mencari kebaikan  dlm  diri  org  lain  dan  menyembunyikan  keburukan  org.

Carilah  kebaikan dlm umat  yg paling  buruk. 

Satu  jenazah  dibawa  di  hadapan  nabi.  Org  yg  buruk  perangainya.  Umar  larang  nabi dari  menyembahyangkan  jenazahnya.  Nabi  tanya,  siapa  pernah  lihat  org  ini  buat kebaikan? Satu  org  telah  bangun  dan  bagitahu  bahawa  dia  pernah  berjaga  satu  malam  di  jln Allah.  debu2  yg  melekat  pd  badannya  semasa  berada  di  jln  Allah  diharamkan  dari api  neraka.  Dia  adalah  ahli  syurga.

Hati  yg  gelap  ialah  hati  yg  sentiasa  mencari kekurangan  org lain.

Tanda2  seseorang  itu  akan  mundur  dlm  usaha  agama  ialah  melihat  keburukan rakan seusaha.  Ini  adalah  usul.

Khinzir  hanya  mencari  kekotoran. Setiap  bahgian  khinzir  adalah  najis.  Mencari  keburukan  adalah  org  yg  badannya penuh  dgn  najis.

Tengoklah  hati  kita.  Kalau  sentiasa  tengok  kekurangan  org,  hati kita gelap dan kotor.

Ikhtilaf  bukan  berpecah.
Ikhtilaf  ialah  perselisihan  pendapat.  Mencari  kebaikan dlm  pandangannya.

Syaitan  akan  menunjukkan  kebaikan  dlm  diri  kita  sendiri  dan tengok buruk  org. Oleh  itu,  bila  berlaku  ikhtilaf,  tengok  apa  kebaikan  dia.  Allah  nak  tengok  ketaatan dlm  perintah  Allah.  sentiasa  taat  perintah  Allah  dgn  meninggalkan  kemahuan  & kedudukan  kita.

Ikhtilaf  yg  dtg  ialah  ujian.  Kedepankan  perintah  Allah,  maka  Allah akan jaga ijtimaiyat  dlm umat  ini.

Dlm perintah  Allah  ada  ijtimaiyat. Perintah  bergerak  keluar  di  jln  Allah  adalah  utk  hidupkan  perintah  Allah  dlm  diri org islam.

Supaya  setiap  umat  dtg  pd  perintah  Allah  dan  tinggalkan  segala  kehendak  hati, keadaan  dan  keinginan  mereka.  Mentaati  perintah  Allah  dlm  apa  jua  keadaan. Suka atau  duka,  senang  atau  susah. 

Sentiasa  jadikan  diri  kita  kedepankan  perintah  Allah.  jgn  terkesan  dgn  keadaan. Ikatkan  diri  kita dgn  perintah  Allah.  selagi  ikut  perintah  Allah  akan ada  ketaatan.

Bila  umat  bergerak  utk  agama  maka  agama  akan  masuk  ke  dlm  setiap  rumah  spt sinar  matahari akan menyinari  setiap  pelusuk  bumi. Bila  bergerak  di  jln  Allah,  nur  iman  dan  nur  hidayat  akan  memasuki  setiap  rumah.

Dakwah/da’i seumpama air  yg mengalir.  Air yg suci dan menyucikan  yg lain. Da’i  bersih  dan  membersihkan  org  lain.

Dakwah  memberi  kesan  pd  diri  sendiri  dan kesan  pd  org  lain.

Dgn  keluar  di  jln  Allah,  kita  dpt  faedah  dan  org  lain  pun  dpt faedah.

Keluar  di  jln  Allah  utk  faham  agama  dan  bila  balik  ke  tempatnya menakutkan/memberi  peringatan  pd  kaumnya  sehingga  timbul  ketakutan  pd perintah2  Allah.

Kepentingan  keluar  di  jln Allah  telah  terkeluar  dari  diri  umat.

Dakwah  bukan  setakat  sampaikan  sahaja.  Matlamat  dakwah  ialah  keluar  di  jln Allah.  Nabi  sendiri  keluar  di  jln  Allah  berjalan  kaki.  1  kenderaan  6  org  bergilir-gilir naik. Supaya  umat  faham  bahawa  penting  bergerak  keluar  di  jln  Allah.

Ada  org  kata  tak perlu  keluar,  asal  ada  agama  dah  cukup.  Ini  samalah  spt  org  kata  yg  penting  solat, wuduk  tak  perlu. Tanpa  wuduk  tiada  solat.  Demikian  juga  tak  cukup  hanya  dgn  ada  agama  tanpa keluar.

Tidak  ada  kesan  dakwah  tanpa  khuruj.  Tiada  sahabat  yg  tak  keluar  di  jln Allah.  100% sahabat  keluar  di  jln Allah  dan inilah  jln utk  menghidupkan  agama.

Dakwah  tanpa  khuruj  tidak  memberi  kesan.  Jln  utk  sebarkan  agama  ialah  keluar  di jln  Allah.  tidak  ada  mesin  utk  amal  melainkan  insan.

Insan  ialah  mesin  kpd  amal. Tak  ada peralatan  yg boleh tukar  insan  utk  buat  amal.

70  sahabat  dihantar  ke  najran  utk  ajar  agama.  Semua  mereka  ulamak  &  qura’. Semua  mereka dibunuh di  bir  mauna. Mereka  keluar  bukan  utk  qital/perang.  Jemaah  ini  adalah  jemaah  dakwah.

Dlm setiap  zaman, agama tersebar  dgn pergerakan, tiada jln lain.

Nabi  jadikan  sahabat2  org  yg  sentiasa  bergerak  utk  agama.  Sepertimana  awan  yg bergerak  akan  memberi  air  hujan  pd  tanah yg gersang  dan tanah  dpt  menafaat.

Selagi  umat  ini  bergerak,  maka  umat  akan  jadi  penyampai  kebaikan  kpd  manusia yg  lain.

Ulamak  seumpama  awan  dan  org  awam  umpama  tanah  yg  gersang.

Ulamak  kena  bergerak  dlm umat  supaya umat  dpt  menafaat  agama.

Kejahilan  akan mematikan  kefahaman agama.

Kata umar  r.a,  kalau  tiada 3 perkara,  akau tak nak  hidup  di  dunia ini  lagi:
◾keluar  di  jln Allah/dakwah
◾sujud yg panjang2/ibadat
◾majlis ulamak/ilmu sahabat  sentiasa  keluar  di  jln  Allah  dan  mendampingi  majlis2  ulamak.

Dgn bergerak  maka  amanah  umat  ini  tertunai.  Agama  adalah  amanah  pd  umat.

Oleh itu, umat  kena bergerak. Buat  usaha  agama  dgn  taat,  dgn  ijtimaiyat,  dgn  tinggalkan  semangat  dan kemahuan  kita,  dtg  pd  perintah  allah  dan  rasul.  Niat  utk  bagi  lebih  masa  keluar  di jln Allah

BAYAN SUBUH NIZAMUDDIN 30 Okt 2017 Hadhratji Maulana Sa'ad Kandhlawi damat barakatuhu



Umat ini perlu tahu apa asbab2 pelindung api neraka. Satu orang yang sakit akan cari asbab untuk hilangkan kesakitannya. Bila datang musim sejuk manusia mencari asbab untuk lindungi diri dari kesejukan. Dunia darul asbab tapi yang menghairankan ialah asbab dunia ini adalah asbab yang tidak perlu diyaqini. Akhirat adalah perkara yang haq dan ada asbab yang perlu diusahakan. Asbab untuk pelindung Hari Akhirat adalah asbab yang perlu diyaqini.

Asbab dunia yang tidak perlu diyaqini kita usaha bersungguh2 untuk mendapatkannya. Namun asbab Akhirat yang perlu diyaqini kita tidak usahakan. Dalam Al Quran ALLAH bersumpah dgn masa bahawa ada 4 perkara menjadi pelindung api neraka. ALLAH bersumpah dengan zaman. Zaman adalah perkara yang sentiasa dengan manusia, tidak terputus darinya. Supaya manusia tahu bahawa 4 perkara ini bukan untuk zaman Nabi dan para Sahabat sahaja bahkan 4 pelindung ini adalah untuk sehingga akhir zaman iaitu hingga hari Kiamat.

Hari ini kita faham iman dan amal soleh sahaja sebagai pelindung azab di akhirat. ALLAH sebut 4 perkara. 4 perkara tersebut ialah iman, amal soleh, watawasaubilhak/dakwah manusia kepada Iman dan watawasaubissobr/dakwah manusia kepada berterusan dalam amal. Ini adalah asbab2 yang diyaqini. Keperluan utama manusia sebagai pelindung di hari akhirat. Hari ini manusia hanya ambil 2 perkara dan tinggalkan 2 perkara lagi. Quran memberitahu 4 perkara tetapi manusia beramal dengan 2 perkara sahaja. Bila azab ALLAH datang, hanya orang yang menjalankan dakwah sahaja yang terselamat. Ini bukan perkara main2. Terpulang hendak buat atau tidak buat. Tidak! Ini bukan pilihan. Terpulang, hati mahu buat atau tidak mahu. Tidak! Ini bukan Persatuan.

Selagi umat tidak buat dakwah, maka selagi itulah umat tidak diterima oleh ALLAH. Dakwah ialah syarat untuk perlindungan Allah. Lihat dalam Quran dan Hadith. Dakwah adalah pelindung dari azab ALLAH. Dalam Quran ALLAH cerita, selagi Nabi2 buat dakwah pada kaumnya, maka ALLAH lindungi mereka. Bila umat mengingkarinya, maka ALLAH amkan azabNya. Kena ada orang yang mendakwahkan manusia kepada kebesaran ALLAH.

Ada orang kata kerja ini bagus, tapi maksiat telah terlalu banyak maka tidak dapat hendak mengatasinya. Orang yang berpendapat sebegini, apabila ALLAH turunkan azab, maka mereka dahulu akan kena azab ALLAH. Dakwah adalah tanggungjawab. Dakwah untuk menghalang manusia dari berterusan melakukan maksiat. Orang yang lihat umat buat maksiat dan berputus asa, maka orang sebegini tidak akan ditarbiyah. Bila ada amalan Nubuwwah pasti ada tarbiyah dan hidayat.

Bila kita fikir perlu buat gasht hari ini? Dah lama buat gasht, tidak ada pun orang dengar. Dengar atau tidak, terima atau tidak, usaha ini bukan pengalaman. Dalam apa jua keadaan gasht perlu dijalankan. Sebagaimana ibadat adalah amalan harian umat ini. Samada suka atau tidak, ibadat tetap diteruskan. Demikian juga dengan dakwah ILLALLAH.

Bila kita solat dan hajat tidak tertunai, apakah kita akan tinggalkan solat? Tentu sekali tidak! Kita buat amal bukan untuk natijah. Buat amal sebab ia adalah perintah ALLAH. Dakwah adalah perintah ALLAH. Jangan lihat keburukan daripada dakwah. Jangan tengok apa natijah/faedah dari dakwah. Dakwah patut dijadikan amalan yang sebati dengan kehidupan manusia. Ini perintah ALLAH. Ada Nabi dihantar tapi tiada pengikut. Nabi tetap buat dakwah walau tiada seorang pun yang ikut. Nabi ini tidak gagal. Nabi ini berjaya. Tidak ada Nabi yang gagal. Semua Nabi berjaya kerana tanggungjawab para Nabi2 ialah usaha atas hidayat. Usaha tetap dijalankan samada orang ikut atau tidak, ada natijah atau tidak, samada beriman atau tidak.

Dakwah tetap dijalankan dalam setiap keadaan. Bila azab datang, orang yang buat dakwah akan dilindungi. Imam syafie kata Surah al-Asr ini sudah cukup untuk hidayat umat ini bila umat ini amalkan 4 perkara tersebut. Dalam surah ini ada 4 perkara menjadi pelindung bagi manusia: Iman, Amal Soleh, Dakwah kepada Iman, Dakwah kepada Amal.

Kita faham hari ini dakwah untuk Islah/baiki orang lain. Orang yang boleh Islah orang lain hanyalah orang Soleh. Kalau ia sendiri belum diislahkan. Macam mana hendak dakwah orang lain sedangkan kita sendiri belum beramal. Khayalan ini menjadi rintangan pada kita untuk dakwah orang lain. Inilah rintangan dakwah paling besar. Kesilapan paling besar manusia ialah meninggalkan 4 pelindungan ini. Perintahkanlah kepada kebaikan walau kamu belum beramal dengannya. Kita berhajat pada dakwah. Dakwah untuk diri sendiri. Orang yang meninggalkan dakwah kerana belum beramal seumpama orang yang tidak berpuasa kerana tidak solat. Puasa hukum yang berlainan dan solat hukum yang berlainan. Beramal hukum yang berlainan dan dakwah kepada amal adalah hukum yang lain.

Agama seumpama satu jasad. Mana2 anggota yang sakit maka seluruh badan akan menanggungnya. Kaki luka tapi sakit seluruh badan. Seluruh umat di dunia seumpama satu badan. Seluruh umat seumpama satu kapal. Bila kapal tenggelam semua akan tenggelam. Kita usahakan 4 asbab perlindungan terhasil dalam kehidupan kita. Kita sediakan setiap umat supaya mereka juga ada 4 perlindungan ini kerana kita belayar dalam satu kapal.

Dalam kapal ada banyak golongan. Golongan yang ingin minum air dengan cara menebuk kapal perlu ditegah. Tidak memadai orang yang berada di atas melihat sahaja. Perlu diberi peringatan. Tabligh bukan persatuan. Bukan tempoh untuk kursus. Dakwah adalah amalan harian umat ini. Ini perintah dari ALLAH. Tidak ada kaitan dengan hati. Hati suka kita buat, hati tidak suka kita tinggalkan. Tidak! Ini perintah ALLAH untuk bawa manusia kepada ALLAH. Orang yang tidak beramal pun dipertanggungjawabkan untuk dakwahkan agama. Bila dakwahkan agama maka amalan agama akan datang dalam kehidupan.

Semua Nabi ada keinginan yang sama iaitu seluruh kaum datang kepada hidayat. Nabi saw juga ada keinginan yang sama. Di Taif, malaikat datang tawarkan khidmat untuk himpit kaum Taif. Malaikat hendak lagakan 2 gunung. Nabi doa, agar anak cucu cicit mereka dapat hidayat. Setiap Nabi ada doa khusus. Semua Nabi2 sudah gunakan doa tersebut. Ada Nabi gunakan doa untuk perolehi kerajaan. ALLAH bagi kerajaan yang tidak ada sebelum dan selepasnya. Ada Nabi gunakan doa untuk hancurkan kaum mereka, maka ALLAH hancurkan kaum tersebut. Kaum Aad, kaum Tsamud, kaum Luth, apa jadi dengan semua mereka ini? Hancur binasa disebabkan doa Nabi2 mereka. Nabi s.a.w juga diberi doa yang mustajab ini. Nabi simpan doa ini untuk digunakan pada hari kiamat. Untuk seluruh umat Nabi saw.

Ibarat Imam seorang musafir dan makmum bermukim. Iman solat 2 rakaat tapi makmum kena solat 4 rakaat. Imam tunggu makmum habis solat barulah angkat tangan dan doa. Demikianlah Nabi s.a.w, Nabi terakhir, Nabi telah selesai solat, Nabi sudah bagi salam tetapi seluruh umat Nabi masih lagi dalam solat. Nabi saw menunggu kita di sana untuk berdoa.

Dakwah adalah pelindung umat ini. ALLAH perintah org beriman supaya beriman. Orang kafir didakwah masuk Islam. Dakwah orang beriman supaya beriman. Supaya mukmin menjadi org yang mentaati perintah ALLAH. Inilah tuntutan daripada Iman. Wahai orang yang beriman, taatilah kamu segala perintah ALLAH. Lihat cara sahabat bagaimana mereka sempurnakan perintah ALLAH. Mereka hidupkan di masjid halaqah2 iman dan mereka panggil sahabat2 lain ke masjid. Agar duduk dalam halaqah iman.
Masjid bukan sekadar tempat untuk solat. Masjid juga tempat untuk muzakarah Iman. Masjid tempat berkumpul untuk cerita tentang Iman dan Tauhid. ALLAH telah isytiharkan Iman para Sahabat adalah Iman yg sempurna, tapi masih lagi mereka duduk dalam halaqah Iman. Sahabat jadikan amalan harian mereka bawa orang ke masjid dan duduk dalam halaqah Iman. Wa tawa sau bil haq, ialah menghidupkan halaqah Iman dan Yaqin di masjid.

Hari ini kita hanya berzikr tentang ALLAH tetapi tidak bertazkirah tentang ALLAH. Secara umum orang berzikir LAA ILAAHA ILLALLAH tapi org tak bertazkirah tentang lailahaillallah. Jadikanlah kalimah ini sebagai kalimah dakwah supaya terkeluar dari hati kita kecintaan pada makhluk. ALLAH ajar nafi terlebih dahulu. Selain dari ALLAH, engkarkan - Laa ilaaha - Kalau tidak engkar selain dari ALLAH, maka Ghairullah akan masuk antara kamu dan ALLAH. Ini hal yang pasti.

Ghairullah datang dalam berbagai gambaran. Dulu dalam bentuk berhala tapi sekarang dalam pelbagai bentuk. Orang dulu yaqin ALLAH yang buat, tapi perantaraannya ialah patung ini. (Ketika itu) orang yang sembah berhala pun kata ALLAH yang cipta langit.

Kisah Dhimad hendak mengubati Nabi. Bila Nabi buat dakwah, kaum musyrikin kata Nabi gila. Dhimad datang jumpa Nabi saw dan kata saya boleh ubati penyakit gila. Saya buat tapi syifaq di tangan ALLAH. Apabila tidak menafikan makhluk, maka Ghairullah akan berada antara manusia dan ALLAH.

Hari ini, berbagai-bagai gambaran Ghairullah telah wujud. "Yakin kepada kedai, tetapi yang akan bagi keuntungan ALLAH". Ini percakapan orang (yang kononnya) beriman. Kudrat ALLAH diikatkan dengan kedai. Sebaliknya kita kena engkar dengan seluruh gambaran asbab yang ada, dan sebaliknya mengiyakan hanya kudrat ALLAH. ALLAH SWT tidak berhajat pada asbab. Patung dari tanah dan kedai juga daripada tanah. Gambaran sahaja yang berlainan, tetapi fungsinya tetap sama. Kita kena nafikan makhluq.

Ada juga orang kata ALLAH lakukan melalui Ahlullah. Jumpa dengan Ahlullah dan minta dengan Ahlullah. Ahlullah jadi perantaraan mereka. Putus asa dengan amalan sendiri dan bergantung harap dengan amalan orang lain. Setiap kenderaan bergerak dengan lampu sendiri. Kenderaan yang bergerak dengan lampu kenderaan lain akan jadi susah dan eksiden. Setiap orang berharap dengan amalan sendiri dan tidak mengharap pada amalan orang lain. Bila tidak menafikan makhluk maka kita akan tengok pada karomah orang lain pula. Karomah adalah kurniaan ALLAH SWT. Karomah yang ada pada para wali adalah kerana amalan dia. Kamu juga beramal agar ALLAH SWT beri karomah pada kamu. Jangan menumpang karomah yang ada pada orang lain. Jangan jadikan dia perantaraan antara kamu dan ALLAH SWT. Karomah adalah menjadi milik orang yang beramal.

Orang yang yakin dengan asbab akan kata hanya melaui asbab akan perolehi sesuatu. Kedua-dua gambaran tersebut tidak boleh mengambil manfa'at secara langsung dari ALLAH SWT. Hanya ada dua jalan sahaja untuk dapat manfa'at secara langsung dari ALLAH SWT:
1. Berputus harap selain dari ALLAH SWT
2. Taat hanya kepada ALLAH SWT

LAA ILAAHA ILLALLAH menafikan ghairullah. Menaruh harapan hanya pada ALLAH. Agama adalah perantaraan. Kebendaan tidak boleh dijadikan perantaraan. Tiada perantaraan berbentuk tanah, ladang, kedai, kilang. Kebendaan dunia tidak boleh memberi menafaat atau mudharat. Kebendaan dunia tidak boleh dijadikan harapan. Tanpa kebun dan ladang ALLAH boleh bagi rezeki pada para sahabat. Kebanyakan sahabat perolehi rezeki dari cara yang ghaib. Jadi pelik apabila perolehi sesuatu dari jalan yang sedia ada.

Abu Bakar ra perah susu dari kambing yang sudah tua. Yang tidak mampu keluarkan susu lagi. Asbab adalah amalan agama. Tidak mungkin makhluk jadi asbab perantaraan kerana makhluk kosong. ALLAH yang buat segala-galanya. Hari ni kita faham dunia adalah perantaraan, kalau ada tanah baru ada tanaman. Ini hanya pengalaman.

Seorang sahabat, dalam uncang ada 17 biji kurma. Setiap kali orang datang bagi makan kurma. Jumlah yang dia sudah bagi makan ialah sebanyak 1 tan. 1 tan terhasil cuma dari uncang yang ada 17 biji kurma. Tapi akhirnya uncang telah hilang. Sahabat tiada tanah ladang, cuma ada uncang. Kerana umat yang berdosa dan tidak taat maka Allah hilangkan keberkatan uncang.

Asbab hanya dalam Muhammadur Rasulullah. Nafikan seluruh makhluk. Amalan sunnah Nabi saw itulah perantaraan hampir dengan ALLAH. Dengan perantaraan amalan sunnah akan dapat manfa'at secara langsung dari ALLAH. Dalam asbab dunia tiada janji dan tiada kudrat. Janji hanya disisi ALLAH. Kudrat hanya disisi ALLAH. Jangan kita meletak harapan pada kebendaan yang tiada janji dan kudrat ALLAH di dalamnya.

Tijarah/perniagaan bukan asbab rezeki. Tijarah bukan asbab keuntungan. Tetapi berkata benar/tidak menipu dan jujur dlm tijarah adalah asbab keuntungan dalam perniagaan. Kuasa dalam kerajaan bukan asbab kemuliaan, tetapi amal agama dalam pemerintahan adalah asbab kemuliaan. Kalau tidak, pemerintahan yang ada akan jadi asbab kehinaan. Janji ALLAH bersama 'Amal. Dalam janji ALLAH ada kudrat ALLAH. Kita kena beramal dengan yaqin kepada janji-janji ALLAH. ALLAH tunaikan permintaan saya dengan kudratNya.

Ilmu dan Iman. Dua perkara yang lazim. Hari ini kita lalai dalam kedua-duanya. Sebab itu kita beramal tanpa mengharap apa2 dari ALLAH. Kita buat amal tapi harapan/sandaran kita pada makhluk dan kebendaan. Sebab itu amal kita tidak meghasilkan bantuan dari ALLAH. Ilmu dan Iman adalah perkara yang asal. Setiap kali beramal kita kena lihat apa tuntutan Ilmu.

Ilmu ialah tariqah/cara/jalan untuk beramal. Ilmu dengan ikhlas yang tidak akan jadi hujjah atas kita pada hari Akhirat. Ilmu ada dua. Satu di lidah dan satu di hati. Amalan kita kena bersandar pada ilmu. Barulah ada janji ALLAH dalam amalan tersebut. Fardu 'Ain bagi lelaki dan wanita mempelajari ilmu agama. Mempelajari Iman juga Fardu 'Ain. Ilmu dan Iman tidak boleh berpisah. Melalui dakwah bawa Ikhlas dalam Ilmu. Dalam Ilmu ada Ikhlas Ahli bathil kata semua pengetahuan yang ada adalah Ilmu. Kita pelajari kejahilan dan faham bahawa ia adalah ilmu. Semakin belajar, semakin bertambah kejahilan. Orang yang belajar sains, sains mereka menjauhkan manusia daripada Khaliq. Pengetahuan mengenai makhluk ialah kemahiran bukan Ilmu. Ilmu hanya kenalkan manusia pada Allah. Belajar bertahun2 untuk dapat kemahiran. Kalau diangggap Ilmu ia satu kejahilan.

Ilmu adalah perintah Allah. 3 soalan dalam kubur.
1. Maa Rob buka – Siapa Tuhan kamu?
2. Maa Nabiy yuka – Siapa lelaki/Nabi kamu?
3. Maa diin nuka – Apa Agama kamu?

Ilmu ialah mengenalkan manusia pada ALLAH. Ittibaq sunnah/sunnah Nabi akan kenalkan kita pada Nabi s.a.w . sebanyak mana kita amalkan sunnah maka sebanyak itulah kita akan kenal Nabi dalam kubur nanti. Bukan pengetahuan mengenai Nabi bahkan amalan Nabi saw. Bezakan Ilmu dengan kemahiran (fun). Kita jadikan diri kita orang yang boleh menjawab soalan dalam kubur nanti. Dalam kubur, Ilmu hanya penyuluh sahaja, sedangkan jawapan adalah berasaskan pada Iman.

Dalam kubur, Umar ra ditanya malaikat, "Siapa Tuhan kamu?" Dengan keyakinan yang ada pada Umar ra, beliau tanya malaikat kembali, "Siapa Tuhan kamu?" Ini tahap iman 'Umar ra. Padahal malaikat dihantar untuk bertanya tapi malaikat pula yang telah ditanya. Kalau tidak usaha atas Iman, maka kita akan susah dalam alam kubur.

Orang Islam hanya belajar kemahiran. Tidak belajar Ilmu. Inilah kejahilan yang paling besar. Ahli bathil paparkan kemahiran duniawi kepada orang Islam dan katakan ini adalah Ilmu. Menggunakan kemahiran yang pada hakikatnya kejahilan sebagai pengenalan diri. Saya Doktor. Saya Professor. Saya Engineer!
Alim ialah orang yang mana ALLAH SWT kurniakan 'ilmu kepadanya. 'Alim ialah orang yang berilmu. 'Ilmu yang mengenalkan manusia kepada ALLAT SWT. Seorang sahabat minta dari Nabi doakan supaya diberi sedikit kekayaan supaya dengannya kami dapat usaha atas agama. Nabi saw kata pada sahabat, kemiskinan kamu hari ini adalah jauh lebih baik dari kekayaan kamu kelak. Hari ini kita pun faham dengan banyak asbab mudah untuk buat usaha agama. Sebenarnya tidak. Orang yang banyak asbab terkebelakang dalam usaha agama. Sahabat yang paling maju dalam usaha agama semuanya faqir. Dalam kefaqiran mereka buat usaha agama, maka sandaran hati mereka adalah pada ALLAH SWT. Dalam kekayaan buat usaha agama, maka sandaran hati diletak kepada harta.

Dengan doa sahabat, kaldai yang mati hidup kembali. Kami nak safar, tiada kenderaan lain. untuk dapat manfa'at secara langsung dari ALLAH, syarat pertama ialah putuskan harapan kepada makhluk. Hati tidak berharap langsung kepada makhluk. Sejauh mana kita harap pada makhluk maka sebanyak itulah kita akan jauh dari ALLAH. Harapan kita kena letak hanya kepada ALLAH SWT.

Zikr bukan hanya tasbehat. Zikr bukan hanya menyebut nama ALLAH bahkan seluruh perintah ALLAH adalah Zikr. Para Ulama' adalah ahli Zikr, bukan ahli 'Ilmu. Beramal dengan perintah ALLAH adalah Zikr. Ahli Zikr bukan orang yang sentiasa berzikr. Ahli Zikr ialah orang yang ada pengetahuan Agama dan mereka beramal dengannya. Zikr digunakan untuk Solat. Zikr juga digunakan untuk 'Ilmu. Zikr digunakan utk mu'amalat. Ikhlas juga adalah Zikr. Zikr digunakan untuk Dakwah. Enam sifat Sahabat semuanya adalah Zikr.

Tuntutan LAA ILAAHA ILLALLAH adalah sentiasa mengingati ALLAH. Afdhal zikri bukan hanya menyebut LAA ILAAHA ILLALLAH tetapi Meyaqini bahawa makhluk tidak boleh buat apa2. Sebaliknya yang buat hanyalah ALLAH SWT semata-mata.

Dalam Quran disebut Zikr dan Iman, yaqni Solat dan Iman. ALLAH perintah pertukaran Qiblat dari Baitulmuqaddis ke Baitullah. Solat juga adalah Iman. Dalam Quran ALLAH kata bahawa ALLAH tidak akan mensia-siakan iman kamu yang dahulu yaqni ALLAH tidak akan mensia-siakan solat kamu yang dahulu. Tidak ada zikir yang lebih besar selain Solat. Maksud Zikr Akbar ialah Solat. Kalimah adalah Zikir, Solat adalah Zikr, Ilmu adalah Zikr.

Mengetahui perintah2 agama bukan Zikr tetapi beramal dengan perintah2 Agama itu adalah Zikir. Sekadar maklumat bukan Zikr. Ilmu yang dipelajari akan menjadi zikr hanya bila ia diamalkan. Ingat ALLAH SWT pada setiap waktu. Oleh itu, keta'atan adalah Zikr. Mentaati perintah ALLAH SWT adalah hakikat Zikr. Zikr bukan hanya kerja lidah. Seluruh anggota badan manusia adalah alat untuk ianya berzikr. Jangan lihat perkara yang haram adalah Zikr. Jangan makan makanan yang haram adalah Zikr. Jangan mengumpat adalah Zikr. Lidah hanya satu perantaraan alat untuk berzikr. Zikr sebenarnya di dalam hati.

Ahli Zikr adalah ahli 'Ilmu. Ilmu adalah Zikr. Beramal dengan 'Ilmu yang dipelajarinya adalah Zikr. Orang yang beramal dengan perintah2 ALLAH SWT maka mereka berada dalam keadaan berzikr. Zakir adalah nama bagi penzikir iaitu hatinya yang sentiasa berzikr. Zikr bukan hanya di lidah. Zikr di hati. Kalau hanya zikir di lidah ianya tidak dipanggil Zakir tapi dipanggil Ghafir, orang yang lalai. Kalau Zikr hanya kerja lidah, maka anggota badan yang lain akan langgar perintah ALLAH.

Zikr adalah mengingati ALLAH SWT dalam setiap keadaan masa dan ketika. Hakikat Zikr ialah apabila melihat sang Zakir yaqni orang yang berzikir maka hati kita teringat kepada ALLAH SWT. Bila melihat manusia mentaati perintah ALLAH, maka kita juga akan mentaati perintah ALLAH SWT. Oleh itu, jadilah manusia yang mengingati ALLAH begitu sekali sehingga manusia melihat kita pun akan turut ingat kepada ALLAH SWT. Ahlullah ialah bila orang lihat pada dia, maka orang lain akan turut ingat kepada ALLAH SWT dan kepada Sunnah Nabi saw.

Ikram ialah Zikr yang besar. Mengingati ALLAH SWT dalam menyempurnakan hak saudara kita yang lain. Kita kena sempurnakan hak makhluk ALLAH kerana ALLAH. Sempurnakan hak saudara supaya kita terlepas dari disoal di akhirat nanti.

Ikhlas adalah Zikr. Setiap amalan kita dibuat kerana ALLAH SWT. Niat adalah Zikr. Syaitan cuba untuk membolak-balik Niat manusia. Orang yang keluar di jalan ALLAH SWT dan berjuang habis-habisan, tetapi mengharap panah mengenai dirinya, maka di akhirat dia akan dapat panah sahaja.

Syaitan cuba merosakkan Niat manusia. Barangsiapa berhijrah untuk ALLAH dan Rasul maka hijrahnya untuk ALLAH dan Rasul. Barangsiapa berhijrah untuk dunia, akan dapat dunia. Barangsiapa berhijrah untuk wanita akan dapat wanita!

Mujahid ialah orang yang keluar di jalan ALLAH atas maksud hidayat semata-mata, tiada maksud lain. Oleh itu, niat juga adalah Zikr. Saat kita lupa ALLAH maka syaitan akan masuk dan rosakkan niat kita. Orang yang ada maksud lain sentiasa akan kebelakang. Orang ikhlas akan maju.

Satu orang telah keluar di jalan ALLAH dan memperolehi peluang untuk berniaga. Jual beli barang dan dapat keuntungan. Wang diperolehi digunakan untuk belanja di jalan ALLAH. Semasa perang dia mati. Mati ketika berjihad. 'Umar ra kata jangan panggil dia Syahid. Kerana niat telah berubah. Syahid ialah orang yang keluar di jalan ALLAH dan tidak ada keinginan lain melainkan agama ALLAH semata-mata. Semasa menunaikan haji dibolehkan berniaga. Dengan syarat tidak mengganggu urusan hajinya.

Yusuf a.s keluar dari penjara dan Allah lantik sebagai raja. Orang yang ikhlas ALLAH akan majukan. ALLAH hanya ambil usaha dari Mukhlisin. Kita kena tanya diri kenapa kita lakukan setiap amal? Wanita yang bagi minum kepada anjing yang kehausan, maka ALLAH telah majukan dia. Tiada syak dalam perbuatannya. Tiada riak dalam perbuatannya.

Sebaliknya Nabi saw kata aku lihat Quzman di dalam neraka. Dalam perang uhud, Quzman telah bunuh 8 org musyrikin. Semua orang memuji Quzman begitu hebat melawan musyrikin. Dia pun cedera teruk. Sahabat hairan bagaimana Quzman boleh masuk neraka. Quzman kata, aku buat semua ini untuk kaum aku. Dia ambil panah dan letak dileher dan tekan. Ia membunuh diri. Jika kita membantu sesiapa, kita kena tahu kenapa kita membantu. Mungkin kerana kenalan, mungkin kerana kekeluargaan, semua ini bantuan yang diberi bukan kerana ALLAH SWT. Jika kita bantu kerana ALLAH, umat ini akan bersatu. Bila kita beri bantuan atas sebab perkara lain maka umat akan berpecah.

Dakwah adalah perintah ALLAH SWT. Maka jadilah Muhajir. Muhajir ialah berhijrah daripada melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT. Bangun bagi nama. 4 bulan untuk negara jauh. 2 bulan untuk khidmat Nizamuddin. Setiap tahun bagi masa 6 bulan.


Bayan Subuh Nizamuddin 29 Okt 2017 Hadhratji Maulana Sa'ad Kandhlawi damat barakatuhu



Bantuan Allah tidak dtg dgn kebendaan. Org islam fikir dgn senjata dan bilangan yg ramai akan menang. Nabi2 dan sahabat mengatasi kebatilan bukan dgn bilangan yg ramai atau kekuatan yg besar. Dgn bilangan yg ramai tidak memberi kejayaan pd sahabat. Asas kejayaan sahabat ialah bila Allah bersama dgn mereka. Janji2 Allah bukan bersama dgn kebendaan atau asbab dunia. Janji Allah bukan hanya pd ibadat2 infradi. Ibadat infradi hanya bantuan pd perseorangan sahaja. Bantuan Allah pd umat syaratnya ialah dakwah illallah. Allah telah syaratkan dlm quran, intansurullahhayansurukum.. bila batil dtg menentang agama, kamu akan dpt menewaskan mereka bila kamu membantu agama Allah.

Apakah maksud kita bantu agama Allah? Siapakah mereka yg membantu agama Allah? maulana ilyas kata, org yg beramal dgn agama dlm dirinya dipanggil org beragama tapi tidak dipanggil pembantu agama. Org yg membantu agama bukan semata-mata yg belanja harta. Mereka juga tak dikira sebagai org yg membantu agama. Hari ni kita fikir, Allah bagi harta pd saya dan saya bantu agama dgn harta saya. Harta hanya bantu org islam bukan utk bantu agama islam. Sahabat yg kaya, mereka membantu sahabat yg lain dgn harta supaya dpt keluar di jln Allah. mereka hanya dpt ganjaran membelanjakan harta utk org2 islam. Bukan bermaksud bila saya belanja harta, maka t/jawab saya pd agama telah selesai. Semua sahabat samada yg kaya atau miskin telah megembelengkan seluruh tenaga utk agama. Bantu agama Allah ialah dgn dakwah illallah. Bila bantu kaum keluarga sendiri akan dpt 2 ganjaran:
1. infaq
2. silaturahim

Apa maksud nusrah? Nusrah ialah dakwah illallah. Mengembelengkan tenaga adalah memberi nusrah pd agama. Kalau kita ada harta dari langit sampai bumi dan dihabiskan atas perkara2 kebaikan utk dpt keredaan Allah, seluruh harta yg dibelanjakan itu nak dibandingkan dgn seorang yg berada di jln Allah walaupun separuh hari tak akan sama.

Nabi s.a.w telah memahamkan umat, jgn anggap org yg memberi harta utk org keluar di jln Allah dpt menggantikan dia bedrada di jln Allah, tidak sama sekali. Nabi s.a.w kata pd abdullah bin rawahah, jika kamu mempunyai harta seluruh dunia dan dibelanjakan utk kebaikan, tak akan sama dgn kawan2 kamu yg separuh hari telah mendahului kamu dan mereka akan masuk syurga 500 thn lebih dahulu dari kamu.

Apa maksud kita bantu agama Allah? kita jumpa setiap org dan dakwah setiap org. Dakwah infradi adalah asbab utk turunkan bantuan ghaib Allah. bantuan ghaib Allah bukan bermaksud segala keperluan di sempurnakan. Nusrah ghaib bermaksud berlaku peristiwa2 org2 kafir terpaksa menerima islam.

Dlm satu safar, nabi s.a.w dakwah satu org badwi. Tiada tuhan yg layak disembah melainkan allah dan aku adalah rasul allah. badwi tadi suruh bawa saksi. Nabi kata, pokok dihujung kpg sana akan jadi saksi terhadap dakwah yg aku sampaikan. Maka pokok tersebut membelah bumi dan dtg kpd nabi s.a.w. pokok tersebut bersaksi sebanyak 3 kali. Maka org badwi tadi telah memeluk islam. Bantu agama adalah dlm dakwah illallah. Bantu org islam dgn harta tapi bantu agama dgn bagi nyawa/diri.

Bila kamu bantu agama Allah maka allah akan membantu kamu. Allah akan tetapkan kaki2 kamu berada atas agama. Allah akan tetapkan pendirian kamu dlm agama. Perkara yg asas ialah dakwah infradi. Maulan ilyas kata, penting infradi dakwah ini, bila seseorang sibuk dgn solat sunat, ada org baru dtg ke masjid, kita batalkan solat dan pergi jumpa dan dakwah org baru tersebut sebelum dia keluar dari masjid.
Dgn adanya alatan moden hari ini, org islam tak memahami kepentingan berdakwah. Diri org islam itu sendiri perlu digunakan utk dakwah. Ini adalah sunnah. Bila tak ada sifat mujahadah maka tiada bantuan allah. maka tiada hidayat dari allah. manusia adalah mujahid. Alatan bukan mujahid. Bila tak buat dakwah maka sifat mujahadah telah hilang dari umat. 2 perkara yg penting:

1. infradi dakwah
2. infradi ibadat

Allah akan tawajjuh pd hambaNya bila ada 2 perkara tersebut. Allah melihat nabi dgn tawajjuh dlm 2 keadaan iaitu semasa buat dakwah dan semasa beribadat/sujud. Bantuan ghaib Allah bila kita kumpulkan dakwah dan ibadat. Nizam alam bergantung pd dakwah dan ibadat. Kisah yusak bin nun, kaumnya menentang. Perang berlaku pd waktu asar. Macam mana nak solat asar. Org yg buat kerja ini dan rasa tak rugi bila tinggalkan solat maka bantuan allah tak akan turun. Sibuk dgn kerja hingga tertinggal solat. Dakwah dan ibadat tak boleh ditinggalkan. Bila sempurnakan takazah dakwah, Allah akan tundukkan nizam dunia ini. Yusak bin nun kata matahari diperintah oleh Engkau. Kami sedang buat kerja Engkau ya allah. Kamu tahanlah matahari, jangan bergerak. Selagi tak fatah terhadap musuh, jgn biarkan matahari bergerak. Nizam dunia ini ditundukkan pd mereka yg himpunkan dakwah dan ibadat.

Sahabat telah ditangkap oleh org musyrikin. Di masukkan ke dlm jel. Dia berjunub dan terpaksa mandi. Macam mana nak solat. Kena mandi dulu. Dia minta air tapi hanya diberi sedikit utk minum sahaja. Tak boleh mandi. Maka dia telah berdoa pd Allah dan Allah telah hantar awan ke dlm jel dan diturunkan air ke atasnya. Dia mandi dgn air hujan. Allah gerakkan nizam dunia ini utk sahabat. Nizam alam ini digerakkan utk sahabat sebab dakwah dan ibadat. Bila kita bantu agama Allah, maka Allah akan bantu kita.

Allah akan tetapkan kita atas agama. Apa maksudnya? Bila dtg sesuatu perkara batil di hadapan utk menentang kamu maka bantuan Allah akan dtg dan bantu utk menghadapi kebatilan tersebut. Dakwah infradi adalah asas. Kita kena jadikan mizaj kita dakwah infradi. Naluri kita adalah dlm dakwah infradi.

Nabi s.a.w tak merendahkan sesiapa. Nabi s.a.w akan dakwah setiap org. sebab infradi dakwah adalah penting. Umat akan terbina dgn infradi dakwah. Nabi tak jadikan umat ini dlm bentuk golongan2. dakwah nabi bukan atas golongan2 tertentu. Dgn dakwah nabi membentuk umat. Dakwah nabi adalah ummumiyat. Org2 kaya dari golongan musyrikin telah minta buat satu majlis khas utk mereka tanpa dihadiri oleh sahabat2 yg miskin. Kami golongan bangsawan, mereka miskin, darjat kami berlainan. Nabi s.a.w telah bersetuju dgn permintaan tersebut. Satu surat telah ditulis. Pada hari jor tersebut, semua ketua2 kaum musyrikin telah dtg dan nabi dakwah mereka. Semua sahabat miskin ditahan tak boleh masuk. Seorang sahabat buta, abdullah ibnu maktum telah dtg dan telah masuk dlm majlis. Dia kata, ya rasulullah, ajarlah kpd kami juga apa yg tuan ajar pd mereka. Kedatangan dia tak disukai oleh nabi s.a.w. ada kerutan di dahi nabi. Maka Allah telah turunkan ayat memperingatkan nabi s.a.w. maka nabi s.a.w telah koyakkan surat yg telah ditulis oleh ali mengenai jor khawwas tersebut.

Tarbiyah umat ini dlm ijtimaiyat. Setiap lapisan masyarakat perlu berikhtilat. Akhlak dlm umat ialah kita bersama dgn golongan2 yg lain. Nabi s.a.w telah bagitahu pd seorang sahabat, aksam bin nujum, keluar di jln Allah bersama dgn org2 lain, bukan dgn kaum kamu. Maka akhlak kamu akan jadi baik dan kamu akan dimuliakan. Bila keluar dgn org yg kita tak kenal, kita akan jadi baik dan akan membentuk umat.

Apa yg dikatakan umat? Umat ialah org yg mengajak manusia kpd kebaikan. Menyampaikan kebaikan kpd umat. Sunnah yg penting ialah dakwah infradi dan nabi tak pandang rendah pd org. nabi s.a.w telah membentuk umat. Sahabat yg baru diletakkan di rumah sahabat2 lama. Dgn ikhtilat (pergaulan), org baru dpt tarbiyah, org lama dpt kemajuan. Wail Ibnu Hajar, seorang bangsawan telah dtg utk masuk islam. Nabi s.a.w telah serahkan Wail Ibnu Hajar kpd hadrat Muawiyah r.a. Muawiyah org miskin. Tiada pakaian yg sempurna.

Kasut pun tak ada. tanggungjawab Muawiyah utk bagi Wail Ibnu Hajar makan & minum. Wail dtg dgn kuda bangsawan. Muawiyah minta kasut dari Wail nak guna sebab Wail naik kuda, dia berjalan atas pasir yg panas. Wail tak bagi. Kalau tak nak bagi kasut, kau bagilah aku bonceng di belakang kamu. Itu pun Wail tak bagi. Tak munasib org miskin naik kuda bersama dgn org bangsawan.

Bila org lama bawa org baru dan sabar dgn kerenah org baru maka Allah akan majukan org lama dan org baru dpt tarbiyah. Selepas peristiwa tersebut, hadrat Muawiyah telah dilantik menjadi gabenor dan diletakkan di atas takhta. Allah telah muliakan beliau. Satu hari, hadrat Wail telah dtg utk jumpa Amirul Mukminin Hadrat Muawiyah dan minta izin utk masuk dan duduk. Muawiyah kata, mana lebih hebat, kuda kamu atau takhta aku? Wail jawab, masa tu kami masih jahil, maafkanlah kami. Bila org awam dan ulamak bersama, maka kejahilan akan hilang.

Bila org kaya bersama dgn org miskin maka kehidupan org kaya akan jadi sederhana.
Bila umat hidup secara infradi, maka akan ada pertumpahan darah. Berlaku perbezaan kerana ada lapisan2 masyarakat. Org kaya, org miskin, org khawas, org awam, kenapa ada perbezaan ini, kerana mereka hidup dgn kehidupan masing2. semua kita kena duduk antara satu sama lain. Perkara asas dlm perutusan nabi s.a.w adalah supaya tidak ada perbezaan dlm golongan manusia. Tiada perbezaan warna kulit, tiada perbezaan kaum.

Azan adalah sangat tinggi dlm islam. Org yg paling panjang tengoknya ialah muazzin. Hari ini kita memperlekehkan pekerjaan bilal. Hadrat umar r.a kata, kalau aku tak jadi khalifah, aku nak jadi muazzin. Abdullah bin zaid yg menerima mimpi pada mlm itu tapi dijadikan bilal sebagai muazzin. Org yg hitam dari habshah dijadikan muazzin. Bila nabi keluar di jln Allah, nabi jadikan abdullah maktum sebagai imam. Bilal jadi muazzin.

Isa a.s telah tashkil kaumnya hawariyyin utk keluar. Jemaah tersebut bagi alasan tak boleh pergi sebab tak boleh cakap bahasa di tempat itu. Macam mana nak bagi dakwah. Maka pd keesokan harinya bila bangun dari tidur semua jemaah boleh cakap bahasa tempat yg mereka ditashkilkan. Terpaksa kena pergi juga, tiada alasan dan tiada keuzuran. Allah telah buat keputusan dan kamu terpaksa pergi.

Suhail ar Rumi (orang Rum), Bilal al Habsi (orang Habshah), Salman al Farsi (orang Parsi). Bahasa berbeza-beza. Bukan orang yang asal bahasa Arab. Aus dan Khazraj, 2 kabilah yang besar di Madinah. Mereka bangga dengan bahasa Arab. Mereka memperlekehkan 3 orang tadi. (Sebaliknya) Muaz bin Jabal lihat 3 orang tadi yang telah tinggalkan negara mereka dan datang ke Madinah untuk bersama Nabi s.a.w, untuk beri bantuan kepada agama Allah, untuk taat Allah dan Rasul.

Kelemahan dalam kerja akan datang bila kita faham kita yang lebih berhak dalam kerja ini dari orang lain. Org Aus dan Khazraj kata kami yang berhak dalam kerja ini kerana kami orang2 Arab, Nabi orang Arab dan Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Muaz bin jabal telah marah dengan percakapan yang sedemikian. Dia telah tarik kain Qais Ibnu Muqtadiah dan bawa jumpa Nabi SAW. Nabi telah marah dan telah kumpulkan sahabat2 dan bayan. Nabi kata bahasa Arab bukan bapa dan bukan ibu kamu. Percakapan Qais Ibnu Muqtadiah boleh memecah-belahkan umat. Nabi suruh Muaz tolak Qais masuk dalam neraka. Selepas itu Qais Ibnu Muqtadiah telah murtad dari islam. Bila kita berbangga dengan kebolehan kita dan memandang orang lain rendah maka sesungguhnya kita telah menghancurkan kebolehan kita sendiri.

Usamah bin Zaid orang yang hitam. Rupa tak handsome. Hidung penyek. Di muka ada tanda2 penyakit. Zaid bin Harithah orang yang putih. Nabi kata, kalau kamu wanita wahai Usamah, aku akan nikahkan kamu dan pakaikan kamu dengan pakaian yang cantik. Satu ketika Usamah telah jatuh dan luka. Nabi suruh A’ishah bersihkan luka di kepala Usamah. A’ishah rasa jijik. Nabi bangun dan hisap darah usamah dengan lidah nabi sendiri. Nabi tidak memandang rendah pada Usamah. Jangan kita memandang hina pada orang Islam.

Semasa safar haji, nabi telah terlewat bergerak ke arafah. Semua sahabat telah merungut kerana dah lewat masih tak bergerak. Kenapa nabi melewatkan pergerakan ke arafah? Semua tertanya2. selepas itu, hadrat usamah dtg. Sebenarnya nabi menunggu usamah baru nak bergerak. Usamah pergi buang hajat. Ada org ahli yaman kata, kerana budak ni je kita tertangguh. Cakap dgn menghina. Sebab itulah ada org yaman murtad selepas hari kewafatan nabi s.a.w kerana bahasa menghina tersebut. Kemuliaan org islam lebih hebat drp baitullah.

Maulana ilyas kata, kita kena lihat org yg berdosa dgn pandangan yg mulia. Maqam org islam lebih mulia drp baitullah. Bila lihat org islam dgn kemuliaan maka barulah nilai2 org islam yg terpancar. Nabi s.a.w telah membina umat. Nabi s.a.w tidak membezakan antara satu sama lain. Sebab itulah dlm kerja ini tiada golongan2. sebagaimana umat dikumpulkan utk solat begitulah juga umat dikumpulkan utk dakwah.

Azan bukan utk golongan2 tertentu. Azan dilaungkan utk semua org, utk setiap lapisan masyarakat. Begitu juga dakwah utk setiap lapisan masyarakat. Kumpul org ramai di masjid utk solat begitu juga kumpul org ramai di masjid utk dakwah. Bantuan ghaib Allah tak akan turun bila umat tidak berada dlm keadaan ijtimaiyat. Keberkatan akan dtg dlm ijtimaiyat. Bila ada perbezaan maka akan dtg kesusahan dan bala.

Bila satu org tekan syor maka dia akan terkeluar drp ijtimaiyat. Kita kena bersatu dlm perkara2 kebaikan. Satu org yg berpegang teguh pd pendapat maka tak boleh nak bersatu. Bila tak bersatu, maka kita akan jadi lemah. Kita kena satu fikir atas setiap perkara. Maulana Ilyas kata, ini kerja spt mengambil sesuatu yg berat dari tempat yg dalam. Kena bersatu baru ada kekuatan.
Dua masjid Allah telah cerita dalam Quran :

1. Masjid Quba
2. Masjid Dhirar (Surah at Taubah ayat 108/109)

Di masjid Quba org2 yg suka kpd kebaikan. Masjid org islam. Di masjid Dhirar org2 suka kpd perpecahan. Masjid org munafik. Disebabkan tak nak bersatu mereka telah bina masjid lain. Allah halang nabi dari pergi ke masjid tersebut. Masjid tersebut dibina utk memecah-belahkan umat. Berkumpul di situ utk memecahbelahkan org islam. Jangan kamu pijak satu kali pun ke masjid itu. Masjid Quba dibina berasaskan taqwa. Org yg berwuduk di rumah dan pergi solat di masjid Quba akan dpt pahala umrah. Nabi perintah kumpulkan kayu nak bakar masjid Dhirar. Selepas dibakar, ada satu org sahabat buat rumah diatas tanah masjid itu. Keburukan tanah tersebut menyebabkan dia tak dpt anak. Tiada keberkatan. Bila pindah baru dpt anak. Bila telor dieramkan, telor jadi tembelang. Tiada burung merpati dtg buat sarang.

Di khandak, sahabat telah tolong menolong mengali parit. Ada keberkatan dlm ijtimaiyat. Di rumah jabir r.a, makanan yg hanya cukup utk 2 org makan telah mencukupi utk dimakan oleh seluruh penduduk madinah. Kambing yg dimasak tak terusik, masih banyak tu juga. Nabi pesan makan daging tapi jgn patahkan tulang. Roti 2 biji telah mencukupi utk semua org. bila buat kerja secara ijtimai Allah akan bagi keberkatan pd umat ini.

Org lama dan org baru duduk bersama dlm ijtimaiyat. Keberkatan dlm ijtimai dan kerosakan dlm perpecahan. Nabi ikram setiap umat. Umat akan terbentuk dgn ikram bukan dgn balas dendam. Balas dendam memecah belahkan umat. Sahabat bangun atas dasar kesabaran bukan balas dendam. Org yg menyusahkan kita, kita ikram dia. Jgn kita hanya ikram org buat ihsan pd kita. Ini akan mewujudkan golongan2.

Kita buat ihsan pd org yg susahkan kita. Org yg menyusahakan nabi tapi nabi buat kebaikan maka mereka masuk islam. Alamat nabuwwah ialah nabi akan buat ihsan pd org yg menyusahakan baginda. Kisah zaid bin saanah seorang yahudi yg telah menuntut hutang dari nabi walaupun belum sampai tempoh utk bayar. Dia telah berkasar dgn nabi. Umar telah marah dan nak pancung leher dia. Nabi telah bayar hutang dan bagi lebih sebab ugutan yg dibuat oleh umar. Org yahudi itu ucap kalimah. Umar tanya kenapa dia buat macam tu padahal kamu pendeta yahudi. Sebenarnya aku dah tahu baginda adalah rasul Allah, tapi cuma satu alamat nabuwwah yg aku nak uji. Dgn aku menzalimi dia balas kebaikan dan bersabar. Jgn kita ada sifat nak balas dendam. Kita maafkan umat. Kita beristighfar utk mereka. Nabi telah beristighfar utk org2 munafik juga walaupun Allah tak maafkan mereka.

Nabi telah berdoa utk aishah, wahai Allah maafkanlah dosa aishah yg dulu dan kemudian. Aishah begitu gembira. Nabi kata setiap kali solat baginda doa yg sama utk umat. Bila org islam berdoa utk org2 islam yg lain maka doa itu akan diterima oleh Allah. apatah lagi doa org islam utk org islam utk akhirat mereka. Ini adalah asas dlm kerja. Kita doa dan istighfar utk kawan2 kita. Kalau kita tak behajat pd kawan2 kita maka Allah tak akan ambil kerja dari kita. Kita rasa dgn kebolehan/kehebatan sendiri, kita boleh buat, sebenarnya kita tertipu. Kita berhajat pd kawan2 kita. Hadrat umar kata ada sorang yahudi akauntan, kalau dia masuk islam aku akan ambil dia bekerja di baitulmal. Walaupun bukan islam, nak ambil faedah drp mereka.

Walaupun sahabat berada dlm fitnah/ujian, jgn biarkan mereka. Ujian dtg dari keluarga, ujian dtg dari perniagaan. Macam2 ujian dtg. Kita selamatkan dia dari ujian2 tersebut. Kita bantu dia. Hadrat abu darda telah melihat satu org bersangka buruk. Kita kena keluarkan dia dari sangkaan tersebut.

Seorang sahabat, Ayaz ibni abi rabiah, telah berhijrah ke madinah. Abu jahal telah hantar satu org utk ambil ayaz balik ke mekah. Ibu kamu telah bersumpah tak nak makan dan tak nak sikat rambut, akan duduk di tengah panas matahari. Kamu kena balik, nanti ibu kamu akan mati. Madinah adalah markaz utk buat kerja. Syaitan usahakan supaya keluarkan dia dari markaz. Bila keluar dari markaz maka akan mudah terkena fitnah. Tinggal di madinah akan selamat dari ujian. Ayaz buat keputusan utk balik ke mekah. Umar nasihat ayaz supaya jgn pergi nanti kamu akan diuji dan disusahkan. Umar suruh ambil kuda dia. Kuda yg pantas. Kalau ada masalah dlm perjalanan patah balik ke madinah. Umar sedaya upaya nak bantu ayaz. Abu jahal telah tipu ayaz. Ayaz diikat dan dipukul sehingga dia telah murtad. Umar fikir macam mana nak bawa ayaz kembali ke islam. Dlm quran kata; mereka yg telah menzalimi diri mereka janganlah mereka berputus asa dari rahmat Allah. umar telah tulis ayat tu dan hantar kpd ayaz di mekah. Ayaz kembali masuk islam dan dtg ke madinah. Kita bawa kawan2 kita bersama dlm kerja. Walaupun berbagai-bagai ujian dtg, kita doa utk mereka.

Syaitan berusaha utk timbulkan perasaan buruk sangka sesama kita. Dgn buruk sangka, org akan tinggalkan kerja. Satu org sahabat yg telah mengaku berzina dihadapan nabi. Nabi menginkarinya. Jgn kita buruk sangka pd org islam. Buruk sangka akan memecah belahkan. Org munafik tak boleh tengok org islam bersatu.
Nabi hantar sahabat sebagai amil utk ambil zakat dari kabilah banu mustalib. Nabi hantar seorang sahaja. Seluruh kabilah telah keluar dari kpg utk istiqbal sahabat nabi. Mereka nak bagi zakat dgn gembira sekali. Tapi satu org munafik telah bagitahu sahabat tu jangan pergi kerana seluruh kabilah telah keluar utk bunuh kamu. Kerja munafik memecah belahkan. Sahabat tadi telah pulang dan cerita pd nabi bahawa mereka nak bunuh dia. Sahabat telah bermesyuarat dan nak serang kabilah tu malam ini juga dgn alasan tak nak bayar zakat dan nak bunuh utusan nabi. Khabar dari seorang munafik, membawa khabar yg bohong. Turun wahyu dari Allah, wahai org2 yg beriman, bila dtg berita pd kamu, hendaklah kamu tahkikkan/selidik berita tersebut. Jgn percaya dgn khabar org munafik. Nanti kamu akan menyesal.

Untuk membentuk umat, perkara yg asas ialah infradi dakwah. Jumpa dan dakwah setiap org islam. Amali dakwah ialah kita bergerak bawa agama keluar di jln Allah. kita masuk dlm umat. Kita buat kerja dgn ijtimaiyat. Kita buat kerja mengikut sirah nabi s.a.w. Utk belajar agama banyak cara tapi utk satukan umat hanya satu cara iaitu dakwah dan tabligh. Bantuan Allah akan dtg bila kita bersatu. Bangun bagi azam utk keluar di jln Allah