Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Tuesday, July 19, 2016
Sayyidina Ibnu ‘Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari di jalan Allah SWT akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit. (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)
Kedudukan Ruh dalam jasad sangat penting. Bila Ruh masuk ke dalam jasad maka jasad bermanfaat. Sebaliknya, apabila Ruh keluar daripada jasad maka jasad akan menjadi bangkai dan hancur. Begitu juga dunia, Ruhnya adalah Agama(Islam). Dunia berserta isinya di ciptakan kerana adanya agama. Apabila tiada lagi orang yang mengucapkan Allah.. Allah, maka Allah Swt akan hancurkan dunia ini. Jadi perkara yang penting di muka bumi ini adalah Agama. - Tamthil
Maulana Muhammad Yusuf rah.a
Mukmin itu ialah mereka yang mempertahankan perintah Allah walau di mana dan di dalam keadaan apa jua, bukannya orang yang meninggalkan perintah Allah demi mempertahankan kebendaan dan keduniaan. Mukmin itu ialah mereka yang mengejar perintah Allah, bukannya orang yang mengejar keduniaan. Mukmin meyakini bahawa kebahagiaan ada di dalam perintah Allah bukan dalam asbab-asbab keduniaan.
Mukmin itu ialah mereka yang mempertahankan perintah Allah walau di mana dan di dalam keadaan apa jua, bukannya orang yang meninggalkan perintah Allah demi mempertahankan kebendaan dan keduniaan. Mukmin itu ialah mereka yang mengejar perintah Allah, bukannya orang yang mengejar keduniaan. Mukmin meyakini bahawa kebahagiaan ada di dalam perintah Allah bukan dalam asbab-asbab keduniaan.
Sayyidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jikalau seseorang menghilangkan satu dari kesusahan seseorang di dunia ini, Allah akan menghilangkan satu kesusahan darinya pada hari akhirat. Dan jikalau seseorang menyembunyikan satu kesalahan seorang muslim, Allah SWT akan menyembunyikan kesalahan-kesalahannya di akhirat, Allah SWT akan tetap membantu seorang selagi dia membantu saudaranya. (HR Musnad Ahmad)
Maulana Muhammad Yusuf rah.a berkata kepada seseorang berkenaan amar ma'ruf nahi mungkar: “Hadith tentang hal ini bunyinya, Jika kamu melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan, bukan hancurkanlah tetapi ubahlah! Lihatlah oleh kamu orang-orang yang telah keluar di jalan Allah telah berubah kehidupannya dalam ketaatan.”
Sayyidina Samurah ibn Jundab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Di antara mereka (ahli neraka) di makan oleh api hingga sampai ke buku lalinya dan di antara mereka ada yang dimakan oleh api hingga sampai ke lututnya. Dan di antara mereka ada yang dimakan oleh api hingga sampai ke pinggang mereka dan sebahagian dari mereka ada yang dimakan oleh api sampai ke tulang dadanya. (HR Muslim)
Dari Zaid bin Khalid Juhani r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang menunaikan haji atau orang yang keluar di jalan Allah SWT atau pun mengambil berat tentang ahli keluarga mereka selepas pemergian mereka, atau menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang keluar di jalan Allah yang pergi mengerjakan haji dan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka. (HR Baihaqi)
5 Doa yang PASTI di terima
Sayyidina Ibnu 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Terdapat lima doa yang pasti diterima doanya: Doa seorang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindak balas ke atas orang yang menzaliminya. Doa seorang Haji selagi dia belum kembali ke kampung halamannya. Doa seorang Mujahid selagi dia masih berada di perbatasan. Doa seorang yang sedang sakit sebelum sembuh. Doa seorang saudaranya yang lain dibelakangnya yang dilakukan secara sembunyi. Selanjutnya Baginda Rasulullah SAW bersabda: Diantara doa-doa tersebut yang paling cepat diterima ialah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain secara tersembunyi. (HR Baihaqi)
As-Saf (The Ranks) 61.10-12
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Sayyidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Api dunia kamu adalah sebahagian daripada satu pertujuh puluh daripada api neraka. Seorang bertanya: Ya Rasulullah SAW bukankah api dunia sudah cukup panas. Rasulullah SAW menjawab: (Api dunia kalau dibandingkan dengan api neraka) adalah enam puluh sembilan kali lebih panas dan setiap satu kepanasan itu adalah sama dengan panasnya api dunia. (HR Bukhari)
JUJUR yang benar.
“Andai saja berani benar-benar jujur melihat keburukan, dosa-dosa, maksiat dan kekurangan-kekurangan diri ini, niscaya akan lunglai. Malu tiada tara, rasanya tak ada lagi muka, semua pujian, penghormatan orang-orang hanyalah karena Allah menutupi kebusukan kita yang sesungguhnya. Andai pun dihina, sebetulnya penghinaan orang masih jauuh lebih baik dibanding kehinaan kita yang sesungguhnya..” - KH. Abdullah Gymnastiar
Janji Allah: Bilik yang tembus pandangan di dalam Syurga
Sayyidina Abu Malik Al-Ashari r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah bilik yang mana tembus pandangan, dari dalam boleh dilihat apa yang ada diluar dan dari luar dapat dilihat apa yang ada di dalam. Allah menyediakannya khas untuk mereka yang memberi makan kepada fakir miskin, menghamburkan salam, dan bersolat malam di mana manusia sedang nyenyak tidur. (HR Tabrani)
Ingat Maut Sedikit Gembira Sedikit lah Dengki
Sayyidina Abu Darda radiyallahu’anhu berkata: “Siapa yang banyak mengingati maut, akan sedikit kegembiraannya dan akan sedikit pula kedengkiannya.”
Solat Berjemaah
Sayyidina Umar ibn Al Khattab r.a meriwayatkan; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT sangat menyukai solat secara berjemaah. (HR Musnad Ahmad)
Sedeqah
Sayyidina Jabir bin Zaid berkata: “Aku lebih suka bersedekah satu dirham kepada anak yatim atau orang miskin daripada menunaikan ibadah haji setelah haji wajib.” (Hilyatul Auliya’: 3/89)
Jabir bin Zaid berkata: “Aku lebih suka bersedekah satu dirham kepada anak yatim atau orang miskin daripada menunaikan ibadah haji setelah haji wajib.” (Hilyatul Auliya’: 3/89)
Janji Allah: Sakit Kepala Di Jalan Allah
Sayyidina Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang sakit kepala dijalan Allah SWT dan berniat untuk mendapatkan pahala, maka segala dosanya yang terdahulu akan diampunkan. (HR Tabrani)
Subscribe to:
Posts (Atom)
