Bayan masturat
Kepentingan Masturat Muslimat / Wanita
Bayan Syed Ahmad Khan, Pakistan, Januari 1991
Golongan Wanita Yang Di Seksa Dalam Neraka
Perbandingan Empat Mazahab : Berhubung Wanita Merdeka Nisbah Kewajipan Wanita; Menjaga Diri, Harta, Dan Anak-anak
Sifat-Sifat Isteri Yang Solehah
Bagaimana Isteri Yang Solehah Membuat Suaminya Redha
Adab-Adab Seorang Isteri & Wasiat Seorang Ibu
—————————————————————————–
Bayan Syed Ahmad Khan, Pakistan, Januari 1991
1. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali.
2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.
3. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
4. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana manjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
5. Isteri yang lihat suami dengan kasih sayang dan suami lihat isteri dengan kasih sayang Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
6. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar pada jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya, akan jadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan menunggu suaminya dan menunggau kuda yang dibuat daripada Yakut.
7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah s.w.t. akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. bagi 12 tahun pahala ibadat.
8. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
9. Wanita yang uli / kamil tepong dengan Bismillah Allah s.w.t. akan berkati rezekinya.
10. Wanita yang menjaga solah, puasa dan taat pada suami Allah s.w.t. akan izinkannya memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
11. Wanita yang hamil akan dapat pahala
• Berpuasa pada siang hari dan
• Beribadat pada malam hari.
12. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas, manakala wanita yang picit suaminya bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
13. Seorang suami yang redha akan isteri ketika meninggal dunia, Allah s.w.t. mewajibkan syurga bagi isterinya.
14. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
15. Jika suami mengajar isterinya satu masaalah (agama) akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
16. Di syurga semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. Sedang semua manusia sibuk hendak berjumpa dengan Allah s.w.t., tetapi Allah s.w.t. akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purda di dunia ini dengan istiqamah (tetap). Antara kelebihan berpurdah ialah;
Allah swt. akan tingkatkan Nur pada wajah, 13 kali ganda daripada wajah asli. Kecantikan wajah seseorang wanita terletak bila Allah swt. beri nur wajah ini.
Manafaat di dunia dengan memakai purda sepenuhnya. Di syurga Allah swt. beri 70 kali ganda kecantikan La’ibah ketua bidadari. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat dari Allah swt.
Hadhrat Fatimah r.a berkata kepada Rasulullah s.a.w; “Wahai Rasulullah s.a.w, jika seseorang itu dapat menjaga auratnya adalah manis daripada madu tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus daripada seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah payah.
Hadhrat Fatimah r.a dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga di akhirat kelak apabila ia hendak melintasi titian Sirat, Allah swt. memerintahkan semua orang supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari melihat Hadhrat Fatimah r.a. Beliau sungguh memandang berat pada aurat hingga beliau meninggal dunia maka kebumikanlah di waktu malam supaya tiada siapa dapat melihat samaada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau rendah.
17. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian laki-laki yang bukan muhrimnya atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan pada orang lain, maka dia tidak akan mencium bau syurga.
18. Seorang wanita yang menyambut baik suaminya yang datang dengan kemarahan, Allah s.w.t. berikan padanya ganjaran setengah pahala jihad.
19. Allah s.w.t. berkati dalam rezeki apabila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
20. Allah s.w.t. melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
21. Kepada wanita yang tidak menutup aurat, Allah s.w.t. berfirman: hiduplah dengan apa yang kau suka.
22. Nabi s.a.w. bersabda: “Tiga orang yang tidak diterima shalat / sembahyangnya (tidak diberi pahala shalatnya) dan tidak diangkat kebajikan mereka kelangit ialah:-
1. Seorang hamba yang lari dari tuannya sehingga dia kembali.
2. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehingga suaminya redha.
3. Orang yang mabuk hingga dia sedar kembali.
23. Seorang wanita yang membersihkan rumahnya dengan berzikir pahalanya seolah-olah ia membersihkan kaabah. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu di Baitullah.
24. Ibadat bagi malam hari dan siang hari seperti puasa bagi wanita yang mengandung.
25. Selepas seorang wanita melahirkan anak, Allah s.w.t. sediakan pahala 70 tahun sembahyang dan puasa. Setiap kesakitan pada satu-satu uratnya melahirkan anak itu, Allah s.w.t. memberi satu pahala haji mabrur.
26. Apabila seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak, dia dikira mati syahid.
27. Apabila seorang wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, Allah s.w.t. memberi pahala 1 tahun sembahyang dan puasa, akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
28. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2½ tahun, malaikat dari langit datang membawa khabar gembira iaitu Allah s.w.t. mengurniakan / wajib syurga baginya.
29. Apabila seorang wanita memberi makan dengan taat, tanpa khianat kepada suaminya yang pulang dari musafir, maka Allah s.w.t. memberikannya 12 tahun ibadat / solat nafil.
“Orang laki-laki itu menjadi tulang punggung (penanggungjawab) bagi wanita.” (Al-Hadis) Ertinya, bahawa mereka (laki-laki) itu menguasai urusan kaum wanita dan mendidiknya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik wanita adalah apabila dia engkau pandang, maka dia mengembirakan, bila engkau perintah dia taat, dan bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula akan kehormatan dirinya.”
Anas Bin Malik, meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Seorang wanita yang apabila mengerjakan solah lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.” (HADIS RIWAYAT ABU NAIM)
Abdurrahman Bin Auf r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang laki-laki yang tidak soleh dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutuplah baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya delapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab / hitung.”
Siti Aishah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Tidaklah seseorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu dan pada hari pertama haidnya membaca Alhamdulillahi alaa kulli wa astaghfirullah (segala puji bagi Allah s.w.t. dalam segala keadaan dan saya mohon ampun kepada Allah s.w.t. dari segala dosa.) Maka Allah s.w.t. menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shirathul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah s.w.t. mengangkat keatasnya darjat, seperti darjatnya empat puluh orang yang mati syahid.”
Termasuk dosa besar adalah seorang perempuan yang telah bersuami keluar dari rumahnya tampa seizin suaminya, biarpun dia keluar kerana kematian salah seorang dari kedua orang tuanya.
Di dalam kitab Al-Ihya diceritakan sebuah kisah, bahawa pada masa Nabi s.a.w. ada seorang laki-laki yang akan berangkat berperang, yang berpesan kepada isterinya: “Hai isteriku janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini, sampai aku kembali pulang.”
Secara kebetulan, ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang laki-laki menemui Rasulullah s.a.w. Rasullullah s.a.w. bersabda kepada utusan itu: “Agar dia mentaati suaminya”. Demikian pula si wanita, mengutus utusan tidak hanya sekali sehigga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumah.
Maka ayahnya pun meninggal dunia dan dia tetap tidak melihat mayat ayahnya dan dia tetap sabar. Sehingga suaminya kembali pulang. Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w. yang berbunyi: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengampuni wanita tersebut, disebabkan ketaatannya kepada suaminya.”
—————————————————————————–
Golongan Wanita Yang Di Seksa Dalam Neraka
Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya.” (H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Pada malam aku diIsrakan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.”
Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?” Beliau bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan.
10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hai Fatimah, adapun tentang;
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan laki-laki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya.”
Kemudian Nabi s.w.a. bersabda: “Tidak seorang wanita pun yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya.”
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerana dia bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.
6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwudhu dan tidak solat dan tidak mahu mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda:
empat jenis wanita yang berada di syurga dan
empat jenis wanita yang berada di neraka dan
beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:
1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda:
Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:
1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya dan suaminya.
Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat.
Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang mengerjakan solat bersamamu”.
Beliau berkata: “Aku mengerti bahawa engkau senang mengerjakan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik dari pada solatmu dikamarmu dan solatmu dikamarmu lebih baik dari solatmu dirumahmu dan sholatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di mesjidku”. — (Bagi lelaki sangat dituntut sembahyang berjemaah di mesjid)
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh Allah ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap dirumahnya”.
Diceritakan dari Aisyah r.a.: “Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang memakai pakaian yang terseret-seret ditanah untuk perhiasan pada dirinya di dalam masjid”.
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai manusia laranglah isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu tidak dilaknat hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid”.Ibnu Abas r.a. meriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempesolek dirinya serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di neraka.”
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: “Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya.”
Isteri tidak wajib taat suruhan dan arahan suami, apabila suruhan dan arahan itu bertentangan dengan hukum Allah s.w.t.
Imam Al-Ghazali menegaskan: “Seorang isteri wajib mentaati suami sepenuhnya dan memenuhi segala tuntutan suami dari dirinya sekiranya tuntutan itu tidak mengandungi maksiat.”
—————————————————————————–
Perbandingan Empat Mazahab Berhubung Wanita Merdeka Nisbah Pada Pandangan Lelaki
MALIKI:
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi sengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup
HAMBALI: Ada dua qawl:
1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
2. Semua badannya, tampa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang paling sahih.
SHAFIE: Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafie:
1. Semua badan, tampa kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau paling nyata atau mu’tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama’ Shafie.
2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
HANAFIYY: Ada dua qawl, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah:
1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.
2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.
—————————————————————————–
Kewajipan Wanita; Menjaga Diri, Harta, Dan Anak-anak
a) Menjaga diri, harta dan anak-anak:
Seorang isteri bertanggungjawab menjaga penghormatan dirinya daripada diganggu oleh gejala-gejala yang akan merosakkan hubungan suami isteri. Penjagaan diri dari aspek fizikal dan mental, supaya fizikalnya sihat dan mentalnya bersih dari pemikiran yang tidak baik.
Seorang isteri juga bertanggungjawab menjaga harta suami yang diamanahkan kepadanya. Menjaga harta dari kecurian, kerosakan dan kemusnahan. Mengurus kewangan rumahtangga supaya tidak dibelanja pada perkara-perkara yang membazir dan tidak mendatangkan faedah.
Selain daripada harta benda yang perlu diurus, anak-anak juga menjadi tanggungjawab utama kepada seorang isteri. Tanggungjawab isteri sebagai ibu menjaga maslahat anak-anak dan menjauhkan mereka dari sebarang keburukan. Penjagaan yang dijalankan oleh isteri akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. seperti yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:
“Setiap orang kamu adalah gembala, dan setiap gembala itu bertanggungjawab ke atas orang di bawah jagaannya.”
Kewajipan Wanita, 8 Perkara:
1. Sembahyang awah waktu
2. Senantiasa membaca Al-Quran
3. Zikir pagi dan petang
4. Talim di rumah
5. Menjaga aurat
6. Khidmat dan hormat kepada suami
7. Mendidik anak cara Islam
8. Memberi galakan kepada suami / muhram keluar bermujahadah di jalan Allah swt.
Sifat-Sifat Isteri Yang Solehah:
“Yang taat jika suami memerintahnya, yang menyenangkan jika suami memandangnya, yang menjaga kehormatan diri suami dan hartanya.” (Riwayat an-Nasa’i, Ahmad dan al-Baihaqi)
Di antara sifat-sifat isteri yang solehah ialah:
1. Tidak melihat dan mencari aib wanita lain, tidak menceritakan keadaan tubuh wanita lain kepada suaminya, khuatir jika suaminya tertarik dan ini akan menimbulkan kerosakan.
Al-Bukhari berkata: “Rasulullali s.a.w. melarang seorang Wanita berada dalam satu selimut dengan wanita lain, agar dia tidak menceritakan kepada suaminya.”
2. Memakai hijab di hadapan lelaki yang bukan muhramnya, termasuk lelaki buta. Rasulullah s.a.w, memerintahkan para wanita berhijab di hadapan orang yang buta dengan bersabda: “Pakailah hijab di hadapannya.” Mereka berkata: “Wahai Rasulullah, bukankah dia buta?” Baginda bersabda: “Apakah kedua mata kamu buta. Bukankah kamu melihatnya?” (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ahmad. Menurut at-Tirmizi, hadis ini Hasan)
3. Berhias, bersolek dan memakai minyak wangi di dalam rumah untuk suaminya. Ini dilakukan agar suaminya gembira dan mencegahnya melakukan perkara yang haram. Isteri yang solehah tidak boleh keluar rumah dalam keadaan bersolek dan membuat sesuatu yang menarik perhatian lelaki lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat lelaki yang seperti wanita (waria) dan wanita seperti lelaki. Usirlah mereka dari rumah kamu.” (Riwayat al-Bukhari, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud).
4. Isteri yang solehah tidak menolak ajakan suaminya di tempat tidur. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: >“Jika wanita menjauhi keinginan suaminya di malam hari, maka para malaikat melaknatnya sehingga dia kembali.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
5. Dalam keadaan ini, dia bersekutu dengan syaitan. Sedangkan wanita solehah ialah yang bersama dengan suaminya untuk menghadapi syaitan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: >“Jika seorang lelaki mengajak isterinya berjimak, maka hendaklah dia memenuinya, sekalipun dia sedang berada berhampiran tungku api.” (Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)
6. Wanita solehah ialah yang tidak mengutuk dan mengingkari nikmat yang diterima daripada suaminya, berdasarkan sabda baginda: “Bersedekahlah kamu, kerana kebanyakan di antara kamu akan menjadi kayu bakar Jahanam.”
Ada seorang wanita yang bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa sedemikian?” “Kerana kamu suka mengutuk dan mengingkari suami.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
7. Wanita solehah ialah yang tidak membocorkan rahsia suaminya. Isteri ialah wadah suami dan orang yang paling rapat dengannya. Membocorkan rahsia seseorang merupakan sifat tercela, lebih-lebih lagi seorang isteri yang membocorkan rahsia suaminya. Perbuatan ini merupakan dosa besar dan merbahaya. Kerana itu tatkala ada seorang isteri Nabi s.a.w. yang membocorkan rahsianya, baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah lelaki yang mencampuri isterinya dan wanita yang mencampuri suaminya, kemudian salah seorang di antara keduanya membocorkan rahsia yang lainnya.” (Riwayat Muslim).
8. Wanita solehah ialah yang tidak berkhalwat dengan lelaki yang bukan mahramnya, sebagaimana ia juga dilarang kepada suami yang soleh. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Ingatlah, janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita, kerana yang ketiga ialah syaitan.” (Riwayat at-Tirmizi, Ahmad, al-Hakim dan Ibnu Hibban)
9. Wanita solehah ialah yang mengetahui bahawa suaminya merupakan seorang pemimpin, berhak menyuruh dan melarang dalam rumahnya. Sabda baginda yang bermaksud: “Tidak dibenarkan manusia bersujud kepada manusia lain. Andaikan manusia dibenarkan sujud kepada yang lain, maka akan aku perintahkan wanita bersujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas dirinya.” (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan al-Haithami)
—————————————————————————–
Bagaimana Isteri Yang Solehah Membuat Suaminya Redha:
Syeikh al-Qathan telah menyebutkannya dalam pernyataan yang berikut ini:
01. Memiliki akidah yang mulia / bersih.
02. Membantu suaminya dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.
03. Berhias, bersolek dan berdandan hanya untuk suami serta berusaha menampilkan diri dalam suatu pembaharuan.
04. Menghiasi diri dengan memakai emas, tetapi hanya sekadarnya sahaja dan dari emas yang harganya lebih rendah.
05. Memilih minyak wangi yang disukai suami.
06. Tidak perlu bekerja dan mencari penghasilan sendiri, kerana gajinya tidak diperlukan suami. Jika dia hendak bekerja, mestilah mendapat keredhaan suaminya.
07. Memuji suami dengan kata-kata yang lembut, sehingga membangkitkan kasih sayang di antara keduanya.
08. Menghadapi suami dengan wajah yang berseri dan jangan sesekali berwajah muram.
09. Menjauhi rokok terutama di hadapan anak-anak.
10. Menikmati hari cuti dengan bergembira bersama anak-anak dan bertemasya.
11. Menghindari tempat yang akan menimbulkan syubhat supaya tidak menimbulkan anggapan yang buruk,
12. Menjaga pesan suami ketika dia berpergian dan menerima kepulangannya dengan wajah ceria.
13. Mesti pandai menguruskan keadaan rumahnya dan tidak hanya menyerahkannya kepada pembantu rumah.
14. Ikhlas, sabar dan tulus jika suami sedang sakit.
15. Menjaga nilai-nilai dan akhlak dalam kehidupan rumah tangga, lebih menonjolkan iman jika dia kaya atau miskin.
16. Turut menangis atau berpura-pura menangis jika suami menangis kerana sesuatu.
17. Menghidupkan suasana kasih sayang ketika berbual melalui telefon jika suami berada di tempat kerja atau ketika berjauhan.
18. Mendidik anak yang tua, sama ada lelaki atau perempuan untuk menjadi pengganti ibu bapanya dalam mengatur rumah.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan isterinya juga balas memandang kepadanya, maka Allah telah melihat mereka berdua dengan pandangan rahmat.”Jika seorang lelaki memegang tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari sela-sela jari-jari mereka berdua.
Diceritakan dari Nabi s.a.w.: Sesungguhnya seorang lelaki itu (ketika) menyetubuhi isterinya, maka baginya telah dicatat memdapat pahala kerana persetubuhan itu seperti pahalanya anak lelaki yang ikut berperang membela agama Allah lalu terbunuh.
Syeikh Ibrahim bin Shalih al-Mahmud berkata: Jalan yang paling mudah untuk mendapat keredhaan suami ialah dengan senyuman, kata-kata yang manis, berakhlak mulia, belaian yang lembut, memakai perhiasan yang serasi dan menjaga kebersihan. Isteri juga mesti mengetahui hak suami ke atas dirinya lebih besar daripada haknya ke atas suami, berdasarkan firman Allah s.w.t.: “Para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya.” (Al-Baqarah: 228)
Syeikh al-Halwani seorang pendakwah Islam di Thaif mengatakan: Isteri mesti berusaha membuat suaminya redha, sesuai dengan batasan petunjuk yang mulia: “Tidak ada ketaatan terhadap makhluk dalam kederhakaan terhadap Khaliq.”
Ia merupakan kaedah yang utama meliputi beberapa perkara yang penting.
Di antaranya ialah:
1. Jangan biarkan suami mencium bau yang busuk dari dirinya. Pastikan dia sentiasa wangi dan bersih.
2. Jangan menyambut kepulangannya dengan memakai pakaian yang kotor dan comot.
3. Menjaga penampilannya.
4. Memperhatikan keadaan suami dan menjaga perasaannya.
5. Jangan menyuruh suami melakukan pekerjaan rumah yang seharusnya dilakukan oleh isteri, dengan alasan bahawa nabi s.a.w. memerintahkan para suami membantu isterinya menyelesaikan kerja-kerja rumah. Isteri mesti melakukannya sendiri.
6. Menghadapi berbagai masalah dengan lapang dada.
7. Memenuhi berbagai ruang, satu persatu.
—————————————————————————–
Adab-Adab Seorang Isteri & Wasiat Seorang Ibu
Adab-Adab Seorang Isteri:
Seorang wanita memberikan nasihat kepada anak perempuannya yang akan berkahwin: Jagalah sepuluh perkara ini untuk kepentingannya:
1 & 2. Dampingilah dia dengan penuh kerelaan dan bergaullah dengan baik.
3 & 4. Jagalah tempat yang menjadi sasaran mata dan hidungnya. Bersihkan diri agar sedap matanya memandang.
5 & 6. Jagalah waktu makan dan tidurnya, kerana rasa lapar dan tidur yang terganggu akan menyebabkannya marah.
7 & 8. Jagalah hartanya dan jalinkan hubungan yang baik dengan keluarganya.
9 & 10. Janganlah menderhakai perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya.
Janganlah bergembira di hadapannya, jika dia sedang berduka dan janganlah berduka jika dia sedang bergembira.
Wasiat Seorang Ibu Untuk Anaknya
Setelah Al Haris bin Amr, Raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim, di waktu utusan di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:-
“Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu
aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya,
Tetapi !
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman kepada yang berakal.
Andai ibu-bapamu dapat memberikan segala-galanya
nescaya,
tidak perlu bagimu seorang suami
dan kau terlalu berharga bagi kami,
Tetapi !
Wanita dicipta untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita.
Berceraila kau dari ayunan buaianmu
meninggalkan teratak tempat besarmu
melangkah menuju ke alam baru
yang belum kenal
yang belum biasa
Kau milik suamimu
anggap dirimu sebagai hamba
tentunya suamimu
jadi teman yang paling setia
Bawalah wasiat dariku
sepuluh sifat
sebagai bekalan perjalanan
menuju alam bahagia
Relakan hatimu
sekadar yang ada
semoga suci hatimu
dengan taat setia
dan hulur tanganmu
tanda mahu berganding bahu
jauhkan dirimu dari
segala yang jelek
yang dihidu atau dipandang mata
juga awasi gerak lakumu
agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu
gantikan ia dengan sinar
secerah sang suria pagi
Dan badan yang semerbak harum
bermandikan bauan
mata berpasak, kening bercelak
itu menambah seri
itu membankitkan berahi
dan…………….
air cukup memada
bagi yang tiada
Jaga masa makannya
juga waktu tidurnya
kerana,
perut kosong hilang bicara
mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu
tabahkan hatimu
badanmu terselamat
jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu
di kala dia berduka
pendamkan kesedihanmu
di kala dia bergembira
akibat aksi tidak senada
hilang simpatimu disebab pertama
keruh suasana disebab kedua
Hulur tanganmu……
andai kau menghulur sebelah tangan
nescaya dia menghulur kedua belah tangan
tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan
Ketahuilah !
Kasihmu tiada sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
kasih kau, kasihlah dia
benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.”
“Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu.”
Beginilah ibu tadi menambah pesanan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah tercapai kedudukan yang mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang semuanya mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayah mereka. Beginilah seterusnya statusnya wanita-wanita yang memiliki kelebihan.
Aku sudahi dengan nama Allah, semoga Dia memberi taufik dan hidayat.
Ameen. Ya Robbal Alameen..
Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Friday, January 22, 2010
Wednesday, January 6, 2010
Laporan Ijtima' Chicago, USA.
Laporan Ijtima' Chicago, USA.
Sedikit Laporan dari Ijtima Chicago dan targhib buat usaha agama.
--------------------------------------------------------------------------------
assalamualaikum sahabat-sahabat yg mulia.
Saya dan beberapa sahabat-sahabat yang lain telah diberi kesempatan utk menghadiri ijtima' di Chicago. Alhamdulillah, ijtima' berjalan lancar dan 34 jemaah di keluarkan masa ijtima' dalam USA dan keluar USA seperti Jamaica, Panama, Fiji dan lain. Banyak bayan-bayan atau ceramah-ceramah diberikan encourage kami untuk taat perintah Allah ikut sunnah nabi saw dan buat usaha dakwah ilallah. seorang alim bagitau, hari ini kita amnya tahu tanggungjawab kita sebagai bapa, anakanak, suami, isteri, ketua jabatan, pelajar, kawan, dsb. tetapi, kita ummat islam hari ini tak tahu apa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dan ummat nabi muhammad saw. bila tak tahu tanggungjawab macam mana nak jadi hamba Allah dan insan yg bertanggungjawab? bila hala tuju dan matlamat kita tidak betul, maka jalan tariqah kita pun tidak betul. ini yg jadi pd ummat islam hari ini. bila material, harta, pangkat, darjat, pendidikan, keseronokan dunia dll dijadikan matlamat dan ukuran kejayaan maka ramai yg karam dan sanggup manjalankan apa sahaja utk mencapai apa yg diingini. "matlamat menghalalkan cara". tetapi, jika ummat islam hari ni menjadikan keredhaan Allah, ketaatan pd perintahNya, kehidupan mulia nabi Muhammad saw sbg matlamat dan ukuran kejayaan, maka insha Allah jalan tariqah ummat ini akan jadi betul.
Jadi, hari ini kita perlu ingatkan diri kita dan ingatkan setiap individu ummat ini supaya kembali kpd usaha utk memperbetulkan the most basic but very essential part of Islam iaitu 'Iman' di dlm hati. Spt kata nabi saw, lebih kurang maksudnya..dlm diri setiap insan ada seketul daging yg mana kalau baik daging tersebut maka baiklah keseluruhan amalannya, kalau buruk daging tersebut maka buruklah amalannya, daging itu ialah hati. Jadi, usaha daawah dan tabligh (spt yg orang umumnya panggil, pd hakikatnya usaha ini tiada nama krn ia bukan satu pertubuhan atau persatuan) ialah usaha atas hati2 ummat ini supaya memasukkan iman dan matlamat hidup yg betul. Usaha ini juga bertujuan utk mengembalikan ruh agama dlm diri insan. Sayang sekali ramai ummat Islam hari ini ada fizikal, jasad dan nama spt muslim, tetapi ruh kita tidak memaparkan kita sbg ruh para muslimin. Kita tahu malah sgt maklum dgn keperluan2 jasad kita spt pakaian, tempat tinggal, rehat dan makanan. Tetapi, kita kurang atau mungkin tidak maklum akan keperluan2 ruh kita. Apa keperluan ruh kita? Iaitu ketaatan kpd perintah2 Allah dan sunnah nabi Muhammad saw. Ruh kita perlu kpd nur2 al-quran dan hadith. Bila keperluan ruh2 kita tidak di tunaikan, maka ruh2 ummat Islam hari jadi lemah dan mudah terpedaya dgn arus dunia, nafsu dan syaitan.
Maka utk kembalikan ruh agama ini usaha perlu dijalankan atas diri kita. Semua perkara perlukan usaha utk mendptkkan kejayaan di dalamnya. Utk dptkan kejayaan dlm pelajaran maka kita belajar bersungguh2. Utk dptkan kejayaan dlm hidup kita di dunia dan akhirat, maka usaha yg perlu kita jalankan ialah apa usaha2 yg telah dibuat oleh golongan2 sebelum kita yg telah pun berjaya di dunia dan akhirat, yg telah pun diberi khabarkan kpd kita dlm al-quran dan hadith, iaitulah golongan para anbiya dan para sahabat. Apa usaha yg mrk jalankan? Iaitulah usaha atas iman dan amal. Usaha daawah ilallah. Cara utk buat usaha ini telah di bentangkan oleh ulama2 iaitu dgn keluar ke jalan Allah swt dgn pengorbanan harta, masa dan diri. Melalui mujahadah spt ini, maka para lelaki dan para wanita muslimin dan muslimah akan belajar memperbetulkan maksud dan matlamat kehidupan dan juga mengembalikan kekuatan dan ruh ummat ini lantas menaikkan semula martabat ummat ini kpd status ummat yg terbaik
“Kamu adalah ummat yg terbaik, dikeluarkan utk manusia, kamu mengajak kpd maaruf dan mencegah munkar, dan kamu beriman dgn Allah..”
“Katakanlah (wahai Muhammad), Ini adalah jalanku, mengajak manusia kpd Allah, dgn basiirah, aku dan mereka2 yg mengikuti aku…”
Usaha daawah dan tabligh ini bukan usaha pertubuhan atau persatuan. Usaha ini bertujuan mengembalikan kesedaran ummat ini tentang maksud kehidupan yg sebenar dan juga mengingatkan ummat ini tentang satu tanggungjawab kita yg telah kita lupakan selama berkurun2 lamanya. Usaha daawah bukan kerja para2 ustaz dan ulama2 sahaja, tapi seluruh individu ummat ini yg mengakui diri sbg muslim perlu menjalankannya. “sampaikanlah drpdku walaupun satu ayat”. Matlamat usaha ini bukanlah hanya saja2 keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari, taalim di masjid dan di rumah, mesyuarat masjid, ziarah dsbnya, tapi matlamat usaha ini ialah agar semua 100% individu ummat ini dpt mentaati perintah Allah swt mengikuti sunnah nabi Muhammad saw setiap waktu dan di mana2 sahaja kita mereka berada. Usaha ini bertujuan mengembalikan agama ke tempat asalnya yg betul, bukan di masjid, bukan di dlm buku2 agama, bukan dlm perhiasan2 di dinding tetapi di dlm diri dan hati setiap individu ummat ini. Usaha ini adalah usaha semua golongan, lelaki dan wanita, kaya atau miskin, berpendidikan atau tidak, tua atau muda, perlu mengambil tanggungjawab dlm usaha ini.
Utk ini, maka saya sarankan diri saya dan kawan2 semua agar mengambil bahagian dlm usaha ini. Ini adalah usaha yg praktikal dan telah membawa perubahan dlm ramai individu2 ummat ini di seluruh dunia. Usaha ini di jalankan bukan atas interest mana2 pihak, individu, ulama atau kerajaan. Usaha ini di jalankan atas dasar kesedaran, fikir dan kerisauan nabi Muhammad saw. Usaha ini dijalankan atas dasar kesedaran agar diri kita dan diri org2 yg kita sayangi mama, papa, abg, kakak, adik, sedara mara, kawan2, cikgu2, dan seluruh individu ummat ini akan dpt kejayaan di dunia dan akhirat. Jika kita benar2 bukakan hati dan fikiran kita dlm menjalankan usaha ini, lihatlah bagaimana kehidupan kita akan berubah kpd kejayaan, fulfillment, sakinah dan rahmah. Wallahua’lam.
"Ya Allah, jadilah saksi, aku telah menyampaikan sebahagian kecil dr apa yg telah kau pertanggungjawabkan. Ampuni lah aku atas segala dosa dan kalalaian. Beri hidayah pada ku dan seluruh ummat ini agar kembali ke jalanMu, RasulMu dan mereka yg kau redhai dunia dan akhirat. Apa yg nabiMu saw minta utk ummat ini itu yg aku minta, apa yg nabiMu saw minta dihindarkan utk ummat ini maka itu yg aku minta dihindarkan.." Amiin.. Allahuma Aamiin..

Kepentingan Usaha Masturat
Kepentingan Usaha Masturat
Maha Besar Allah yang menjadikan alam semesta dan mentadbirnya dengan Keagungan Nya.
Bermulanya peranan dakwah wanita ialah apabila isteri Nabi SAW, Khadijah r.anha menenangkan Nabi SAW ketika mendapat wahyu pertama. Nabi SAW memulakan usaha dakwah dan Khadijah r.ha memulakan usahanya di kalangan wanita apabila mendatangi rumah ummul Jamil dan berdakwah kepadanya sehingga masuk Islam. Bezanya pada waktu tersebut, tiada kesusahan atau fitnah kepada wanita seperti sekarang. Namun setelah turunnya perintah hijab, wanita tidak lagi digalakkan berjaulah.Tetapi untuk berjaulah pada wanita, lelaki akan membawa isterinya untuk bertemu dan menyediakan wanita,wanita yang lain atas maksud dakwah.
Terjadinya usaha Masturah adalah kerana adanya sirah tentang hijrah untuk belajar agama. Ada yang membawa anak dan isteri, ada yang datang dengan membawa keluarga, maka Nabi SAW mengarahkan supaya wanita masuk ke dalam rumah-rumah sahabat sedangkan lelaki pergi ke masjid.
Dalam setiap rumah diwujudkan aktiviti belajar dan mengajar tentang apakah masail (hukum hakam) dan fadhail (kelebihan beramal) bersumber dari Al Quran yang sama.
Firman Allah dalam surah al Ahzab ayat 33; “Dan hendaklah kamu tetap tinggal dalam rumahmu,dan jangan kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah dahulu dan dirikanlah solah, keluarkan zakat dan taatilah Allah dan Rasul Nya…” Firman ini adalah kata kunci yang menyelesaikan segala kemaksiatan, kecurangan dan kejahilan sehingga mewujudkan pelbagai masalah sosial. Natijahnya, tabarruj ala jahiliyah dengan mempamerkan pakaian dan bentuk badan dan kecantikan tidak akan terjadi.
Melalui rumah, wanita akan melahirkan generasi-generasi yang beriman kepada Allah SWT. Dan untuk menyemarakkan usaha dakwah dan usaha penyebaran Islam ini, maka amat penting penyertaan yang aktif dari kaum wanita.
Maksud usaha masturah adalah:
1. Menjadikan setiap rumah hidup dengan amalan ta’lim rumah. Jikalau semua rumah sudah hidup dengan amalan ta’lim, maka tidak perlu lagi ta’lim mingguan.
2. Bermula dari ta’lim rumah ini akan wujud amalan-amalan agama di rumah dan jemaah masjid mudah dapat dihasilkan dari rumah masing-masing. Pada zaman Nabi SAW, kejayaan ta’lim rumah terjadi apabila Nabi SAW pulang ke rumah isterinya, isteri-isteri lain beserta wanita ansar akan berkumpul menghidupkan ta’lim.
3. Membentuk fikir wanita agar meningkat setahap fikir lelaki. Kata Ummu Salamah r.ha ; ”Kejayaan usaha agama pada zaman awal adalah hasil kerjasama dari kaum wanita, bahkan kaum wanita juga menjadi penghalang kerja agama.”
4. Isteri akan membantu suami dengan doa,dorongan dan solah hajat, apabila suami berada dalam kesusahan.
**disusun dari bab pentingnya usaha wanita oleh Muhammad Qosim.
Asbab istiqomah ana dalam usaha jemaah masjid turut dipengaruhi sedikit sebanyak oleh ’nur’ usaha masturah. Pernah sekali ana ikuti seorang ahli jemaah memberi tadzkirah pada ta’lim mingguan di sebalik hijab yang tertutup. Ana lihat anak-anak kecil yang dijaga oleh si bapa dan si ibu yang lengkap berpurdah mulai masuk ke ruang yang disedia. Begitu juga dengan saudara yang baru mencuba mengenal usaha masturah telah disambut baik oleh para suami di luar dan para isteri di dalam. Seakan tiada bezanya pertautan ukhuwah antara mereka walaupun ada yang berpurdah dengan yang tidak.. Sebelumnya, tidak pernah lagi ana melihat adab kesopanan islami yang begitu terjaga dan harmoni.
Bagi ana,usaha dakwah masturah sangat penting kerana melalui para wanita, jiwa-jiwa generasi yang beriman dan bertaqwa dapat dibentuk. Rumah Qurani yang bercahaya dengan nur amalan dan keberkatan. Pentingnya setiap ahli rumah memahami usaha dakwah dengan al-basirah (penglihatan mata hati). Dengan usaha yang istiqomah dan berterusan, tembok-tembok yang menghalang hidayah dapat dipecahkan dan tersebar dikalangan setiap ahli keluarga dan jiran tetangga,insya Allah.
Kelemahan yang wujud sekitar suasana hari ini adalah disebabkan adab dan tertib yang digariskan tidak dilakukan dengan istiqomah dan istikhlas. Bagaimana mungkin bagi seorang yang sentiasa meminggirkan adab dan tertib dapat meyakinkan orang lain? Bagi para ahli jemaah masjid yang biasa dengan suasana dakwah pasti merasai perbezaan usaha antara halqah yang usahanya di tahap lama (suam-suam sejuk) dengan di halqah yang terdiri daripada para pemikir yang ikhlas serta gigih menjaga tertib dan adab. Para sahabat r.anhum bergerak dengan semangat untuk melebarkan syiar Islam, supaya agama Allah dapat berkembang hingga ke hujung-hujung dunia. Adab dan tertib adalah untuk diri sendiri, kemunduran usaha di halqah masing-masing adalah atas kelemahan diri sendiri. Kelemahan ana sendiri kerana tidak bersungguh-sungguh dan kurangnya pengharapan (doa) kepada Allah.
Asbab kelemahan dalam menjaga tertib yang digariskan, turut mempengaruhi usaha masturah dalam rumah sendiri. Bagaimana mungkin seorang pemimpin yang lemah mampu menegakkan tiang amanah dakwah ini dalam rumahnya dengan baik?
Ana amat tertarik dengan petikan daripada tulisan Maulana Yusuf rah. yang menasihatkan para jemaah untuk berusaha dengan kesungguhan hati untuk mendapatkan nur cahaya yang memancar menerangi kegelapan. Nur yang terhasil daripada amalan nurani. Amalan-amalan ini perlu terus dikerjakan dengan bersungguh-sungguh sehingga perilaku kita sendirinya menjadi amalan nurani.
Amalan-amalan nurani itu adalah;
1) Berdakwah dengan sepenuh ikhlas untuk mendapatkan keimanan dan keyakinan. Dakwah itu adalah tugas para anbiya’ a.s yang terunggul sekali dan dakwah itu ialah sumber kebaikan dan kebahagian bagi makhluk-makhluk Allah s.w.t.
2) Ibadah, terutamanya solah termasuk zikir, membaca al-Qur’an, berdoa dan beristighfar.
3) Mempelajari ilmu terutamanya ilmu yang menyatakan natijah baik dan buruknya amal perbuatan manusia di alam akhirat.
4) Akhlak yang sempurna, iaitu akhlak yang diajarkan oleh baginda Muhammad s.a.w yang kesimpulannya ialah supaya kita berkelakuan baik dan bermoral tinggi terhadap makhluk-makhluk Allah s.w.t. dengan tujuan mendapatkan keredhaanNya.
Amalan nurani ini jika diteruskan akan mencapai nur dan kehidupan akan berubah menjadi nurani. Dengan izin Nya, diri akan menjadi asbab terpancarnya nur ini kepada yang lain.
Insya Allah, mge ana dan kita semua dapat beramal.
Bagi yang mahu mengenali usaha masturah, bawa dibincang dengan isteri jemaah masjid atau datang sendiri bersama mahram pada ta’lim mingguan di rumah-rumah yang diadakan. Rasanya para masturah telah terdidik dengan keramahan hati memuliakan tetamu walau apa jua keadaan tetamu tersebut.
Di sebalik kejayaan seorang lelaki adalah berkat dorongan dan bantuan dari wanita.
Contoh paling unggul adalah pengorbanan Khadijah r.ha dalam membantu usaha dakwah baginda s.a.w. Insya Allah, bersama kita berusaha mencapai tingkatan iman yang dikehendaki oleh Allah SWT. Majulah usaha masturah demi agama! Ameen...
Kejayaan manusia hanyalah dalam agama,mentaati perintah Allah cara sunnah Rasulullah s.a.w.
Maha Suci Allah yang mengetahui rahsia hati setiap makhlukNya.

Bayan Maulana Ibrahim di Ijtimak Yala
Bayan Maulana Ibrahim di Ijtimak Yala
Hidayah yang akan diberikan oleh Allah swt kapada kita ataupun hidayah yang akan kita dapatkan daripada Allah swt semuanya bergantung kepada sifat taat yang ada pada diri kita iaitu dengan adanya sifat taat maka Allah swt akan berikan kapada kita hidayah sebaliknya jika sifat ketaatan tidak wujud pada diri kita maka Allah swt tidak akan memberikan kapada kita hidayah, sebabnya hidayah itu tidak akan kita dapati jika kita tidak ada sifat ketaatan.
Maksud-nya ia-lah kita kena taat kapada perintah Allah swt dan Rasul-nya sama ada hati kita ini suka ataupun tidak dan Allah swt beritahu"jika kamu dapat taat kepada Rasul maka nescaya kamu akan terpimpin iaitu kamu akan senantiasa akan berada di jalan yang benar"dan jalan Rasul ini-lah yang akan membawa orang tersebut kapada sorga Allah swt di-mana Allah swt juga berfirman"siapa saja yang dapat taat kapada Allah dan Rasul-nya maka di-akhirat nanti orang tersebut akan bersama dengan para Nabi-Nabi,para sidiqqin syuhada' dan juga dengan orang-orang solihin"dan di-sini terdapat dua kelebihan
(1)siapa saja yang ada sifat ketaatan maka orang tersebut akan mendapat jalan yang betul
(2)siapa saja yang ada sifat ketaatan maka orang tersebut akan bersama dengan kumpulan-kumpulan di atas tadi dan maksud daripada usaha dakwah ini ada-lah untuk menghasilkan sifat ketaatan dan bila ada sifat ketaatan pada diri kita ini maka kita akan dapat turut segala perintah-perintah Allah swt dengan cara yang di-tunjukkan olih Rasullullah saw dan jika kita tidak berhasil untuk mendapatkan sifat ketaatan ke dalam diri kita ini maka tidak ada maksud buat kita melakukan usaha dakwah ini di-mana Moulana Elias rh berkata"maksud kerja dakwah yang kita lakukan di-hari ini ia-lah supaya semua apa yang di-bawa oleh Nabi saw di-dalam agama ini kita dapat amalkan"dan ini-lah menjadi maksud bagi kita yang melakukan usaha dakwah ini dan hidup-nya usaha dakwah ini bukan hanya pada pengorbanan saja sebenar-nya usaha dakwah ini dapat hidup dengan pengorbanan dan ketaatan dan bila ada kadua-dua pekara tersebut maka Allah swt akan mengembangkan usaha agama tersebut dan kita tidak bolih kata"saya akan berkorban untuk agama Allah swt salagi orang-orang mahu mengikut kapada pendapat saya dan sakira-nya orang-orang tidak mahu lagi mengikut pendapat saya maka saya tidak akan membuat pengorbanan dan ini bukan-lah cara-nya
sabalik-nya di-dalam setiap keadaan kita senantiasa kena buat pengorbanan dan ketaatan dan siapa saja yang dapat menjaga sifat taat ini maka cahaya dari sifat taat itu akan menghilangkan kegelapan-kegelapan yang ada pada hati orang tersebut tetapi sabalik-nya bagi orang yang tidak dapat menjaga sifat taat maka hati orang tersebut akan ada kegelapan dan kegelapan itu akan menyeret orang tersebut ka-tempat yang lain dan kita ini bolih berjalan melalui dua jalan saja (1) jalan yang benar (2)dengan berjalan mengikutkan hawa nafsu kita dan apabila manusia tidak berada pada jalan yang benar maka manusia itu akan mengikut jalan nafsu-nya dan Allah swt ada berfirman"siapa-kah orang yang lebih sesat daripada orang mengikut-kan hawa nafsu-nya"di-mana orang tersebut telah meningalkan jalan yang benar dengan mengikuti jalan hawa nafsu-nya.
Dan apabila kita ini di-berikan tanggungjawab maka kita kena tunaikan tanggungjawab tersebut dengan sifat ketaatan yang ada pada kita ia-itu kita sempurnakan tanggungjawab tersebut mengikut apa yang di-suruh kita lakukan dan bukan-lah dengan di-berikan kapada kita satu tanggungjawab maka kita bebas untuk lakukan dengan cara kita sendiri sabalik-nya satiap tanggungjawab yang di-berikan kapada kita maka kita kena sempurnakan dengan ketaatan mengikut arahan yang diberikan kapada kita dan ketaatan itu kita kena lakukan pada setiap waktu dan keadaan ia-itu sama ada kita di-beri tanggungjawab atau tidak maka kita tetap kena taat dan jangan-lah bila orang beri tanggungjawab kapada kita maka kita lakukan dengan taat dan bila orang tidak beri tanggungjawab kapada kita maka kita tidak taat lagi maka ini ada-lah cara yang salah kerana kita ini kena taat di-dalam setiap keadaan dan sifat taat ini telah ada di-dalam diri sahabat-sahabat dan Allah swt telah tanamkan sifat taat yang senantiasa berada di-dalam diri para sahabat di-mana ada satu ketika Khalid ibni Walid menjadi ketua tentera Islam di-dalam zaman Abu Bakar dan beliau senantiasa menjalankan tugas-nya itu di-dalam keadaan ketaatan tetapi apabila di-zaman pemerintahan Saidina Umar maka S.Umar telah perintah kapada beliau supaya meletakkan jawatan-nya dan tempat beliau itu telah di-gantikan olih Abu Ubaidah ra dan Khalid ibni Walid telah kembali menjadi tentera biasa dan apabila perintah itu sampai kapada beliau maka dengan sertamerta beliau serahkan jabatan-nya itu kapada Abu Ubaidah dan beliau katakan"mulai hari ini amir saya ada-lah Abu Ubaidah dan saya ini sekarang ada-lah tentera biasa saja dan apa saja yang di-perintah olih Abu Ubaidah kapada saya maka saya akan tetap mentaati-nya"bagitu-lah sifat taat yang telah ada pada diri para sahabat.
Dan nafsu yang ada pada manusia ini di-mana manusia itu mahu supaya diri-nya itu di-besarkan ia-itu mahu menjadi orang besar dan terkenal dan bila ada pekara ini ketika kita melakukan usaha agama maka ini sangat bahaya sakali kerana apabila tidak ada orang yang mahu membesarkan diri orang tersebut ataupun apabila tidak ada peluang untuk diri orang tersebut untuk menjadi terkenal maka orang tersebut akan mula berhenti dari melakukan usaha agama ini dan orang itu juga akan bersungut dan dia juga akan melahirkan pendapat-pendapat yang mengikutkan hawa nafsu dia itu dan kita melakukan usaha agama ini bukan-lah untuk menjadi hamba yang besar tetapi kita kena menjadi hamba Allah swt dan di-dalam setiap keadaan sama ada kita di-beri atau tidak tanggungjawab-tanggungjawab maka kita ini kena tetap menjadi hamba Allah swt olih itu apabila kita melakukan usaha ini dan kita mahu menjadi hamba Allah swt maka kita akan menjadi hamba Allah dan bila kita menjadi hamba Allah maka kita kena taat di-dalam satiap keadaan dan hasil daripada usaha kita ini ada-lah supaya kita ini menjadi sa-orang hamba dan siapa-siapa yang berusaha untuk menjadikan diri-nya sa-orang hamba maka orang tersebut telah sampai kapada kejayaan dan sakira-nya Allah swt berikan kapada kita kedudukan dan pangkat maka kita kena bershukur kapada Allah swt kerana itu bukan-lah kehendak kita dan ini jangan-lah menyebabkan kita menjadi bangga kerana kebesaran yang sebenar-nya ada-lah hak Allah swt dan bukan-lah hak kita kerana kebesaran dan keagungan itu ada-lah milik Allah swt dan kita tidak bolih pakai milik Allah swt dan yang kita bolih pakai ada-lah hak kita sabagai sa-orang hamba.
Nabi saw ada bersabda"aku ini ada-lah ketua dari segala anak Adam tetapi di-dalam hati aku tidak ada sifat kebanggaan"dan ini-lah sifat Nabi saw dan Nabi saw ada-lah Muhammad hamba Allah ia-itu hamba yang mengikut dan taat kapada apa saja yang di-perintah olih Allah swt dan beliau itu ada-lah pesuruh Allah swt olih itu jika kita dapat lakukan apa yang di-perintah kapada kita lakukan maka itu-lah sifat yang sebenar-nya dan apabila Allah swt hendak memuji Nabi-Nabi-nya maka Allah swt akan memuji Nabi tersebut dengan sifat asal yang ada pada Nabi tersebut ia-itu Nabi tersebut bolih menjadi hamba kapada Allah swt seperti mana apabila Allah swt hendak memuji Nabi Nuh as Allah swt bagitau"sasunggoh-nya Nabi Nuh itu ada-lah sa-orang hamba yang sangat-sangat bershukur"jadi Allah swt puji sifat hamba yang ada pada Nabi Nuh as bagitu juga dengan Nabi Ayub as di-mana Allah swt bagitau"sabaik-baik hamba ada-lah Nabi Ayub as kerana beliau itu mempunyai sifat sabar"jadi apabila Allah swt hendak memuji Nabi Ayub maka Allah swt telah beritaukan sifat yang ada pada Nabi Ayub as.
olih itu dengan usaha dakwah,taklim wal taklum,zikir, ibadat dan juga hidmat ini semua ada-lah untuk menghasilkan sifat hamba dan sasiapa yang ada sifat hamba maka orang itu-lah orang yang telah berjaya di-dalam usaha ini dan bukan dengan usaha dakwah ini kita mahu menjadi-kan diri kita ini sabagai hamba yang besar sabalik-nya kita kena senantiasa usahakan bagaimana satiap daripada kita ini bolih mendapat sifat sabagai sa-orang hamba Allah dan sifat ingin besar ini ada-lah sifat shaitan di-mana shaitan ini pada awal-nya dia itu biasa saja tetapi setelah Allah swt angkat dia untuk bersama-sama dengan para malaikat maka dia rasa diri dia itu menjadi besar kerana selalu berteman dengan malaikat yang besar dan dia itu tidak sedar di-mana dia menjadi besar ada-lah kerana ihsan-nya Allah swt dengan mengangkat derajat dia tetapi kerana selalu duduk berteman dengan yang besar-besar maka dia merasa bahwa dia itu menjadi besar kerana diri dia itu sapatut-nya menjadi besar maka olih kerana dia merasa diri-nya besar maka dia tidak mahu mendengar-kan kata orang lain sahinggakan kata-kata Allah swt pun dia itu tidak mahu turut sebab itu apabila sa-saorang itu ada sifat-sifat kebesaran maka orang tersebut tidak akan mendengar kata siapa-siapa dan telah ada tiga pekara pada diri shaitan itu pertama shaitan itu engkar tidak mahu turut segala perintah Allah kadua dia merasa diri-nya itu besar dan ketiga shaitan itu telah termasuk golongan orang-orang kafir
olih itu apabila Allah swt memberi kedudukan yang besar kapada kita sahingga orang lain mendengar kata-kata kita maka kita kena banyak bershukur kapada Allah swt dengan berkata"Ya Allah ini semua ada-lah daripada engkau dan bukan-lah daripada diri saya kerana pada diri saya ini tidak mempunyai apa-apa kuasa dan ini semua ada-lah daripada engkau dan engkau telah mengangkat aku dengan memberikan kedudukan yang besar dan engkau juga telah menjadikan lidah atau kata-kata aku sahingga orang lain dapat menuruti kata-kata aku"dan jangan kita lihat kebolihan yang ada pada diri kita ia-itu dengan menafikan kebolihan yang ada pada diri kita ini kerana sakira-nya jika kita ini kalau-lah tidak di-pimpin olih Allah swt maka diri kita ini akan menjadi sesat dan kalau-lah dengan sebab targhib dan kata-kata kita sahingga orang-orang dapat mantaati perintah-perintah Allah swt dan juga meningalkan segala larangan-larangan-nya maka itu semua-nya ada-lah Allah swt yang lakukan dan kalau Allah swt tidak perintahkan atau lakukan maka tidak ada siapa yang mahu mendengarkan kata-kata kita sebab itu-lah para Nabi dan juga para Rasul di-masa terdahulu apabila orang-orang telah mula beriman dan menerima agama maka para Rasul dan Nabi tersebut senantiasa mengadu kapada Allah swt dengan berkata"Ya Allah ini semua ada-lah usaha kamu kerana kalau tanpa bantuan dari kamu dengan tidak memberi taufik dan hidayah maka manusia-manusia ini tidak menjadi seperti ini dan kalau kamu tidak memberi orang-orang ini untuk taat maka mereka ini tidak akan dapat taat sahinggakan diri aku sendiri juga tidak akan dapat taat kalau tanpa bantuan daripada kamu olih itu semua ini ada-lah daripada mu Ya Allah"
dan ini-lah sifat-sifat yang ada pada Nabi-Nabi dahulu di-mana bila ada keadaan seperti ini maka mereka itu senantiasa akan kembali kapada Allah swt dan Nabi saw sendiri telah bersusah payah salama dua puloh tahun tiga belas tahun di-Makkah dan tujuh tahun di-Madinah dan apabila tiba tahun hijrah yang kelapan Allah swt telah tukarkan suasana ia-itu di-waktu zaman pembukaan kota Makkah di-mana Nabi saw bolih pulang kembali ka-Makkah dengan membawa sahabat-sahabat-nya lebih daripada seribu orang dan semua sahabat yang bersama dengan Nabi saw itu ada-lah orang-orang yang taat-taat dan Allah swt telah bukakan kota Makkah di-mana bila jemaah Nabi saw masuk ka-Makkah di-waktu itu tidak ada satu pun orang-orang kafir yang bolih berkata apa-apa dan di-dalam keadaan yang bagitu baik dan tenang namun Nabi saw telah masuk ka-dalam kota Makkah dengan menaiki unta dengan menundukkan kepala-nya di-mana beliau tidak merasa besar diri dan Nabi saw berkata"Ya Allah ini semua berlaku ada-lah di-atas kurnia engkau dan engkau-lah yang telah menyebabkan hamba-hamba ini mendapatkan hidayat dan engkau juga telah menjadikan hamba-hamba mu itu dapat taat kapada engkau dan engkau juga-lah yang telah memberi kapada mereka petunjuk dan engkau juga yang telah menghancurkan musuh-musuh agama mu dan aku berserta sahabat-sahabat ku tidak mempunyai apa-apa dan engkau-lah yang telah melakukan segala-gala-nya bukan aku kerana kalau engkau tidak jadikan bagini maka ini semua tidak akan berlaku"
jadi Nabi saw di-dalam keadaan yang sedemikian senantiasa kembalikan hati-nya kapada Allah swt dan tidak ada di-dalam hati beliau sifat-sifat kebesaran dan kebanggaan dan beliau tidak berkeinginan untuk mencari kedudukkan yang tinggi dan untuk mencari kedudukan yang tinggi ada-lah sifat-sifat ahli dunia kerana ahli dunia apabila mereka melakukan kerja maka mereka mahukan kedudukan dan kalau tidak bolih dapatkan kedudukan maka ahli-ahli dunia tidak akan mahu melakukan kerja-nya sabalik-nya bagi ahli agama mereka akan melakukan kerja dengan mengikut apa yang di-perintah-kan kapada-nya olih itu tidak ada kesamaan antara sifat yang terdapat pada ahli dunia dan juga pada ahli-ahli agama dan sifat ahli-ahli dunia ini apabila mereka telah melakukan usaha yang banyak dan mereka itu tidak di-beri atau mendapat kedudukan yang besar maka ahli dunia itu akan berhenti daripada melakukan usaha dengan mencari jalan yang lain sabalik-nya ahli-ahli agama mereka itu tidak kira sama ada di-beri kedudukan atau tidak maka mereka akan tetap melakukan usaha seperti mana sahabat-sahabat Nabi saw di-mana se-telah agama masuk di-dalam kehidupan mereka maka apa saja yang di-perintahkan kapada mereka maka mereka akan melakukan-nya dan mereka tidak akan bersungut sebab itu apabila kita melakukan usaha agama dengan niat untuk mencari kedudukan yang besar maka itu bukan-lah tertib yang ada pada para sahabat sebab sifat para sahabat mengikut apa yang di-perintah dan untuk di-tinggikan darjat dan maju-nya diri kita ini di-dalam usaha agama maka kita kena ada sifat ketaatan pada diri kita ini kerena bila ada sifat taat di-dalam diri kita maka akan meningkat-lah darjat kita sabalik-nya apabila tidak ada sifat taat maka diri kita tidak akan terbentuk
Dan untuk meningkat-kan usaha ijtimaii maka kita kena buat kerja dengan mesuarat dan di-dalam mesuarat itu kita kena ada satu fikir,satu hati dan juga satu keputusan dan apabila di-dalam mesuarat dapat di-putuskan satu keputusan maka usaha ini akan meningkat dan untuk majukan diri kita dalam usaha ini maka kita kena jaga sifat ketaatan dan semua sahabat mereka itu mempunyai sifat taat dan mereka juga sangat banyak melakukan mesuarat sahingga pekara yang kecil-kecil pun mereka lakukan dengan bermusuarat sepertimana Saidina Umar ra sendiri di-mana beliau sering mengambil pendapat dari beberapa orang sakira-nya ada masaalah-masaalah yang kecil maka beliau akan panggil orang-orang tadi untuk bermesuarat dan kemudiaan beliau akan membuat keputusan tetapi apabila ada masaalah-masaalah yang besar maka beliau akan panggil orang-orang Muhajiran dan orang-orang Ansar kerana di-dalam dua-dua golongan itu terdapat orang-orang lama dan dengan memanggil orang-orang tersebut maka beliau akan meminta pendapat orang-orang lama tersebut sebab itu-lah sahabat-sahabat ini terkenal dengan gelaran orang yang banyak melakukan mesuarat dan satu hari telah datang sa-orang perempuan muda kapada Saidina Umar dan wanita muda itu beritaukan tentang masaalah-nya kapada Saidina Umar dan apabila beliau dengar masaalah wanita muda tersebut maka Saidina Umar telah perintahkan sahabat-sahabat-nya untuk kumpulkan wanita-wanita tua di-tempat tersebut dan apabila telah terkumpul wanita-wanita tua itu maka Saidina Umar telah menghantar orang untuk bertanya tentang masaalah wanita muda yang datang bertanya kapada-nya tadi dan wanita-wanita tua yang di-kumpulkan itu akan di-tanya tentang masaalah yang di-hadapi olih wanita muda yang bermasaalah itu dan mereka di-suruh untuk membuat keputusan tentang masaalah yang ada itu dan setelah keputusan di-buat maka keputusan itu di-serahkan kapada Saidina Umar dan setelah beliau terima keputusan dari wanita-wanita tua yang di-kumpulkan itu maka baru-lah keputusan tersebut di-beritaukan kapada wanita muda yang mempunyai masaalah tersebut sebab-nya agama Allah swt ini ada bermacam-macam masaalah dan bukan semua masaalah itu dapat di-fahami olih satu orang bagitu juga masalah wanita muda tadi hanya orang-orang wanita saja yang bolih faham tentang masalah wanita muda tadi dan wanita-wanita tua itu mereka berpengalaman dan tahu cara-nya bagaimana untuk menyelesaikan masaalah-nya kerana pekara tersebut mungkin telah berlaku pada zaman mereka dahulu ia-itu pada waktu mereka masih muda dahulu
dan bagini-lah cara sahabat buat usaha dan mesuarat ini telah di-tetapkan olih Allah swt dan ini juga ada-lah sabagai satu sunnah dan mesuarat ini bukan-lah adat dan amalan mesuarat ini ada-lah amalan Nabi saw dan Allah swt telah perintah kapada Nabi saw"wahai Nabi!kamu kena tanya pandangan-pandangan sahabat-sahabat kamu di-dalam apa-apa urusan"jadi Allah swt telah perintah kapada Nabi saw untuk jumpa orang dan tanya pendapat dari orang lain dan Allah swt tidak kata"wahai manusia pergi tanya Nabi"sabalik-nya dalam urusan mesuarat ini Allah swt minta supaya Nabi saw sendiri pergi bertanya kapada orang lain dan di-dalam mesuarat itu akan ada keberkatan apabila kita lakukan dengan mengikuti usul-usul-nya dan apabila mesuarat itu kita lakukan dengan mengikut pada usul-nya maka kalau-lah Allah swt mahu berikan kebaikan maka Allah swt akan bukakan jalan melalui mesuarat tersebut untuk dapat menghasilkan kebaikan dan dalam usaha agama ini apa saja yang kita lakukan kita kena lakukan dengan bermesuarat dan dengan bermesuarat maka Allah swt akan tingkatkan usaha ini dan apabila kita melakukan mesuarat maka kita kena minta usulan satiap orang yang berada di-dalam mesuarat tersebut dengan cara bagini maka Allah swt akan satukan hati-hati kita dan apabila ada satu hati maka barulah usaha ini akan meningkat dan pada masa di-dalam mesuarat itu kita perlu korbankan pendapat kita dan kalau-lah kita ini bolih korbankan harta dan diri maka kenapa pula kita tidak sanggup untuk korbankan pendapat kita waktu berada di-dalam mesuarat jikalau orang tidak menerima pendapat kita tidak mengapa
akan tetapi kita kena ikut pendapat orang lain dan Nabi saw sendiri telah korbankan pendapat beliau apabila datang-nya wahyu maka semua kena taat ia-itu Nabi dan juga sahabat-sahabat kena taat tapi kalau pendapat itu dapat di-tanyakan seperti satu ketika Nabi saw ada satu pendapat dan sahabat-sahabat telah bertanya"wahai Rasullullah apa-kah itu wahyu dari Allah swt"maka jawab Nabi saw"tidak itu ada-lah pendapat saya"dan sahabat berkata"wahai Rasullullah kami juga mempunyai pendapat"jadi Nabi saw ada masa tinggalkan pendapat-nya untuk turut usulan para sahabat dan jangan-lah kita tekankan usulan kita tersebut ia-itu kita jangan paksa supaya usulan kita itu di-terima kerana di-dalam mesuarat setiap orang bolih beri usulan dan memberi usulan itu ada-lah satu amanah dan usulan yang ada pada kita itu ada-lah satu amanah sebab itu jika orang terima usulan kita alhamdulillah dan bagitu juga jika usulan kita itu tidak di-terima kita jangan merasa kecewa dan apa yang telah di-putuskan olih mesuarat itu-lah yang kita turut dan mesuarat yang di-lakukan olih para sahabat sangat-lah lembut dan mesra tidak ada kekasaran dan setiap usulan yang mereka berikan ada-lah amanah dari Allah swt dan ganjaran bagi orang yang melakukan mesuarat sangat-lah besar ia-itu dengan beberapa orang saja yang melakukan mesuarat kemudian keluar-lah keputusan daripada mesuarat tersebut dan dengan keputusan tersebut kita pun melakukan kerja yang di-putuskan mesuarat tersebut dan tiba-tiba Allah swt terima keputusan mesuarat dan kerja kita dan Allah swt pula jadikan kerja dari keputusan mesuarat tersebut menjadi as-sebab tersebar-nya agama ka-seluroh dunia ini maka orang yang mengamalkan agama se-telah kita lakukan usaha maka orang tersebut akan mendapat pahala kerana amalan yang mereka lakukan dan kerana kita menjadi asas penyebab mereka-mereka itu untuk dapat amalkan agama maka kita semua akan mendapatkan ganjaran daripada semua amalan-amalan yang mereka lakukan tersebut
dan Nabi saw bagitau"apabila tiba masa di-mana pemimpin-pemimpin kamu ada-lah golongan-golongan orang yang suka melakukan kebajikan dan orang-orang kaya di-masa itu orang-orang yang sangat sombong hati-nya maka setiap urusan-urusan di-waktu itu hendak-lah di-lakukan dengan bermesuarat kerana di-masa itu duduk di-atas dunia ini lebih baik daripada mati"sebab itu untuk memajukan usaha dakwah ini maka mesuarat menjadi as-sebab yang paling besar sakali kerana dengan hidup-nya suasana mesuarat maka dengan cepat-lah usaha dakwah ini akan maju sebab itu di-dalan setiap urusan di-dalam usaha dakwah ini kita di-minta selalu buat dengan bermesuarat dan shaitan senantiasa akan masuk ka-dalam hati-hati manusia dengan meletakkan sungutan dan rungutan supaya manusia-manusia tersebut tidak melakukan mesuarat dan shaitan tidak suka pada mesuarat dan apabila shaitan masuk ka-dalam hati manusia maka dia akan goda hati manusia itu sahingga manusia itu akan keluarkan apa yang ada pada hati-nya itu dan apabila dalam mesuarat ada kata mengata antara satu dengan yang lain maka lama kelamaan akan menjadi pecah hati dan penyatuan hati sangant-lah penting sakali dan dengan mesuarat maka hati akan bersatu dan dengan mesuarat hubungan antara satu dengan yang lain akan menjadi rapat dan dengan mesuarat maka petolongan dari Allah swt akan datang dan bantuan dari Allah swt bergantung pada satu hati-nya orang yang buat usaha
dan kerja agama ini akan memberikan kesan yang besar sakali kerana dengan as-sebab usaha agama-lah membuat manusia ini dapat bersatu dan Allah swt beritau dalam Al-quraan"wahai Muhammad jika sakira-nya kamu membelanjakan seluroh harta yang ada dibumi ini maka kamu tidak akan mampu untuk menyatukan hati-hati manusia"sabalik-nya Allah swt telah menyatukan hati-hati manusia ini hanya dengan usaha agama dan dua pekara yang menghalang kita daripada melakukan usaha agama pertama ia-itu bila kita bergerak dengan pendapat kita sendiri dan ini akan menjadi panghalang untuk kita melakukan usaha agama kadua tidak mahu menerima pendapat orang lain walaupun pendapat yang di-berikan olih orang lain itu betul dan hak dan ini-lah dua-dua pekara itu-lah yang menghalang usaha agama dan kerana kadua-dua sifat itu-lah yang telah menyebabkan kaum Nabi Nuh tidak dapat terima dakwah-nya Nabi Nuh as dan Nabi Nuh as bukan-lah melakukan usaha yang sebentar untuk mengajaka kaum-nya kapada agama lebih kurang 950 tahun dan ini bukan-lah masa yang pendek walaupun beliau mengunakan masa yang panjang untuk mengajak kaum-nya kapada agama tetapi kaum-nya masih tidak mahu turut dengan apa yang di-bawakan olih Nabi Nuh as tersebut kerana kaum-nya itu mempunyai kedua-dua sifat tersebut dan Allah swt beritau dalam Al-quraan"di-mana mereka-mereka itu tidak mahu minggalkan pendapat mereka yang salah dan mereka juga tidak mahu merima pendapat Nabi Nuh as yang benar"dan salama 950 tahun dakwah Nabi Nuh as tehadap kaum-nya dan dakwah-nya tidak memberi kesan apa-apa kapada kaum-nya kerana kaum-nya itu mempunyai kadua-dua sifat tersebut
sebab itu untuk memajukan usaha agama pertama sakali kita kena satukan kerja dan kadua kita kena satukan hati-hati orang yang melakukan usaha dan kedua-dua sifat di-atas tadi-lah yang menghalang kita dari pada satu hati dan satu kerja dan kita kena minta kapada Allah swt supaya di-buangkan sifat-sifat yang tidak baik itu daripada hati-hati kita ini sebab kalau-lah ada sifat tersebut di-dalam hati-hati kita maka kerja dan hati kita ini tidak akan dapat bersatu dan shaitan dan juga ahli-ahli bathil tidak suka melihat umat ini dapat bersatu dan shaitan akan berusaha supaya orang-orang yang melakukan usaha agama ini berpecah belah ia-itu dengan menanamkan dalam diri orang yang buat usaha agama itu perasaan sangka buruk terhadap orang lain dan apabila tersebar-nya sifat sangka buruk itu maka setiap orang akan pecah belah sebab shaitan tahu orang-orang yang melakukan usaha agama tidak akan melakukan maksiat-maksiat tetapi dengan memasukkan sifat sangka buruk dalam hati orang yang melakukan usaha agama dengan ini akan membuat orang-orang yang melakukan usaha agama menjadi pecah-belah dan pecah belah ini berpunca daripada pecah-nya hati-hati orang-orang yang melakukan usaha agama tersebut dan dalam agama ini kita kena sangka baik kapada Allah swt dan apabila kita sangka baik kapada Allah swt maka Allah swt akan memberikan kebaikan kapada kita ia-itu dengan mengikut sangkaan kita kapada Allah swt
dan tiga hari sebelum wafat-nya Nabi saw beliau telah bersabda kapada Jabir bin Abdillah"wahai hamba Allah hendak-lah kamu sangka baik kapada Allah swt dan hendak-lah kamu tanamkan harapan-harapan baik terhadap Allah swt kerana Allah swt akan memberikan apa-apa kapada kamu dengan mengikut sangka kamu terhadap Allah swt"sebab itu kita kena bawa sifat sangka baik kapada Allah swt dan juga kita kena ada rasa baik sangka kapada sasama kita dan jangan-lah ada pada diri kita ini sifat sangka buruk terhadap orang lain dan di-dalam agama kita di-suruh sangka baik terhadap orang lain dan Allah swt larang kita daripada sangka buruk terhadap orang lain dan Allah swt bagitau"wahai orang-orang yang beriman kamu hendak-lah tinggalkan sifat-sifat sangka buruk kerana ada-nya sifat sangka buruk itu akan menyebabkan kamu berdosa maka itu jangan-lah kamu mencari kesalahan orang lain"dan apabila kita sangka buruk kapada orang lain tanpa alasan dan bukti maka itu akan menjadi amalan yang haram buat kita dan apabila kita ada perasaan sangka buruk kapada satu orang maka kita akan mencari kecacatan yang lain yang ada pada diri orang tersebut dan dengan ini akan lahirlah pekara-pekara keburukan yang lain dan ini semua berpunca daripada sangka buruk yang ada pada awal-nya dan apabila kita telah melihat keburukan orang tersebut maka kita akan membawa keluar kecacatan orang tersebut melalui lidah kita dan apabila kita sebut keburukan orang itu dengan lidah kita maka itu telah menjadi mengumpat dan mengumpat itu ada-lah dosa yang sangat besar sakali
dan Moulana Yusuf rh ada berkata"mengumpat ada-lah satu-satu pekara yang sangat-sangat besar dan dosa-nya juga sangat besar dan azab bagi orang yang mengumpat juga sangat-lah besar dan kesan daripada azab itu akan datang dengan cepat ia-itu apabila satu-satu orang itu mengumpat maka awal sakali Allah swt akan pisahkan hati orang tersebut dan ini-lah azab yang awal sakali"sebab itu kita kena usaha jangan ada di-antara kita ini perasaan sangka buruk dan kita kena ujudkan suasana supaya tidak terujud perasaan sangka buruk dari mana-mana pihak dan Moulana Elias rh ada berkata"usaha dakwah ini ada-lah satu usaha untuk jual beli pekara yang baik ia-itu kita jual sifat baik dan kita juga beli sifat baik yang ada pada orang lain dan tidak ada jual beli pekara-pekara yang jahat di-dalam usaha dakwah ini"
sebab itu di-dalam usaha ini kita hanya jual belikan pekara-pekara yang baik saja dan orang yang mempunyai hati yang suci dan bersih saja yang dapat hidup dan bergerak di-dalam usaha ini dan orang yang mempunyai hati yang kotor maka orang tersebut tidak akan lama di-dalaam usaha ini olih itu kita kena bersihkan hati kita ini daripada sifat sangka buruk terhadap orang lain dan kita juga kena bersihkan hati kita daripada inginkan pekara-pekara yang tidak ada di-dalam agama Allah swt dan kita kena bersihkan hati kita daripada benda-benda dunia dan jangan ada tujuan-tujuan yang lain sahingga hati kita ini menjadi ikhlas dengan melakukan samata-mata kerana Allah swt dan Nabi saw bagitau"mereka-mereka yamg melakukan usaha dengan ikhlas-lah yang akan melahirkan nur hidayah"olih itu apabila hati telah menjadi suci dan melakukan usaha ikhlas kerana Allah swt maka dengan keikhlasan itu-lah akan tersebar-nya hidayah dan apabila telah tersebar-nya hidayah maka usaha agama ini akan berjalan dengan maju dan apabila usaha telah menjadi maju maka semua lapisan masarakat akan menerima usaha ini dan apabila mereka itu datang kapada kita maka di-dalam hati kita ini jangan-lah ada rasa inginkan sasuatu daripada mereka-mereka tersebut sama ada pekara dunia,pangkat ataupun pujian dan kita jangan-lah harapkan sasuatu daripada mereka dan yang kita mahukan ada-lah supaya di-hari akhirat nanti Allah swt berikan kapada kita darjat yang tinggi
dan Nabi saw bagitau"petolongan Allah swt akan datang kapada kamu dengan as-sebab orang-orang yang lemah (miskin) yang ada daripada kamu"jadi apabila banyak orang yang miskin dan lemah yang melakukan usaha ini maka sa-banyak itu-lah bantuan Allah swt akan datang kapada kita kerana orang yang lemah dan miskin itu melakukan pengorbanan yang banyak dan dengan as-sebab pengorbanan-lah maka Allah swt membantu hamba-hamba-nya sebab itu jangan-lah kita faham bahwa usaha agama ini bolih berjalan dengan harta dan duit sabalik-nya usaha ini bolih berjalan dengan bantuan dan pengorbanan daripada hamba-hamba-nya yang lemah sebab itu apabila sahabat mereka pergi ka-negara-negara yang maju dan mewah dan orang-orang di-negara tersebut menuduh sahabat-sahabat Nabi saw itu mahukan harta-harta mereka dan orang-orang tersebut katakan kapada sahabat"apakah kamu datang dari tempat kamu yang miskin itu ka-sini dengan tujuan untuk mengambil harta-harta kami"maka jawab sahabat"tidak dan itu bukan-lah menjadi tujuan kami dan kami telah ada harta dan harta kami semua ada di-akhirat dan apa yang kami lakukan ini ada-lah kami mahukan ganjaran di-akhirat dan ganjaran di-dunia ini kami tidak mahukan dan kami datang ka-sini bukan mahu cari kebendaan tetapi Allah swt telah hantar kami ka-sini samata-mata untuk agama"
sebab itu kita kena banyak-kan usaha kita tehadap golongan-golongan yang susah dan miskin supaya orang yang susah dan miskin itu dapat amalkan agama dan di-hari ini kalau-lah kita tidak usaha ka-atas orang-orang yang susah dan miskin maka dengan as-sebab kesusahan dan kemiskinan itu akan menyebabkan orang-orang tersebut meninggalkan agama ini dan kita jadikan hidup kita ini dengan mengikut tertib ia-itu dengan melakukan amalan-amalan yang sapatut-nya kita lakukan ada amalan yang kita kena lakukan satiap hari ada juga amalan yang kita kena lakukan satiap minggu dan ada juga amalan yang kita kena lakukan pada tiap-tiap bulan dan ada pula amalan yang kita kena lakukan pada tiap-tiap tahun dan dengan menjaga tertib ini akan memudahkan kita untuk menyabut takaza-takaza agama dan tertib bukan-lah asas usaha agama tetapi menyambut takaza itu-lah asas usaha agama dan orang yang bolih menjaga tertib maka orang itu-lah yang bolih menyambut takaza sabalik-nya bagi orang yang tidak bolih menjaga tertib maka orang itu tidak mungkin bolih menyambut takaza-takaza yang besar sebab itu kita kena jaga tertib itu dengan betul dan kita juga kena selalu menjaga usul kerana dengan menjaga usul itu baru-lah akan ada tarbiyah pada diri kita dan dengan usul itu akan menyinarkan hati kita
sabalik-nya apabila kita tidak menjaga usul maka jiwa kita itu akan di-kuasai olih nafsu maka dengan mengikuti nafsu itu-lah akan menyebabkan musnah-nya kehidupan kita ini dan usul itu merupapakan sharat untuk diri kita ter-islah dan di- tarbiyah seperti mana kita mahu sholat usul untuk sholat ada-lah wudhuk dan kalau-lah tidak ada whuduk maka sholat kita tidak akan (sah) sempurna bagitu juga kedudukan usul di-dalam usaha agama maka itu di-dalam satiap amalan kita kena jaga usul di-dalam ghast,taklim dan sabagai-nya kita kena jaga usul-usul amalan tersebut dan usul yang paling besar sakali ia-lah kita kena korbankan harta dan diri kita sendiri dan juga kita kena lakukan semua kerja melalui mesuarat dan dengan menjaga usul-usul tersebut maka baru-lah Allah swt akan tarbiyah-kan diri kita dan baru-lah kita akan menjadi baik dan apabila kita ketepikan usul maka nafsu kita akan menjadi besar dan dengan sebab besar-nya nafsu-lah maka kehidupan manusia akan menjadi rosak dan apabila kita menjaga usul maka Allah swt akan merendahkan nafsu kita dan jiwa kita ini akan menjadi bersih dan satiap usul-usul itu kita ambil dan belajar daripada orang-orang tua kita dan kita amalkan di-dalam diri kita dan kita juga bawa usul-usul itu kapada seluroh manusia maka dengan bagini diri kita akan terjaga dan orang lain akan dapat belajar usul-usul agama dan kita ini seperti orang yang berniaga dengan cara menjaja dari rumah ka-rumah maka orang yang menjual barang itu dia akan mengambil barang-barang dari kedai yang besar dan orang yang menjaja itu dia pergi dari rumah ka-rumah dan di-dalam usaha-nya itu-lah dia akan mendapatkan rezki untuk di-makan satiap hari
bagitu juga di-dalam usaha dakwah kita ambil usul daripada orang-orang tua kita dan kita pergi jaja kapada setiap buah rumah supaya mereka dapat melakukan usaha agama se-olah-olah kita ini penjaja yang membawa barang untuk pergi kapada setiap rumah-rumah dan apabila berlaku perselisehan tentang usul maka cara penyelesaian-nya ada-lah dengan pergi berjumpa dengan orang-orang tua kita dan apa yang di-putuskan olih orang-orang tua kita itu-lah yang kita ikut maka dengan bagitu segala masaalah akan dapat selesai dan apabila kita berbalah dan berpecah kerana ususl maka kita akan di-timpa dengan kesesatan dan hidayah akan terhenti tidak akan turun sebab itu pekara usul itu kita jangan berbalah dan ada cara untuk menyelesaikan-nya dan Nabi saw bersabda"Allah swt tidak akan menyesatkan mana-mana kaum yang telah menjadi baik melainkan apabila mereka itu telah mula bertengkar atau berbalah sasama sendiri dan apabila mereka itu berbalah sasama sendiri maka mereka itu akan menjadi sesat"dan kita juga kena usaha untuk melakukan usaha ini dengan istiqamah dan senantiasa doa kapada Allah swt supaya Allah swt berikan kapada kita sifat istiqamah dan kita kena rasakan diri kita ini orang yang selalu membuat silap dan apabila kita melihat ada orang yang melakukan kesilapan maka kita maafkan kesilapan mereka itu dan apabila kita bersalah maka kita minta maaf atas kesalahan kita dan kita maafkan kesalahan orang lain dan dengan bagini tidak akan mendatangkan apa-apa masaalah****

Subscribe to:
Posts (Atom)