Percakapan Laa ilaa ha ilallah

Wednesday, March 9, 2016

Angan-Angan ada 4 Perkara.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata: 
“Angan-angan seseorang berkisar pada empat perkara, iaitu; 
Pertama, angan-angan yang memberikan manfaat keduniaan; 
Kedua, angan-angan yang mendatangkan mudharat keduniaan; 
Ketiga, angan-angan yang memberikan maslahat akhirat; 
Keempat, angan-angan yang mendatangkan mudharat akhirat. 
Maka hendaknya seseorang selalu melihat kepada apa yang dia angankan, dia fikirkan, dan dia inginkan lalu menimbangnya dengan empat perkara di atas. Lalu memilih yang terbaik, mendahulukan mana yang terpenting, mengakhirkan yang kurang penting.” 
(Madakhil asy-Syaithan li ighwa’ al-Insan, min kalam al-Imam)

Majlis Zikrullah ganjarannya Syurga

Dari Abdullah bin Amr r.a berkata: Aku bertanya; Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran majlis zikrullah. Baginda SAW menjawab: Ganjaran bagi majlis zikrullah adalah syurga, adalah syurga. (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Majma Uz Zawaid)

Friday, March 4, 2016

Ta'leem(Tadrees, Tabligh & Tasawwuf

“Understand that Ta’leem (Tadrees), Tabligh, Tasawwuf are all the works of Nubbuwwat. Only a foolish person will consider one aspect of Nubuwwat in conflict to another aspect of the work of Nubuwwat. In my opinion, I do not see any one more foolish and ignorant than this (it is the height of ignorance).” (Maulana Muhammad Saad DB)

Wednesday, March 2, 2016

Zikrullah

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku akan sentiasa bersama hambaku selagimana dia mengingatiKu dan bibirnya sentiasa bergerak mengingatiKu. (HR Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang sentiasa berulang-alik ke masjid di dalam kegelapan malam mereka itulah orang yang hati sanubarinya tenggelam di dalam rahmat Allah. (HR Ibn Majah)





Sayyidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang muslim menziarahi saudaranya yang sedang sakit, atau mengunjungi saudara muslim semata-mata kerana Allah, maka seorang malaikat berkata: Engkau dirahmati dan langkah-langkahmu diberkati dan engkau telah membina sebuah tempat tinggal di dalam syurga. (HR Tirmizi)

Sayyidina Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Dua serigala kelaparan yang dilepaskan pada satu kumpulan kambing tidak mampu memudaratkannya lebih dari kemudharatan pada Agama yang dilakukan oleh sifat tamakkan harta dan keinginan untuk menjadi orang yang berpengaruh. (HR Tirmizi)

Terluput Solat


Dari Naufal bin Mu’awiyah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa terluput solatnya adalah seumpama dia kehilangan ahli keluarganya, hartanya dan segala kekayaannya."
(HR Ibn Hibban)


Sayyidina Abu Hurairah r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Seorang hamba tanpa berfikir panjang mengatakan satu perkara yang kerananya dia akan terhumban ke neraka Jahanam lebih jauh dari jarak bumi dan langit." 
(HR Muslim