Percakapan Laa ilaa ha ilallah

Tuesday, July 17, 2012

Dengar dan Sampaikanlah.. urutan ini terterusan.



Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Kamu semua hari ini mendengar perkara-perkara keagamaan dariku, esok perkara-perkara ini didengari pula daripada kamu. Kemudian ia didengari pula dari orang-orang yang mendengarinya daripada kamu (kerana itu dengarlah dengan teliti dan sampaikanlah kepada orang-orang yang selepas kamu, supaya mereka dapat menyampaikan kepada orang-orang selepas mereka, dan urutan ini berterusan). (HR Abu Daud)

ILMU

Saidina Ali Abi Talib r.a berkata:

ILMU itu lebih baik daripada harta. ILMU itu akan menjagamu, sedangkan harta engkaulah yang menjaganya.

ILMU itu semakin berkembang dengan diinfakkan, sedangkan harta akan berkurang jika dinafkahkan.

ILMU adalah yang mengaturmu, sedangkan harta, engkau yang akan mengaturnya.

Mencintai ILMU adalah agama yang seseorang itu beribadah dengannya.

ILMU akan membuatkan ketaatan didalam kehidupan pemiliknya serta mengharumkan namanya setelah ia meninggal dunia.

Kebaikan para pemelihara harta akan melenyap bersamaan dengan kepergiannya.

Para penimbun harta (pada hakikatnya) telah mati (meskipun) mereka masih hidup.

Adapun para Ulama tetap kekal sepanjangan masa. Jasad mereka telah tiada, namun kenangan tentang mereka senantiasa melekat di hati manusia.

(Durul fil Qira'ah al-Mustawa ar-Rabi, Hal. 16)

Seorang Yg Menyalakan Api.

Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku dan kamu diumpamakan sebagai seorang yang telah menyalakan api, lalu rama-rama dan kelkatu jatuh ke atasnya dan dia menjauhkannya daripada api itu. Aku memegang pinggang-pinggang kamu dari api neraka, akan tetapi kamu terlepas dari tanganku.  Yakni kamu terus berjatuhan ke dalam api neraka.

(HR Muslim)

Malfuzat

Al-Hafizh Ibnu rajab Al-Hambali rahimullah berkata: "..Sunnah adalah jalan yang dilalui, termasuk diantaranya adalah berpegang teguh pada sesuatu yang dijalankan oleh Rasulullah SAW dan para Khulafa Ar-Rasyidin, berupaa keyakinan, amalan dan ucapan. Itulah bentuk sunnah yang sempurna." (Jami'ul Ulumiwal Hikam: 1/120)