Kata Utbah ibn Ghazwan r.a di dalam khutbah beliau yang di riwayatkan oleh Khalid bin Umair al Adawiy r.a ,” Dan sesungguhnya aku telah melihat keadaanku yang ketika itu aku adalah orang yang ke tujuh dari tujuh orang yang bersama Rasulullah SAW dan kami tidak memperolehi sesuatu apa pun untuk dimakan kecuali daun-daun pokok sehingga bibir dan rongga-rongga mulut kami luka dan bernanah. Kemudian aku meminta sehelai kain kasar (buat menutup badan dari kesejukan), lalu aku memotongnya menjadi dua bahagian. Sebahagian untuk aku dan sebahagian untuk Saad bin Malik r.a. Sebahagian aku pakai dan bahagian satu lagi dipakai oleh Saad.
Namun pada hari ini, setiap seorang dari kami semuanya telah menjadi amir/Gabenor (pemimpin) dari setiap bandar dari beberapa bandar. Dan sesungguhnya aku berlindung dengan Allah SWT dari merasa diriku besar di dalam pandanganku sedangkan pada pandangan Allah SWT, aku adalah terlalu kerdil. Dan sesungguhnya tiada akan wujud pemerintahan berdasarkan “Nubuwwah” sedikit pun sehingga ianya akan berubah dan dihujungnya(akhirnya) akan berdiri kerajaan yang akan bersifat (Mulkan) keduniaan semata. Maka pada masa mendatang nanti kami akan mengalami amir-amir (pemerintah) tidak lagi seperti kami.”
(Hadis riwayat Muslim No. 7435)
Jelas dari hadis di atas, selepas zaman sahabat tidak lagi ujud pemerintahan yang meletakan “Nubuwaah” di tempat teratas. Maksudnya wujudnya pemerintahan yang meletakkan usaha kenabian di tempat tertinggi serta setiap pemimpin dan rakyat bersifat da'ie yang hasilnya keadilan tertegak dan kehidupan dunia penuh dengan kezuhu dan manakala akhirat sangat-sangat dicintai serta menjadi matlamat. Ini sebagaimana pandangan Imam Kurtubi di dalam “Takmilah Fathul mulhim”VI/447.
Apabila matlamat pemimpin serta pegawainya bermatlamat dunia semata maka akan didapati keadilan tidak akan boleh ditegakkan di dalam masyarakat. Bila keadilan tidak diletakkan pada haknya maka ketika itu tersebarlah pertumpahan darah dan pembunuhan sebagaimana hadis riwayat Imam Malik rah di dalam Muwatha’ No.476.
Apa pun yang jelas dari hadis di atas, sifat pemerintah seperti Rasulullah SAW dan sahabat Nabi SAW tidak lagi ujud di muka bumi ini kerana ketiadaan kerajaan yang bersifat “nubuwah” di dalam pemerintaahan hari ini yang mana dakwah menjadi matlamat serta tugas besar umat ini.
Semua ini telah wujud di masa itu dan Ianya terbukti dengan hijranya Nabi SAW ke Madinah yang bermatlamatkan dakwah. Ini sebagai mana hadis Rasulullah saw riwayat Aisyah r.anhu.
Aisyah r.anhu berkata,”Tatkala Rasulullah SAW sampai di Madinah maka berkatalah (berdendanglah) wanita dan anak-anak:” Telah muncul bulan purnama ke atas kami,munculnya dari Thaniah Wada’ (Mekah). Dan wajibalah ke atas kami bersyukur selama masih ada da'ie yang menyeru (kepada agama Allah SWT).” (Riwayat Imam Baihaqi di dalam Dalail An Nubuwwah 2/506).
Peranan kita yang termampu kita buat adalah dengan meningkatkan pengorbanan atas ugama dengan membentuk jemaah seramai mukin di dalam dan luar negara mengembalikan kekuatan ummah dengan proses yang di lakukan oleh umat awal iaitu “dakwah ilalallah”. Agar dengan itu akan ujud suasana agama dan takwa di dalam masyarakat dan ummat. Bila ini ujud maka Insyallah keadilan dan kepimpinan yang adil akan di zahirkan oleh Allah swt. Ini sebagaimana hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Darda ra telah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda,” Allah SWT berfirman ; Aku adalah Allah tidak ada tuhan melainkan Aku. Akulah Raja di atas segala raja-raja. Hati raja-raja di dalam genggamanKu. Bilamana manusia mentaati aku maka aku menukarkan hati raja-raja menjadi kasihbelas serta sayang ketas mereka(rakyat). Bila mereka tidak taat(mengingkari) Aku . maka Aku akan memalingkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka(rakyat). Dan dengan demikian raja-raja akan membuatkan mereka di dalam kesusahan dan penderitaan. Dan daripada kamu mengutukki mereka, kembalilah mengingati Aku dan merayu (kepada Aku) supaya Aku melindungi kamu dari kekejaman mereka.” (Alitidal : 111)
Wallahualam.
Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Thursday, February 10, 2011
Tuesday, February 8, 2011
Pesanan daripada Hadraji
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Bismillah.
Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih:
Sibukkan dirimu dalam usaha agama;
jika tidak kamu pun akan sibuk tapi bukan dalam agama.
Gunakan waktumu untuk agama;
jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
Gunakan hartamu untuk agama;
jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
Mati lah kamu dalam agama;
jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.

Sunday, February 6, 2011
6 Sifat Para Sahabat Nabi SAW
Assalamualaikum W.B.T
Bismillah..
Subhanallahi Wa Bihamdihi.
Tuan-Tuan yang Mulia,
Allah SWT meletakkan kejayaan dan kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat hanya pada agama yang sempurna.Agama yang sempurna adalah agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW tetapi manusia pada zaman ini tidak mempunyai kemampuan untuk mengamalkan agama yang sempurna. Sebagaimana yang kita tahu,para sahabat yang hidup dizaman Rasulullah SAW merupakan hamba Allah yang berjaya didunia dan diakhirat. Mereka telah berjaya dalam mengamalkan agama secara sempurna kerana mereka memiliki sifat-sifat yang terkandung dalam sifat enam sahabat yang meliputi:
1.Yakin dengan kalimah Tayyibah “laa ilaha illallah muhammadurrasulullah”
2.Solat yang khusyuk,khuduk & tawaduk
3.Ilmu zikir
4.Ikromul muslimin
5.Ikhlas niat
6.Dakwah dan tabligh
Maka , jika kita dapat berazam dan beramal dengan 6 sifat para sahabat tersebut, Insha Allah, Allah SWT akan letak kita bersama-sama orang yang telahpun berjaya, yang diredhai Allah SWT di dunia ini lagi.
SIFAT PERTAMA - Kalimah Taiyyibah (Iman)
Iman bererti mempercayai dengan penuh keyakinan berita (ghaib) yang dibawa oleh Rasul tanpa melihat semata-mata kerana wibawa seorang Rasul.
Kalimah ini merupakan kalimah iman.Maksud “laa ilaaha illallah” ialah kita hendak memasukkan kebesaran Allah dalam hati kita dan kita keluarkan kebesaran makhluk dalam hati kita. Dalam erti kata lain, kita hendaklah yakin bahawa hanya Allah yang berkuasa dan bukannya makhluk seperti manusia, haiwan dan sebagainya. Sebagai contoh, jika kita sakit tentunya kita akan makan ubat tetapi bukan ubat yang berkuasa menyembuhkan kita tetapi Allah SWT. Ubat itu hanyalah asbab ( perantara) dari Allah untuk menyembuhkan. Janganlah pula tidak makan ubat kerana tanpa ikhtiar dan keizinan dari Allah maka sesuatu itu tidak akan berhasil. Kita juga hendaklah yakin bahawa sesuatu yang berlaku itu, jika tanpa izin Allah SWT, maka ianya tidak akan terjadi.Sebagai contoh, jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu perkara, jika Allah tidak mengizinkan kita berjaya maka tiada kejayaan atas usaha tersebut. Jika Allah mengizinkan sesuatu perkara berlaku, tanpa sebab pun perkara tersebut boleh berlaku sebagaimana yang kita dapat lihat pada tragedi tsunami.
Nilai Iman
Iman sebesar zarah harganya di sisi Allah SWT ialah syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Harta sebanyak dunia tetapi mati tanpa iman tidak akan dapat walaupun baunya syurga.
Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda lebih kurang:
Allah SWT akan memerintahkan pada Hari Pengadilan "Keluarkan dari neraka jahannam, semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkan semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah atau mengingati Aku dengan berbagai cara atau takut kepada Aku pada bila-bila masa".
Iman itu nilainya adalah syurga. Iman yang paling kecil, iaitu sebesar zarah dihargai oleh Allah SWT dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Allah SWT akan berkata kepada mereka yang paling akhir masuk syurga, "Hendakkah kamu syurga yang luasnya seperti dunia yang kamu hidup dahulu? Maka mereka menyangka bahawa Allah SWT mempermain-mainkan mereka dan mereka berkata, "Oh,! Ya, Allah! Kamu adalah Rab (Tuhan) dan kami adalah hambaMu. Oleh itu janganlah kamu mempermain-mainkan kami". Allah SWT akan berkata bahawa Allah SWT bukan sahaja memberi mereka syurga yang luasnya seperti dunia yang mereka hidup dahulu malahan sepuluh 10 kali ganda luasnya.
Ertinya : Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu tanam? Kamukah yg menumbuhkannya atau KAMI yg menumbuhkannya?
(Al-Waqiah 63, 64)
Ertinya : Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum, Kamukah yg menurunkannya dari awan ataukah KAMI yg menurunkan? Kalau KAMI kehendaki, nescaya KAMI jadikan dia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur? Maka terangkanlah kepadaKu tentang api yg engkau nyalakan (dari gosokan-gosokan kayu). Kamukah yg menjadikan kayu itu atau KAMIkah yg menjadikannya?
(surah Al-Waqiah 68-72)
Ertinya : Sesungguhnya Allah SWT menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. DIA mengeluarkan yg hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup (yg memiliki sifat-sifat) demikian ialah Allah SWT. Maka mengapakah kamu masih berpaling? DIA menyinsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirehat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
Dan Dialah yg menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk daalm kegelapan didarat dan dilaut. Sesungguhnya KAMI telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (KAMI) kepada orang-orang yg mengetahui.
Dan DIAlah yg menurunkan hujan dari langit, lalu KAMI tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuhan-tumbuhan, maka KAMI keluarkan dari tanaman yg hijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai dan kebun-kebun anggur,
Dan (KAMI keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikan buahnya diwaktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang beriman.(Surah Al-An’am 95 – 99)
Allah s.w.t berfirman : Dan pada sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yg ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali DIA sendiri, dan DIA mengetahui apa yg didaratan dan dilautan dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan DIA mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)
Dan DIAlah yg menidurkan kamu dimalam hari dan DIA mengetahui apa yang kamu kerjakan disiang hari, Kemudian DIA membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, Kemudian kepada Allah kamu kembali, lalu DIA membertahukan kepada mu apa yang dahulu kamu kerjakan.
(surah al-an’am 59-60)
Ertinya : Apakah mereka mencari kekuatan disisi org kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.
(surah An-Nisa’ 139)
Ertinya : Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah sahaja yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu Dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
(surah Al-ankabut ayat 60)
Ertinya : Katakanlah; terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah Tuhan selain Allah yg berkuasa mengembalikannya kepadamu? Perhatikanlah, bagaimana KAMI berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami); kemudian mereka tetap berpaling (juga) .
(surah Al-An-aam ayat 46)
Ertinya : Katakanlah; Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai Hari Kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yg akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirehat padanya? Maka apakah kamu tidak memerhatikan?
Dan kerana rahmatNya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaNya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepadaNya.
(surah Al-Qasas ayat 72 – 73)
Ertinya : Maka kami benamkan Qarun berserta rumahnya kedalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tidaklah dia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).
(surah Al-Qasas ayat 81)
Ertinya : Lalu kami wahyukan kepada Musa: “Pukullah laut itu dgn tongkatmu”. Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar.
(surah As-Syu’ara’ ayat 63)
Ertinya : Ingatlah menciptakan dan memerintah hanyalah kerja Allah
(surah Al-A’raf)
Ertinya : Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan menjadi dakwat) ditambahkan kepadanya tujuh laut sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habis (dituliskan) kalimah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah Lukman ayat 27)
Ertinya Katakanlah sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang-orang beriman harus bertawakkal.
(Surah At Taubah ayat 51)
Ertinya : Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan diantara hamba-hambanya dan Dialah yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(surah Yunus 107)
Hadis : 19. m/s 26
Dari Abi Umamah r.a berkata seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW : Wahai Persuruh Allah! Apakah itu iman? Baginda SAW menjawab : Apabila kamu berasa gembira dengan amal kebaikanmu dan kamu benci dengan amalan keburukan mu, maka kamu adalah seorang yang beriman (mukmin). (H.R. Al-Hakim)
Hadis : 38 m/s 35
Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdabda : Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk di dalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah SWT untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu. (H.R. Hakim)
Hadis : 73 m/s 58
Dari Abdullah Ibn Masud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya syaitan dan Malaikat membisikkan kedalam hati setiap manusia. Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Ada pun bisikan para Malaikat ialah mendorong manusia supaya berbuat kebaikan dan kebenaran. Maka barang siapa mendapati sedemikian ketahuilah bahawa ia adalah daripada Allah. SWT. Dan bersyukurlah kepada Allah SWT Barang siapa terdorong kepada kejahatan hendaklah dia berlindung kepada Allah SWT, drpd syaitan yang kena rejam. Kemudian baginda SAW membacakan sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud : Sesungguhnya syaitan sentiasa menakut-nakutkan kamu kepada kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (surah Al-Baqarah ayat 268) (H.R. Tarmizi.)
Hadis : 81 m/s 62
Dari Abu Dzar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Aku telah melihat apa yang belum kamu lihat dan Aku telah mendengar apa yang belum dengar, langit (disebabkan keagungan Allah SWT berbunyi sebagaimana bunyinya katil) adalah layak baginya berbunyi , tidak ada satu ruang pun di antara empat jari kecuali terdapat seorang malaikat yang menundukkan dahinya dalam bersujud kepada Allah SWT. Demi Allah SWT, kalaulah kamu ketahui apa yang Aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis. Kamu tidak akan berseronok-seronok dengan isteri kamu di atas katil, nescaya kamu akan keluar ke bumbung rumah-rumah kamu untuk berdoa kepada Allah. Aku ingin menjadi seperti tanaman yang di petik dari bumi (H.R. Tarmizi)
Hadis 120 m/s85
Dari Anas r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung dgn besarnya ujian atau penderitaan. Dan sesungguhnya apabila Allah SWT mengasihi sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka (dengan penderitaan). Oleh sebab itu, barangsiapa yang redhai ujian Allah, Allah SWT juga akan meredhainya. Dan barang siapa yang tidak redha, maka Allah SWT juga tidak meredhainya (H.R Tarmizi).
(surah Ad dukhaan ayat 43 hingga 50) m/s 95
Ertinya : Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang berdosa, (Ia) sebagai kotoran minyak yg mendidih dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. Peganglah dia kemudian seretlah dia ketengah-tengah neraka. Kemudian tuanglah ke atas kepalanya siksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia, sesungguhnya ini ialah azab yg dahulu selalu kamu ragu-ragukan.
(surah Ibrahim ayat 16-17) m/s 95
Ertinya : Dihadapannya ada neraka Jahannam, dan dia akan diberi minuman dari air nanah, Diminumnya air nanah itu dan hampir dia tidak lalu menelannya. Dan datanglah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati dan dihadapannya masih ada azab yang berat.
(surah saad 55 – 58) m/s 94
Ertinya : Beginilah (keadaan mereka). Dan sesungguhnya bagi orang yang derhaka benar-benar disediakan tempat kembali yang buruk. (ia itu Neraka Jahanam,) yang mereka masuk kedalamnya. Maka amat buruklah jahanam itu sebagai tempat tinggal. Inilah (azab neraka) biarlah mereka merasakannya, (minuman mereka) air yg sangat panas dan air yang sangat dingin. Dan azab yg lain yang seumpama itu berbagai macam.
(surah al-Waaqi’ah ayat 27 – 40) m/s 93
Ertinya : Dan golongan kanan, alangkah bahaginya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yg tidak berduri, dan pokok pisang yang bersusun-susun (buahnya) dan naungan yang terbentang luas dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak. Yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya, Dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk. Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, Dan kami jdaikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya, (Kami ciptkan mereka) untuk golongan kanan (iaitu) segolongan besar dari orang2 yang terdahulu, dan segolongan besar pula dari orang kemudian.
(surah Ad Dukhaan ayat 51 – 57) m/s 91
Ertinya : Sesungguhnya oran-orang yang bertakwa berada dlm tempat yg aman, (iaitu) di dalam taman-taman & mata-mata air mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadap-hadapan, demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari. Didalamnya mereka meminta segala macam buah-buahan dengan aman (dari segala kekhuatiran), Mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali mati di dunia. Dan Allah memelihara mereka dari azab neraka, Sebagai kurnia dari Tuhanmu. Yang demikian itu adalah keberuntungan yg besar
(surah Al Haj ayat 1 – 2)
Hai manusia, bertakwalah kpd Tuhanmu; sesungguhnya gempa hari kiamat itu adalah suatu kejadian yg sangat besar (dahsyat).
(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat peristiwa itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusukannya & gugurlah kandungan segala wanita yang hamil & kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu amatlah berat.
(surah al Ma’aarij ayat 10 – 15)
Ertinya : Dan tiada seorang teman akrab pun menanyakan temannya, sedang mereka saling melihat. Orang ingin tahu sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya, Dan isterinya & saudaranya, Dan kaum kerabatnya yang melindunginya (di dunia) Dan orang-orang di atas bumi seluruhnya, kemudian (mengharapkan) tebusan itu daapt menyelamatkannya sekali-kali tidak dapat. Sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergejolak.
SIFAT KEDUA – SOLAH KHUSK & KHUDUK - Solah
Untuk mendapat manafaat secara langsung dari kekuasaan Allah SWT dgn menunaikan segala perintahnya mengikut cara baginda Rasulullah SAW ialah melalui amal yang sangat penting dan menjadi asas amal iaitu sembahyang.
Bermaksud bagaimana hendak membawa ketaatan mengingati Allah SWT dalam solat hingga ke luar solat. Solat adalah perintah Allah SWT yang paling unggul yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan malaikat Jibril a.s. Solat yang terbaik adalah solat Nabi Muhammad SAW dan juga solat sahabat-sahabat baginda SAW yang telah belajar terus dari baginda SAW
Untuk mendapatkan solat yang baik, kita perlu membuat tiga 3 perkara:
(i)Apabila kita melihat orang yang tidak bersolat maka kita hendaklah merasa sedih dan kasihan serta berusaha untuk menyediakan dia kepada solat.
(ii) Apabila kita berdiri di dalam solat, kita hendaklah membawa di dalam solat kita lima 5 perkara:
(a) Yakin yang betul (sahih). (Berdiri di dalam solat dengan yakin bahawa semua makhluk termasuk dirinya tidak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah SWT).
(b) Bersolat dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. (Membetulkan bacaan di dalam solat, dan bacaan al-Quran di dalam solat serta mengetahui perkara masa'il di dalam solat. Jika kita tidak tahu tentang perkara masa'il di dalam solat, hendaklah bertanya dengan alim- ulama'.
(c) Berdiri di dalam solat, seumpama menghadap Allah SWT atau seumpama Allah SWT melihat kita (Ehsan).
(d) Membayangkan faedah serta ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT di atas amalan di dalam solat.
(e) Melakukan solat semata-mata dengan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT.
(iii) Apabila selesai mengerjakan solat, maka kita hendaklah bersyukur kerana Allah SWT telah memberi taufik kepada kita untuk bersolat serta beristighfar di atas kecacatan di dalam solat. Solat yang baik akan dapat menjadi asbab untuk turunnya bantuan Allah SWT dan dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.
Nilai Solat
Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Allah SWT mengurniakan lima 5 perkara kepada mereka yang menjaga solatnya:
Kelebihan 5 jaminan orang yang menjaga solat
1. Berkat rezeki
2.Diangkat azab kubur.
3.Diberi buku catitan amal di Padang Mahsyar dengan tangan kanan.
4.Melalui titian sirat sepantas kilat; Masuk syurga tanpa hisab.
5. Kelepasan bagi sesiapa yang menjaga solat selama empat puluh 40 hari tanpa ketinggalan takbiratul ula maka dijauhkan dari sifat nifaq (munafik) dan neraka.
Cara hendak mendapatkannya
1.Dakwah kelebihan, maksud, dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. iaitu cerita mengenai Saidina Ali ketika kelaparan.
2. Solat di mana azan diazankan (masjid).
3.Doa supaya selalu dikurniakan hakikat.
Dari Abud Qatadah ibn Ruba’i r.a meriwayatkan : bahawa Rasulullah SAW bersabda : Allah SWT berfirman : Sesungguhnya Aku telah memfardhukan ke atas ummatku sembahyang lima waktu dan Aku telah berjanji kepada diriKu, barangsiapa menjaga sembahyangnya pada tepat waktunya, aku akan memasukkannya ke dalam syurga dan barangsiapa yang tidak menjaga sembahyangnya, maka tidak ada perjanjian baginya di sisiKu (hr. Abu Daud)
Dari Uthman ibn A’ffan r.a meriwayatkan : bahawa Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang menganggap bahawa sembahyang itu benar, dia akan di masukkan ke dalam syurga.
Dari Abdullah ibn Qurtd r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perkara pertama yang akan di hisab bagi seorang hamba pd hari Kiamat ialah sembahyang. Sekiranya sembahyangnya baik, maka amalan-amalan yang lain akan di terima dan jika sembahyangnya rosak, maka semua amalan-amalan yang lain akan rosak. (H.R Tabrani, Targhib)
Hazrat Shaqiq Balkhi rah. seorang ahli sufi dan wali Allah SWT yang masyhur berkata, “Kami mencari lima perkara dan menemui perkara-perkara itu melalui lima amalan:
1. Keberkatan rezeki melalui solah dhuha.
2. Cahaya di dalam kubur didapati melalui solah tahajud.
3. Jawapan terhadap soalan Munkar dan Nakir didapati melalui membaca al-Quran.
4. Mudah melintas titian sirat didapati melalui berpuasa dan bersedekah.
5. Mendapat naungan di bawah Arasy Ilahi melalui mengingati Allah S.W.T dalam keadaan
bersunyi diri.
Penekanan dan penerangan tentang solah dan kelebihan solah terdapat dalam banyak kitab hadith. Sangat sukar untuk dicatat keseluruhan perkara itu. Sebagai usaha untuk mendapat keberkatan, di bawah ini ditulis mafhum beberapa hadith Baginda SAW:
• Solah merupakan perintah Allah SWT yang pertama kepada umatku dan solahlah yang pertama akan dihisab pada hari kiamat.
• Takutilah Allah SWT tentang solah.
• Solah adalah pemisah antara seseorang yang beriman dengan syirik.
• Solah ialah tanda Islam. Seseorang yang bersolah dengan khushuk serta memelihara waktu solah dan perkara-perkara yang disunatkan dalam solah adalah seorang mukmin.
• Tidak ada amalan yang difardukan oleh Allah SWT lebih afdal daripada iman dan solah.Sekiranya terdapat amalan-amalan yang lebih afdal dari solah, nescaya Allah SWT akan memerintahkan para malaikat untuk melakukan amalan-amalan itu. Oleh itu, sepanjang siang dan malam ada malaikat yang rukuk dan ada yang sujud.
• Solah adalah tiang agama.
• Solah menghitamkan muka syaitan.
• Solah adalah nur bagi orang mukmin.
• Solah adalah sebaik-baik jihad.
• Apabila seseorang mulai mengerjakan solah, Allah SW.T menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Apabila dia selesai bersolah Allah SWT akan mengalihkan perhatian daripadanya. Apabila bala turun dari langit maka mereka yang memakmurkan masjid terselamat daripada bala itu.
• Kalaulah seseorang dimasukkan ke dalam neraka kerana sesuatu sebab, api neraka tidak akan membakar bahagian anggota sujud.
• Allah SWT telah mengharamkan api neraka daripada menyentuh anggota sujud.
• Amalan yang disukai Allah SWT ialah solah yang ditunaikan pada awl waktu.
• Keadaan manusia yang paling disukai Allah SWT ialah ketika melihat seseorang itu sujud dan dahinya menyentuh ke tanah.
• Seorang itu sangat hampir dengan Allah SWT ketika dia dalam keadaan sujud.
• Solah adalah anak kunci syurga.
• Apabila seorang berdiri untuk mengerjakan solah maka terbukalah pintu-pintu syurga dan tabir antara dia dan Allah SWT disingkap, selagi dia tidak melakukan perkara-perkara makruh.
Seorang yang bersolah adalah seperti dia sedang mengetuk pintu Raja segala Raja dan pada kebiasaannya apabila pintu diketuk berterusan maka pastilah pintu itu akan dibuka.
• Kedudukan solah dalam agama adalah seumpama kedudukan kepala pada badan.
• Solah adalah cahaya bagi hati. Sesiapa yang ingin jadikan hatinya bercahaya maka usahakanlah melalui bersolah.
• Seseorang yang mengambil wuduk dengan sempurna lalu menunaikan dua atau empat rakaat solah fardu atau sunat dengan khusyuk dan khudu lalu memohon keampunan kepada Allah SWT terhadap dosanya maka Allah SWT akan mengampuninya.
• Bahagian bumi yang diatasnya terdapat manusia yang mengingati Allah SWT dengan menunaikan solah, bahagian itu akan berbangga ke atas bahagian bumi yang lain.
• Seseorang yang menunaikan dua rakaat solah lalu memohon sebarang hajat daripada Allah SWT maka permohonannya itu akan diperkenankan sama ada ketika itu juga atau dilambatkan sedikit kerana sesuatu maslahat.
•Sesiapa yang mengerjakan solah dua rakaat bersendirian dan tiada sesiapa yang melihatnya kecuali Allah SWT serta malaikat-malaikatNya maka dia mendapat jaminan lepasan daripada api neraka.
• Sesuatu doa akan dimakbulkan oleh Allah SWT selepas seseorang itu menunaikan setiap solah fardunya.
• Seseorang yang mengambil berat terhadap solah lima waktu dengan menyempurnakan rukuk, sujud, wuduk dan lain-lain dengan sempurna maka pasti dia akan masuk syurga dan neraka diharamkan ke atasnya.
• Selagi seseorang Islam mengambil berat dalam menunaikan solah lima waktu maka selagi itulah syaitan akan takut kepadanya. Apabila dia mencuaikan solah maka syaitan menjadi berani dan bersungguh-sungguh untuk menyelewengkannya.
• Amalan yang paling baik ialah mendirikan solah pada awal waktu.
• Solah adalah persembahan orang yang bertakwakepada Allah SWT.
• Solah yang paling disukai Allah SWT ialah solah yang dikerjakan pada awal waktu.
• Mereka yang pergi mengerjakan solah pada waktu subuh membawa bendera iman.Sementara mereka yang ke pasar (tanpa solah subuh) membawa bendera syaitan.
• Pahala empat rakaat solah sunat sebelum zuhur sama seperti pahala empat rakaat solah tahajud.
• Empat rakaat solah sunat sebelum zuhur, sama dengan empat rakaat solah tahajud.
• Apabila seseorang berdiri untuk mengerjakan solah maka rahmat Allah SWT tertumpu kepadanya.
• Solah paling afdal ialah solah pada tengah malam, tetapi sangat sedikit orang yang mengerjakannya.
• Jibril a.s. datang menemui saya lalu “Wahai Muhammad, walau berapa lama tuan hidup, satu hari nanti tuan akan mati. Cintailah siapa tuan suka, satu hari tuan akan berpisah dengannya. Sebarang amalan yang tuan buat (baik atau buruk) tuan pasti akan mendapat balasannya.” Tidak syak lagi ketinggian dan kemuliaan seorang mukmin adalah dakam solah tahajud dan penghormatannya adalah dalam bersifat istighna yakni tidak mengharapkan sesuatu daripada manusia.
• Solah dua rakaat pada akhir malam adalah lebih bernilai daripada seluruh harta di dunia. Kalaulah tidak kerana dikhuatiri menyusahkan umatku nescaya aku mewajibkannya.
• Hendaklah kamu mengerjakan solah tahajud, kerana solah ini adalah amalan orang saleh dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT Solah tahajud menghalang kita daripada melakukan dosa, penghapus dosa dan menambahkan kesihatan badan.
Allah S.W.T bberfirman, “Hai anak Adam, jangan kamu malas daripada mengerjakan solah empat rakaat pada permulaan hari nescaya Aku akan menyelesaikan masalah-masalah kamu sepanjang hari.”
Galakan dan kelebihan solah telah banyak disebutkan dalam kitab-kitab hadith. Adalah memadai dengan empat puluh hadith ini kerana sekiranya seseorang menghafal kan hadith-hadith ini nescaya dia akan mendapat kelebihan menghafal empat puluh hadith.
Sebenarnya solah satu anugerah yang besar daripada Allah SWT. Hanya mereka yang benar-benar mengecapi nikmat bersolah sahaja yang dapat menghargainya. Oleh sebab itulah Rasulullah SAW menyatakan solah adalah penyejuk mata Baginda SAW. Baginda SAW menghabiskan sebahagian besar malam hari dengan bersolah kerana menikmati kelazatan bersolah. Oleh keran itulah, Baginda SAW mewasiatkan tentang solah secara khusus dan menegaskan supaya mengambil berat terhadap solah ketika Baginda SAW hampir wafat. Diriwayatkan dalam banyak hadith ahawa Baginda S.A.W bersabda, “Takutilah Allah S.W.T dalam perkara solah.”
Para sufi berkatabahawa dalam solah terdapat dua belas ribu keberkatan yang Allah SWT berikan menerusi dua belas perkara. Kesemua perkara ini sangat penting diberi perhatian supaya solah menjadi sempurna dan memperoleh faedah yang sepenuhnya. Dua belas perkara itu seperti berikut:
1. Ilmu. Rasulullah S.A.W bersabda bahawa amal yang sedikit disertai dengan ilmu adalah lebih baik daripada amal yang banyak dalam keadaan jahil.
2. Wuduk
3. Pakaian
4. Waktu
5. Menghadap kiblat
6. Niat
7. Takbiraul-ihram
8. berdiri tegak
9. Membaca ayat-ayat al-Quran.
10. Rukuk.
11. Sujud.
12. duduk ketika membaca tahiyat.
Dan kesempurnaan bagi kesemua perkara di atas adalah disertai dengan keikhlasan. Kemudian setiap satu daripada dua belas perkara di atas dibahagikan kepada tiga bahagian.
1. Ilmu
a) mengetahui perkara-perkara fardu dan sunat dalam hukum hakam agama.
b) mengetahui perkara-perkara fardu dan sunat dalam solah dan wuduk.
c) mengetahui cara-cara tipu daya syaitan untuk merosakkan solah.
2. Wuduk
a) mensucikan hati daripada perasaan hasad dan dengki sebagaimana anggota zahiriah dibersihkan.
b) Anggota-anggota zahir perlu berada dalam keadaan suci daripada dosa.
c) Anggota wuduk hendaklah dibersihkan dengan sempurna tanpa membazirkan air.
3. Pakaian
a) memperolehnya daripada sumber yang halal.
b) pakaian hendaklah suci.
c) hendaklah dipakai mengikut sunnah yakni jangan labuh sehingga menutupi buku lali dan jangan pakai dengan perasan takabur dan besar diri.
4. Waktu
a) mengambil berat tentang kedudukan matahari, binatang dan sebagainya supaya dapat mengetahui waktu solah yang betul.
b) berwaspada tentang azan.
c) hati sentiasa mengigati waktu solah.
5. Menghadap Kiblat
a) anggota zahir menghadap kiblat.
b) hati tawajuh kepada Allah S.W.T kerana Dialah kaabah kepada hati.
c) menghadap dengan penuh tawajuh di hadapan Allah SWT sebagaimana selayaknya.
6. Niat
a) mengetahui solah yang hendak dikerjakan.
b) Sedar bahawa kita berdiri di hadapan dengan Allah SWT dan Dia sedang melihat kita.
c) Sedar bahawa Allah SWT juga mengetahui segala yang terkandung dalam hati kita.
7. Takbiratul-ihram
a) sebutan hendaklah betul.
b) mengangkat tangan sehingga ke telinga seolah-olah telah membuang ke belakang segala-galanya selain daripada Allah SWT.
c) ketika ‘Allhu Akbar’ disebut hendaklah penuh dengan kebesaran dan keagungan Allah SWT
8. Qiam(berdiri tegak)
a) pandangan hendaklah tertumpu kepada sujud.
b) hati hendaklah membayangkan bahawa kita sedang berdiri di hadapan Allah SWT.
c) jangan memberi perhatian kepada perkara-perkara lain. sesiapa yang melihat ke sana ke sini semasa bersolah adalah seumpama seorang yang berpeluang menghadap raja selepas bersusah-payah memujuk dan merayu pengawal-pengawal istana. Apabila raja mula memberi perhatian kepadanya dia pula mulai melihat ke sana sini. Dalam keadaan sedemikian bagaimana pula raja akan memberi perhatian kepadanya?
9. Qiraat (bacaan ayat-ayat al-Quran)
a) membaca dengan tertil.
b) hayatilah makna bacaan ayat-ayat al-Quran.
c) mengamalkan segala yang dibaca.
10. Rukuk
a) belakang hendaklah lurus, tidak ke bawah dan tidak ke atas (ulamak memberitahu bahawa kepala, belakang dan pinggang hendaklah berkeadaan lurus)
b) jari-jari tangan direnggangkan sewaktu memegang lutut.
c) bertasbih dalam keadaan tenang serta hati penuh dengan kebesaran Allah SWT.
11. Sujud
i. semasa sujud kedua-dua tapak tangan perlu sejajar dengan telinga
ii. kedua-dua tapak siku ditinggikan dari lantai
iii. membaca tasbih dengan rasa kebesaran terhadap Allah SWT.
12. Duduk ketika tahiyat
a) tegakkan tapak kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri (pada tahiyat akhir)
b) bacalah tahiyat dengan penuh khusyuk dan rasa kebesaran terhadap Allah SWT. SERTA menghayati bacaan dalam tahiyat kerana dalam bacaan itu mengandungi selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan doa orang mukmin.
c) semasa memberi salam hendaklah berniat untuk mengucap salam kepada para malaikat serta mereka yang berada di kiri dan kanan.
Ikhlas
i. tujuan mengerjakan solah adalah semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT
ii. meyakini bahawa hanya dengan taufik Allah SWT kita dapat menunaikan solah
iii. mengharapkan ganjaran yang dijanjikan Allah SWT menerusi solah yang dikerjakan
SIFAT KETIGA - ILMU DAN ZIKIR
1. ILMU
Ilmu bermaksud apakah adanya perasaan haus dan keinginan untuk mencari perkara yang diredhai (disukai) oleh Allah untuk kita melakukannya hari ini dan bagaimana mengikut cara Nabi Muhammad saw. Untuk mengetahui apakah perintah yang paling Allah SWT sukai pada bila-bila masa, kita perlu kepada ilmu fadhail ( hadis-hadis dan kelebihan-kelebihan amalan soleh dan amalan sunnah). Untuk mendapatkan ilmu fadhail, kita perlu duduk di dalam halkah ta'alim fadhail di masjid dan di rumah. Untuk mengetahui apakah cara untuk melakukan sesuatu amalan mengikut cara Nabi Muhammad SAW, kita memerlukan ilmu masa'il (ilmu feqah, ilmu syariat, ilmu muamalat, ilmu hudud dan lain-lain lagi). Untuk mendapatkan ilmu masa'il kita perlu pergi berjumpa dengan alim-ulama.
Untuk mendapat manafaat secara terus dari Allah SWT melalui perintah-perintah Allah SWT yang dilaksanakan sebagaimana cara Nabi SAW maka untuk maksud tersebut. Ilmu harus dituntut yang dengannya dapat memastikan buat masa ini apakah kehendak Allah SWT terhadap diri saya.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu hari beliau berlalu di pasar Madinah, beliau telah berhenti dipasar dan berseru kepada ahli-ahli pasar dgn katanya: Wahai ahli-ahli pasar!, Apakah yang melemahkan kamu? Mereka berkata: apakah maksudmu wahai Abu Hurairah? Belaiu berkata: Harta pusaka baginda Rasulullah SAW sedang dibahgai-bahagi sedangkan kamu masih berada disini. Tidakkah kamu ingin pergi utk mendapatkan bahagian mu? Mereka berkata : Dimana dia? Jawab: Di masjid maka keluarlah orang ramai dgn segera ke masjid dan Abu Hurairah berdiri menunggu disitu sehingga mereka kembali. Abu Hurairah bertanya: Apakah yg kamu dapati? Mereka menjawab: Kami telah pergi ke masjid dan masuk ke dalamnya namun tiada sesuatupun harta pusaka baginda yang dibahagi-bahagikan! Abu Hurairah bertanya: Tidakkah kamu nampak seseorang didalamnya? Jawab; Ya! Kami nampak sebahagian mereka sedang bersembahyang, sebahagiannya membaca Al-Quran dan sebahagian sedang membincangkan perkara halal dan haram. Maka Abu Hurairah berkata: Alangkah kecewanya kamu! Bukankah ini harta pusaka peninggalan Nabi SAW (HR Tabarani)
Dari Abu Darda r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa melangkahkan kakinya ke suatu perjalanan utk menuntut ilmu, Allah SWT akan menunjukkan baginya satu jalan dari jalan-jalan menuju syurga, maksudnya bahawa kemahirannya terhadap Ilmu menjadi sebab baginya utk memasuki syurga. Para malaikat membentangkan sayap-sayapnya kerana suka keatas seorang yang keluar menuntut ilmu. Para penghuni dilangit dan dibumi dan ikan2 dilaut, semuanya mendoakan keampunan bagi orang-orang yang menuntut Ilmu. Sesungguhnya kemuliaan seorang alim keatas seorang abid adalah seperti kemuliaan bulan purnama keatas bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan harta pusaka seperti dinar atau dirham (harta kekayaan) kecuali Ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu barangsiapa yang mencari harta pusaka ini sesungguhnya dia telah menerima baginya kebaikan yang besar. (HR Abu Daud)
Dari Abu Bakar As Siddiq meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabdah : Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu (HR Tabrani)
Dari Abu Hurairah berkata ; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ingatlah sesungguhnya dunia ini telah terlaknat dan telah terlaknat apa yang ada didalamnya. (jauh dari rahmat Allah) kecuali Zikrullah & apa-apa yang hampir kepadaNya. (yakni amalan2 kebajikan)seorang alim dan seorang penuntut ilmu agama (HR Tirmizi)
2. ZIKIR
Maksudnya, sentiasa merasai bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan memerhati kita dan dalam apa sahaja yang kita lihat, kita teringat akan Allah SWT. Untuk mendapatkan hakikat zikir kita perlu membuat tiga perkara:
(i)Kita hendaklah melakukan zikir sebanyak tiga ratus (300) selepas Solat Subuh dan selepas Solat Asar pada setiap hari.
(a)Seratus (100) kali istighfar dengan membayangkan dosa-dosa yang telah lalu.
(b) Seratus (100) Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdullillah (Segala puji bagi Allah), Laailahaillallah (tiada yang aku cinta melainkan Allah) dan Allahu Akbar (Allah Maha Besar),
(c) Seratus (100) selawat kepada Rasulullah s.a.w dengan membayangkan bahawa tidak ada manusia yang telah berbuat baik kepada kita lebih dari Nabi Muhammad s.a.w.
(ii) Membaca al-Quran pada setiap hari, sebaik-baiknya satu juz dengan faham maknanya. Jika tidak boleh membaca al-Quran satu juz pada satu hari, maka kita hendaklah membacanya seberapa banyak yang mampu pada setiap hari. Jika pada hari itu kita tidak dapat membaca al-Quran, maka kita hendaklah mengadu kepada Allah SWT dengan berkata "Oh! Ya Allah,! apakah dosaku sehinggakan daku tidak diberi taufik untuk membaca al-Quran?
(iii) Kita hendaklah mengamalkan doa-doa masnun di dalam amalan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.
Dari Ibn Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda ; Empat perkara barangsiapa mendapatinya sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan didunia dan diakhirat. Hati yang sentiasa bersyukur, lidah yanag sentiasa berzikir, badan yang sentiasa bersabar dalam menanggung kesusahan, isteri yang sentiasa menjaga dari khianat pada dirinya dan pada harta suaminya (HR Tabrani)
Dari Abu Darda meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Tiada siang dan malam kecuali Allah SWT mengurniakan kepada hambaNya KeEhsananNya dan sedaqah. Dan tiada keehsanan yg lebih baik daripada berzikir kepadaNya. (HR Tabrani)
Abu Musa r.h. memberitahukan bahawa Rasulullah bersabda : Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati” Bukahri, muslim & al-baihaqi.
Anas r .a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Jika kamu melawat pada kebun-kenun syurga maka rasailah kemewahannya sebaik-baik nya. Seorang (dari para sahabat bertanya): “Apakah kebun syurga itu Ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “MAJLIS ZIKRULLAH”.
AL-QURAN
Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Baginda s.a.w ditanya “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya ?” Rasulullah SAW bersabda “Banyak ingatkan maut dan membaca al-Quran .”
Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaan yang manusia berbangga dengan kemuliaan itu, Sesungguhnya kebanggaan dan kemuliaan umatku ialah al-Quran.” (dipetik dari kitab al-Hilyah).
Hazrat Abu Zar meriwayatkan aku telah berkata, “Wahai Rasulullah, nasihatkanlah saya.”Rasulullah SAW bersabda, “Bertakwalah kepada Allah SWT kerana takwa adalah asas bagi segala amalan.” Saya berkata lagi, “Tambahkan uUtUk saya. “Baginda SAW pun bersabda, “Ambil beratlah untuk membaca al-Quran kerana al-Quran adalah NUR utk kamu di dunia dan bekalan untukmu pada hari kiamat.” (hadith riwayat ibnu Hibban).
Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Seseorang yang Allah SWT telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan Allah S.W.T ) siang dan malam. (Hadith riwayat Bukhari, Tirmizi dan Nissai)
Hazrat ‘Abdul Rahman bin ‘Auf r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,”Tiga perkara akan berada di bawah naungan ‘Arasy Allah SWT pada hari kiamat. Pertama, Al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin. Kedua, Amanah. Ketiga, Tali Persaudaraan (Silaturrahim) yang akan mengisytiharkan, “Ketahuilah, sesiapa yang menghubungkan daku maka Allah SWT akan menghubungkannya (dengan rahmatNya), sesiapa yang memutuskan daku maka Allah SWT akan memutuskannya (daripada rahmatNya).” (Hadith diriwayat dalam kitab Sharhussunnah)
Hazrat ‘Abdullah bin ‘Abbas r.anhuma telah meriwayatkan sabdaan Rasulullah SAW, “Seseorang yang tidak ada sebahagian pun al-Quran dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong.” (Hadith riwayat Tirmizi, Darimi dan Hakim.)
Hazrat Abu Hurairah r.anhuma berkata, “Rasulullah SAW bertanya kepada kami, ‘Apabila salah seorang daripada kamu kembali ke rumah, adakah kamu suka jika mendapat tiga ekor unta betina yang hamil dan besar serta gemuk?’ Kami pun menjawab, ‘Ya.’ Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Tiga ayat yang kamu baca dalam solah adalah lebih baik daripada tiga ekor unta betina yang hamil dan besar serta gemuk.” (Hadith riwayat Muslim)
Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Baginda SAW ditanya “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah S.A.W bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca al-Quran.” (Hadith riwayat Baihaqi)
Hazrat ‘Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaan yang manusia berbangga dengan kemuliaan itu. Sesungguhnya kebanggaan dan kemuliaan umatku ialah al-Quran.” (Dipetik dari kitab al-Hilyah)
Hazrat Abu Zar r.anhuma meriwayatkan aku telah berkata, “Wahai Rasulullah nasihatkanlah saya.” Rasulullah SAW bersabda, “Bertakwalah kepada Allah S.W.T keran takwa adalah asas bagi segala amalan.” Saya berkata lagi, “Tambahkan untuk saya.” Baginda S.A.W pun bersabda, “Ambil berat untuk membaca al-Quran kerana al-Quran adalah ‘nur’ untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu di langit (pada hari kiamat).” (Hadith riwayat Ibnu Hibban.)
Hazrat Mu’az al-Johani r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri yang beramal dengan al-Quran?” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud)
Hazrat Abu Hurairah r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa membaca sepuluh ayat (daripada al-Quran) pada satu malam maka dia tidak akan dikira di kalangan orang yang lalai (daripada mengingati Allah S.W.T )” (Hadith riwayat Hakim dan beliau berkata hadith ini sahih di atas syarat Muslim)
Hazrat ‘Abdul Malik bin ‘Umair rah meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar segala penyakit.” (Hadith riwayat Darimi dan Baihaqi)
Hazrat Ata bin Abi Ribah rah. berkat , “Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” (Hadith riwayat Darimi)
Hazrat ‘Abdullah bin Mas’ud r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa membaca al-Waqi’ah pada setiap malam, kebuluran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya.” ‘Abdullah bin Mas’ud r.anhuma selalu menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam.” (Hadith riwayat Baihaqi)
Hazrat Abu Hurairah r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Ada satu surah dalam al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan memberi syafaat kepada seseorang (pembacanya), sehinggalah dia diampunkan. Surah itu dalah surah Tabarak al-Lazi.” (Hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban dalam sahihnya)
Hazrat Buraidah r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa membaca al-Quran dan dengan al-Quran dia memperoleh sesuatu daripada manusia untuk dimakannya, akan muncul pada hari kiamat, mukanya Cuma bertulang dan tidak berdaging.” (Hadith riwayat Baihaqi dalam kitab Syukbil Iman)
SIFAT KEEMPAT - IKRAMUL MUSLIMIN
Bermaksud memuliakan setiap orang Islam kerana imannya dengan menunaikan hak mereka tanpa menuntut hak daripada mereka].Apabila Allah SWT memuliakan seorang Islam yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia, maka wajarlah (sepatutnyalah) kita memuliakannya. Setiap orang Islam adalah berharga. Orang Islam berharga kerana mereka mempunyai iman. Kita patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah sebesar zarah. Apabila kita dapat memuliakan setiap mereka yang mempunyai iman walaupun imannya hanya sebesar zarah, maka kita akan dapat sifat tawadhuk. Dengan sifat tawadhuk kita akan dapat akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia kita akan dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Apabila kita dapat bersatu hati dan berkasih sayang, maka mudahlah untuk kita menunaikan hak-hak orang Islam.
Melaksanakan segala perintah Allah SWT diantara sesama muslim dgn mengikut cara baginda Rasulullah SAW dgn melihat keadaan dan kedudukan setiap individu muslim.
Allah s.w.t berfirman : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (al-hujuraat ayat 10)
Allah SWT berfirman : Wahai orang-orang yg beriman, Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaipan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yg tersebut) dan tertaqwahlah kamu kepada Allah SWT; sesungguhnya Allah SWT Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Hujuraat ayat 12)
Dari Abdullah r.a meriwayatkan bahawa beginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat takabbur. (HR Baihaqi)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jika seseorang menghilangkan satu dari kesusahan seseorang di dunia ini, Allah SWT akan menghilangkan satu kesusahan darinya pada hari akhirat. Dan jika seseorang menyembunyikan satu kesalahan seorang muslim, Allah SWT akan menyembunyikan kesalahan-kesalahannya diakhirat, Allah SWT tetap membantu seorang selagi dia membantu saudaranya. (hr Musnad Ahmad)
Dari Ibnu Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW datang kepada 2 kubur dan bersabda: Penghuni dari kedua kubur ini sedang disiksa tetapi bukan kerana dosa besar (yang susah untuk dihindari). Yang pertama kerana tidak menjaga dirinya dari percikan air kencing dan sebahagian yang lain disiksa kerana sentiasa memfitnah (HR Bukhari)
Dari Anas bin Abdul Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku diangkat (pada malam mi’raj) kelangit, aku melintasi segolongan manusia yang tangannya berkuku tembaga dan mereka mencakar muka dan dada mereka. Aku bertanya kepada Jibrail : Siapakah mereka ini? Dia menjawab: Mereka selalu memakan daging manusia dengan memfitnah dan mengumpat orang. (HR abu daud)
Dari Abu Said r.a dan Jabir Bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabdah: Mengumpat adalah lebih buruk dari zina. Para sahabat r.hum bertanya: wahai rasulullah bagaimana mengumpat itu lebih buruk dari zina? Baginda SAW menjawab: seorang yang berzina boleh memohon ampun, maka Allah mengampunkannya, tetapi orang yang diumpat, apabila dia tidak memaafkan orang yang mengumpat, maka pengumpat tetap berdosa. (hr baihaqi)
HADIS 2 M/S472
Dari Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah SAW melihat kearah kaabah lantas bersabda : (Dengan rasa ta’ajjub) Laa ilaha illallah. (Wahai Kaabah!) Betapa sucinya engkau! Betapa wanginya bauanmu, dan betapa tingginya kehormatamu (tetapi) kehormatan seorang mukin adalah lebih tinggi daripada kehormatanmu, Sesungguhnya Allah SWT menjadikanmu dengan penuh kehormatan, (begitu juga) dengan harta seorang mukmin, darahnya dan kehormatannya yang tinggi dan patut dimuliakan. (oleh kerana itu) maka haram seseorang itu bersangka buruk kepada seorang muslim yang lain. (HR Tabrani)
HADIS 45 M/S491
Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Aku menjamin sebuah tempat tinggal dipinggir syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran walaupun dia benar, dan tempat tinggal ditengah syurga bagi orang yang meninggalkan bohong, walaupun hanya sekadar melucu. Dan sebuah tempat tinggal di syurga yang tinggi bagi mereka yang memperbaiki akhlaknya. (HR Abu Daud)
HADIS 46 M/S491
Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa bertemu dgn saudaranya yg Islam dgn gembira sebagaimana yg Allah SWT suka, maka dia akan digembirakan oleh Allah SWT pada hari Kiamat. (HR Tabrani)
HADIS 47 M/S491
Dari Abdullah bin Umar r.a berkata : Aku mendengar bahawa baginda Rasulullah SAW berdabda : Orang Islam yang mangamalkan syariat, menjaga kemuliaan dirinya, dan akhlaknya akan memperolehi darjatnya sebagai org yg banyak berpuasa dan beribadat membaca Al-Qur’an diwaktu malam (HR Musnad Ahmad)
HADIS 56 M/S494
Dari Umar r.a berkata : Aku mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda : Barangsaipa merendahkan diri kepada Allah SWT maka Allah SWT akan meninggikan darjatnya. Mereka ini sentiasa melihat dirinya kecil tetapi pada pandangan orang lain dia adalah besar. Barangsiapa berlagak sombong Allah SWT akan manjatuhkannya dan hilang rasa hormat orang terhadapnya. Mereka ini merasa dirinya besar, tetapi orang lain mengira dia lebih buruk daripada anjing atau babi. (HR Baihaki)
HADIS 57 M/S494
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga . (HR Muslim)
HADIS 66 M/S497
Dari Anas r.a meriwayatkan, aku berkhidmat kepada Rasulullah SAW di Madinah selama 10 tahun. Aku seorang yang belum dewasa, sebab itu semua layananku tidak sesuai dengan kesukaannya (kerana usiaku yang masih muda, banyak kesalahan yang aku lakukan selama 10 tahun ini). Meskipun begitu tidak pernah Nabi SAW berkata “uff” kepadaku @ berkata kenapa “buat begini!” atau “kenapa ini tidak dibuat?” (HR Abu Daud)
HADIS 67 M/S498
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW : Ya Rasulullah berilah wasiat kepadaku “ baginda Rasulullah SAW bersabda Jangan kamu marah!”. Lelaki itu mengulangi beberapa kali. Nabi s.a.w tetap menjawab : Jangan kamu marah!” (HR Bukhari)
HADIS 68 M/S498
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : Seorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas (pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah. (HR Bukhari)
HADIS 69 M/S498
Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepada kami : Apabila marah salah seorang daripada kamu dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk. Jika marahnya reda dengan duduk adalah baik, sekiranya tidak maka hendaklah dia berbaring. (HR Abu Daud)
HADIS 70 M/S499
Dari Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : Ajarkanlah agama kepada orang lain, berilah khabar gembira & jangan susahkan mereka. Dan apabila marah salah seorang daripada kamu hendaklah kamu diam. (HR Musnad Ahmad)
HADIS 71 M/S499
Dari Atiah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan & syaitan diciptakan daripada api & api dipadamkan dengan air, oleh itu apabila marah salah seorang daripada kamu, maka hendaklah berwudhu’.(HR Abu Daud)
HADIS 72 M/S499
Dari Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : Tiada satu tegukan yang ditelan oleh seorang hamba yg disukai oleh Allah drpd satu tegukan marah. Dia menelan kemarahan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. (HR Ahmad)
HADIS 73 M/S499
Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa utk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah SWT akan memanggilnya dihadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai. (HR Abu Daud)
HADIS 74 M/S500
Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa menutup mulutnya Allah SWT akan menutup keburukannya dan barangsiapa menelan kemarahannya maka Allah SWT akan menghindarkan dirinya dari azab, dan barangsiapa menyesal drpd dosa-dosanya dan memohon ampun kpd Allah SWT maka Allah SWT akan menerima pengampunannya. (HR Baihaki)
HADIS 77 M/S501
Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa luput drpdnya sifat lemah lembut dia adalah luput dari (segala) kebaikan . (HR Muslim)
HADIS 78 M/S501
Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda ; Barangsiapa diberi (oleh Allah) sebahagian dari sifat lemah lembut dia telah menerima kebaikan didunia dan diakhirat. Dan barangsiapa luput sebahagian dari sifat lemah lembut, maka dia telah kehilangan sebahagian dari kebaikan didunia dan di akhirat. (Syarah sunah)
HADIS 79 M/S501
Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yg berlaku lemah lembut kpd ahli keluarganya, kelembutan itu akan memberi menafaat kepada ahli keluarganya. (Sabaliknya) barangsiapa yang tidak berlemah lembut terhadap ahli keluarganya mudharat dan keburukan akan sampai kepadanya. (HR Baihaki, Mishkat)
HADIS 83 M/S503
Dari Suhaib r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : ‘Pelik’ bagi setiap perkara yang berlaku kepada orang mukmin. Kerana semua perkara yang berlaku membawa kebaikan. Dan ini tidak akan berlaku kepada siapapun kecuali kepada orang mukmin sahaja. Jika dia menerima kegembiraan dia bersyukur maka baginya ganjaran kebaikan, dan sekiranya dia ditimpa musibah atau kesusahan dia akan bersabar, maka ia juga manjadi sebab kebaikan kerana darinya akan mendapat ganjaran. (HR Muslim)
HADIS 86 M/S503
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat. (HR Ibn Hibban)
SIFAT KELIMA – IKHLAS NIAT
Bermaksud melakukan setiap amalan hanya untuk mendapatkan keredhaan (yang disukai) Allah SWT dengan menunaikan perintah atau meninggalkan laranganNya. Walaupun Allah SWT menjanjikan bagi setiap amalan pahala, syurga, keampunan atau bantuanNya, namun kita tidak beramal untuk mendapatkan perkara itu. Kita hendaklah yakin dengan janji-janji Allah SWT serta membayangkannya ketika beramal tetapi niat kita hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kita hendaklah membayangkan janji-janji Allah SWT ketika beramal agar amal itu dapat dilaksanakan dengan penuh keghairahan dan kesungguhan. Amalan yang dibuat dengan penuh keghairahan adalah lebih baik mutunya daripada amal yang dibuat tanpa keghairahan.
Ikhlas adalah nama lain bagi iman. Semakin kuatnya iman, maka semakin kuatlah ikhlas. Untuk mendapatkan ikhlas, kita perlu mendapatkan iman yang kuat. Untuk memperkuatkan iman, kita perlu membuat kerja Nabi s.a.w. dengan cara Nabi s.a.w.
Untuk mempastikan setiap amalan yang kita lakukan itu ikhlas, maka kita hendaklah memeriksa niat kita di permulaan, di pertengahan dan di akhir setiap amalan.
Menyempurnakan Perintah Allah semata-mata utk mendapat redha Allah Taala.
Firman Allah : Berbelanjalah semata-mata utk mendapat redha Allah Taala. (al-baqarah : 272)
Firma Allah : Barangsiapa menginginkan balasan atas amalan di dunia ini, kami akan berikannya di dunia ini (dan tidak ada balasan utknya di akhirat nanti). Dan sesiapa menginginkan balasan akhirat, kami akan memberinya balasan di akhirat (dan di dunia juga) Dan kami dgn segera akan memberi balasan kpd org yg bersyukur, Yakni kami akan memberi balasan dgn segera kpd org yg beramal dgn berniat utk mdpt pahala di akhirat. (ali Imran : 145)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu (hr muslim)
Dari Umar r.a. berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Asas kesemua amalan bergantung kepada niat. Seseorang itu hanya akan mendapat apa yg telah dia niatkan. Maka sesiapa yg telah berhijrah krn Allah & RasulNya (& tidak mempunyai tujuan lain) maka hijrahnya itu utk Allah & RasulNya (Yakni dia akan mendapat pahala hijrahnya) Dan sesiapa berhijrah krn tujuan kedunian atau utk menikahi mana2 wanita maka (hijrahnya itu bukan utk Allah & RasulNya bahkan) atas tujuan apa dia berhijrah yg selain dari itu, (disisi Allah juga ) sebagaimana yang ia niatkan. (HR Bhkhari)
SIFAT KEENAM – DAKWAH DAN TABLIGH
Untuk berjalan di jalan Allah kita perlu berfikir bagaimana hendak menyampaikan dakwah (tabligh) kepada diri keluarga dan umat seluruh alam sehingga bayi yang lahir pada Hari Kiamat dapat selamat dari Neraka dan masuk Syurga Allah].
Di dalam surah At-Taubah ayat 111 Allah SWT berfirman,
maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga."
At-Taubah ayat 111.
Allah SWT telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka syurga. Allah SWT ingin agar diri dan harta kita digunakan untuk membuat kerja Nabi s.a.w., ibadat, akhlak, membantu mereka yang miskin juga dalam kesusahan dan untuk keperluan diri sendiri. Diri dan harta hendaklah digunakan paling utama untuk memenuhi keperluan agama. Kita hendaklah melihat di seluruh dunia, di mana orang Islam berada di pinggir kekafiran dan kemurtadan. Di mana dunia umat Islam dilanda mala petaka, menunjukkan di situ banyak perintah-perintah Allah SWT yang telah ditinggalkan. Kita hendaklah bersedia melapangkan masa, dan berkorban diri dan harta untuk menziarahi umat Islam di sana dan mengajak mereka kepada usaha memperbetulkan iman dan amal. Apabila iman dan amal umat Islam di sana menjadi baik, maka kemurkaan Allah SWT akan terangkat dan Allah SWT akan menurunkan rahmat dan bantuannya. Untuk maksud memenuhkan keperluan agama di negara kita dan di seluruh dunia, maka kita hendaklah melapangkan masa pada setiap tahun selama empat 4 bulan atau empat puluh 40 hari. Baki waktu di dalam setahun, kita hendaklah melapangkan masa untuk memenuhi keperluan agama di tempat kita dengan melakukan lima 5 amalan
Cara
1.Sampaikan maksud, kelebihan dan bercerita mengenai hadis yang berkaitan,
2.Buat 5 amal masjid
(i) setiap bulan kita melapangkan masa tiga hari untuk mengajak orang Islam kepada usaha membetulkan iman dan amal
(ii) membuat dua 2 usaha ziarah seminggu untuk menjemput orang Islam di kawasan kita kepada majlis yang menerangkan faedah dan keuntungan mengamalkan agama yang dibuat di masjid kita dan di masjid jiran
(iii) membuat dua halkah Taalim Fadhail setiap hari yang dibuat di masjid selepas satu waktu solat dan satu lagi dibuat di rumah
(iv) mengadakan mesyuarat, sekali setiap hari di masjid yang bermaksud memikirkan keperluan agama di kawasan kita, di bandar dan di seluruh dunia
(v) melapangkan masa pada setiap hari selama 8 jam atau paling kurang 2 1/2 jam memakmurkan masjid dan memperbetulkan iman serta mengutamakan usaha meningkatkan iman dengan menziarahi jiran ketua keluarga orang Islam dari rumah ke rumah dan berpesan kepada mereka akan hakikat kalimah iman Laailahaillallah. Baki waktu kita, bolehlah digunakan untuk mengadakan halkah taalim, bersolat, membaca Al-Quran, berzikir atau bermesyuarat.
BERUSAHA MENGHIDUPKAN USAHA RASULULLAH S.A.W UTK MEMBETULKAN YAKIN DAN AMALAN MASING2 DAN UTK MEMBAWA MANUSIA KPD YAKIN DAN AMALAN YG SAHIH.
Friman Allah : “Kamu (wahai umat Muhammad) adlh sebaik-baik umat y telah dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara y baik dan melarang drpd segala perkara y salah (buruk & keji)”
(Ali-Imran : 110)
Firman Allah s.w.t : Wahai org2 yg beriman! Selamatkan diri mu dan ahli keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya ialah manusia dan batu2, diatasnya ada ditetapkan beberapa org malaikat yg berhati keras dan gagah yg tidak engkar kpd Allah s.w.t dlm apa sahaja yg telah diperintahkan dan mereka akan melakukan apa sahaja yg telah diarahkan.
(At Tahrim ayat 6)
1. Tiada perkataan yg lebih baik (al-fussilat : 33)
Ertinya : Siapakah yg lebih baik perkataannya drpd org yg menyeru kpd Allah, mengerjakan amal yg salih & berkata : “Sesungguhnya aku termasuk org2 yg menyerah diri?”
2. Allah bukakan jalan2 hidayat (al-An kabut : 69)
Ertinya : Dan org2 yg berjihad utk (mencari keredaan) Kami, benar2 akan ditunjukkan kpd mereka jalan2 Kami. Dan sesungguhnya Allah benar2 berserta org2 yg berbuat baik.
3. Peringatan berguna bagi org yg beriman (Az-Zariyat : 55)
Ertinya : Dan tetaplah memberi peringatan, krn sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bg org2 yg beriman.
4. Pernigaan yg tiada ruginya (as-saff : 10-13) hafal satu surah as-saff 14 hayat)
Ertinya : Hai orang2 yg beriman, mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yg dpt menyelamatkan kamu dari azab yg pedih?
Iaitu kamu beriman kpd Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dgn harta dan jiwamu. Itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.
Nascaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu kdlm syurga yg mengalir di bawahnya sungai2 & memasukkan kamu) ke tempat tinggal yg baik di dlm syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar.
4. Kerja nabi/jalan nabi (Yusuf : 108)
Ertinya : Katakanlah : “Inilah jalan (agama)ku, aku dan org2 yg mengikutiku mengajak (kamu) kpd Allah dgn hujah yg nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.”
Harap semua dapat buat azam insha Allah
untuk bawa 6 sifat ini dalam diri kita
dan
dapat pasang niat dan azam
untuk keluar 3 hari / 40 hari / 4 bulan.
untuk belajar-belajar
masukkan 6 sifat ini dalam kehidupan.
Saya sedia,tuan sedia.
Insha Allah..
Wallahu a'lam.

Labels:
6 sifat sahabat,
dakwah sahabat,
Iman,
Islam,
Sahabat
Tuesday, February 1, 2011
Kedahsyatan dan Kengerian Hari Kiamat
Bismillah..
Subhanallahi Wa Bihamdihi.
Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata: "Saya tanya kepada Rasullullah s.a.w., Apakah yang cinta itu ingat pada kekasihnya pada hari kiamat?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Adapun ditiga tempat (masa) maka tidak ingat iaitu ketika ditimbang amal sehingga diketahui apakah ringan atau berat, ketika menerima lembaran catatan amal (suhuf) sehingga ia terima imma dari kanan atau dari kiri dan ketika keluar dari neraka ular naga lalu mengepung mereka dan berkata "Aku diserahi tiga macam: Orang mempersekutukan Allah s.w.t. dengan lain Tuhan, dan orang yang kejam, penentang, zalim dan orang yang tidak percaya pada hari kiamat (hisab), maka diringkus semua orang-orang yang tersebut itu lalu dilemparkan semuanya dalam neraka jahannam, dan diatas neraka jahannam itu ada jambatan yang lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang, sedang dikanan kirinya bantolan dan duri-duri, sedang orang-orang yang berjalan diatasnya ada yang bagaikan kilat, dan bagaikan angin kencang, maka ada yang selamat, dan ada yang luka terkena bantolan duri, dan ada yang terjerumus muka kedalam neraka."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Diantara dua kali tiupan sangkakala itu jarak empat puluh tahun (Tiupan untuk mematikan dan membangkitkan semula). Kemudian Allah s.w.t. menurunkan hujan air bagaikan mani orang lelaki, maka timbullah orang-orang mati bagaikan timbulnya tanaman (sayur-sayuran)."
Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan." Saya bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi: "Bagaimana besarnya?" Rasullullah s.a.w. menjawab: "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar bulatannya itu seluas langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali iaitu pertama Nafkhatul faza' (untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan) dan Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."
Dalam riwayat Ka'ab hanya dua kali tiupan, iaitu mematikan dan membangkitkan. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa yauma yunfakhu fafazi'a man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah (Yang bermaksud) Dan pada hari ditiup sangkakala maka terkejut takut semua yang dilangit dan yang dibumi, kecuali yang dikehendaki oleh Allah. (Surah Annamel : 87)
Dan pada saat itu tergoncangnya bumi, dan manusia bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya dan yang meneteki lupa terhadap bayinya, dan anak-anak segera beruban dan syaitan-syaitan laknatullah berlarian. Maka keadaan itu berlaku beberapa lama kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala kedua.
Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa nufikhafishshuri fasha'iqa man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah. Tsumma nufikha fihi ukhra fa idza hum qiyamun yandhurun. (Yang bermaksud) Dan ketika ditiup sangkakala maka matilah semua yang dilangit dan bumi kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup lagi, tiba-tiba mereka bangun dan melihat. (Surah Azzumar : 68)
Mereka yang dikecualikan itu ialah roh orang-orang yang mati syahid, Jibrail, Mika'il, Israfil dan Hamalatul arsyi serta Malaikatmaut, sehingga ketika ditanya oleh Allah s.w.t: "Siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?" Padahal Allah s.w.t. lebih mengetahui. Jawab Malaikatmaut: "Ya Tuhan, Engkau yang hidup, yang tidak mati, tinggal malaikat Jibril, Mika'il, Israfil, Hamalatul arsyi dan aku." Maka Allah s.w.t. menyuruh Malaikatmaut mencabut roh mereka.
Riwayat Muhammad bin Ka'ab dari seorang dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Harus mati Jibril, Mika'il, Israfil dan juga Hamalatul arsyi." Kemudian Allah s.w.t. bertanya: "Hai Malaikulmaut, siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?" Jawab Malaikulmaut: "Engkau Dzat yang hidup yang tidak akan mati, tinggal hambamu yang lemah, Malikulmaut." Firman Allah s.w.t.: " Hai Malaikulmaut, tidakkah kau mendengar firmanKu: "kullu nafsin dza'iqatul maut. (Yang bererti) Tiap makhlukKu, Aku jadikan engkau untuk tugasmu itu, dan kini matilah engkau." Maka matilah Malaikulmaut diperintah mencabut nyawanya sendiri, maka ia sendiri, tiba-tiba ia menjerit, yang andaikata waktu itu makhluk lain masih hidup nescaya mereka semua akan mati kerana jeritan Malaikulmaut itu, lalu ia berkata: "Andaikan saya mengetahui bahawa pencabutan roh itu seberat ini nescaya aku akan lebih lunak ketika mencabut roh-roh orang mukmin." Kemudian matilah Malaikulmaut dan tiada tinggal satupun dari makhluk Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada dunia yang rendah ini: "Dimanakah raja-raja dan putera-putera raja, dimanakah raksasa-raksasa dan putera-putera raksasa yang makan rezekiKu tetapi menyembah lainKu." Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Limanil mulkil yaum? Lillahilwahidil qahhar." (Yang bermaksud) Siapakah yang mempunyai hak milik pada hari ini?. Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab, maka Allah s.w.t. sendiri menjawab: "hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa segala sesuatu."
Kemudian Allah s.w.t. menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki selama empat puluh hari, sehingga air telah mengenang diatas segala sesuatu setinggi hasta, maka Allah s.w.t. menumbuhkan makhluk bagaikan tumbuhnya sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya sebagaimana semula dahulu, kemudian Allah s.w.t. menyuruh (berseru): "Hiduplah hai Israfil dan Hamalatularsyi." Maka hiduplah mereka. Lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya, lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniupnya untuk membangkitkan, maka keluarlah roh-roh bagaikan lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan bumi, lalu masuklah roh itu kedalam jasad didalam hidung, maka bumi mengeluarkan mereka.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Saya pertama orang yang keluar dari bumi." Dalam lain hadis: "Sesungguhnya Allah s.w.t. jika telah jika telah menghidupkan Malaikat Jibrail, Mika'il, Israfil, maka mereka pergi kekubur Nabi Muhammad s.a.w. membawa buraq dan perhiasan-perhiasan syurga, maka terbuka bumi untuk Baginda Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat Jibril segera bertanya: "Ya Jibril, bagaimana ummatku? (Apakah yang diperbuat oleh Allah s.w.t. terhadap ummatku?) Jawab Jibril: "Terimalah khabar gembira, kerana kau pertama yang kuluar dari bumi." Kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala, tiba-tiba serentak mereka bangkit melihat keadaan.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Maka keluarlah mereka dari kubur mereka dalam keadaan telanjang bulat, menuju kepada Tuhan mereka , kemudian berhenti disuatu tempat selama 70 tahun, Allah s.w.t. membiarkan mereka, tidak melihat atau memutuskan keadaan mereka, mereka menangis sehingga habis air mat, dan mengeluarkan darah dan peluh sehingga banjir sampai kemulut, kemusian mereka dipanggil ke Mahsyar, mereka keburu-buruan menuju panggilan itu, maka apabila telah berkumpul semua makhluk, jin, manusia dan lain-lainnya, tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit, maka terbuka langit dunia dan turun daripadanya sepenuh penduduk bumi dari para Malaikat, dan mereka langsung berbaris, lalu bertanya: "Apakah ada diantara kamu yang membawa perintah Tuhan untuk hidab?" Dijawab: "Tidak ada." Kemudian turun ahli langit kedua dan berbaris pula, kemudian turun prnduduk langit ketiga, dan seterusnya sampai langit ketujuh, masing-masing berlipat dari yang sebelumnya dan semua Malaikat itu melindungi penduduk bumi."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. akan menyuruh langit dunia maka terbelah dan mengeluarkan semua Malaikat yang ada didalamnya, maka turun semuanya dan mengepung bumi dengan apa yang ada dibumi, kemudian langit kedua dengan isinya, kemudian yang ketiga dengan isinya, kemudian keempat dengan isinya, kemudian kelima dengan isinya, kemudian keenam dengan isinya sehinggalah merupakan tujuh barisan Malaikat, setengahnya dikepung oleh setangahnya, sehingga penduduk jika pergi kemana sahaja mereka mendapati tujuh berisan Malaikat itu seperti mana firman Allah s.w.t.: "Ya ma'syaral jinni wal insi inis tatha' tum an tanfudzu min aqtharissamawati wal ardhi fan fudzu la tanfudzuna illa bisulthan." (Yang bermaksud) "Hai para jin dan manusia jika kamu dapat menembus langit dan bumi, maka silakan menembusnya. Dan kamu tidak akan menembusnya kecuali dengan kekuatan."
Firman Allah s.w.t. lagi: "Wayauma tasyaqqaqussama'u bil ghomami wanuzzilal malaikatu tanzila." (Yang bermaksud) "Dan pada hari terbelahnya langit dengan awan, dan diturunkan para Malaikat dengan seketika."
Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman: "Hai para jin dan manusia, aku nasihatkan kepadamu, sesungguhnya yang tercatat dalam lebaran hanya amalmu sendiri, kerana itu siapa yang mendapatkan didalamnya kebaikan, hendaklah mengusapkan : Alhamdulillah dan siapa yang mendapat lain dari itu, maka jangan menyalahkan yang lain kecuali dirinya sendiri. Kemudian Allah menyuruh jahannam, maka keluar daripadanya binatang yang panjang mengkilat gelap lalu berkata-kata. Maka Allah berfirman: "Alam a'had ilaikum ya bani Adama alla ta'budusy syaithana innahu lakum aduwwun mubin. Wa ani'buduni hadza shiraatum mustaqim. Walaqad a adholla minkum jibilla katsiera afalam takuni ta'qilun. Hadzihi jahannamullati kuntum tu'aduun. Ish lauhal yauma bima kuntum takfurun. (Yang bermaksud) Tidak Aku telah berpesan kepadamu: Jangan menyembah syaitan, sesungguhnya ia musuhmu yang nyata-nyata. Dan sembahlah Aku. Inilah jalan yang lurus. Dan ia telah menyesatkan ummat-ummat yang banyak dari kamu. Apakah kamu tidak berakal (berfikir) dan menyedarinya. Inilah neraka jahannam yang telah diancamkan (Peringatan) kepadamu. Masuklah kamu kini, oleh sebab kekafiranmu."
Maka pada saat itu bertekuk lutut tiap-tiap ummat, sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wa tara kulla ummatin jatsiyatan kullu ummatin tud'a ila kitabiha." (Yang bermaksud) Disini kamu melihat tiap-tiap ummat (orang) bertekuk lutut, tiap ummat dipanggil untuk menerima suratan amalnya." Lalu Allah s.w.t. memutuskan pada semua makhlukNya. Dan antara binatang-binatang buas atau ternak, sehingga kambing-kambing yang tidak bertanduk diberi hak membalas kambing yang bertanduk, kemudian diperintahkan menjadi tanah semua binatang-binatang itu. Dan disaat itu orang kafir berkata: "Aduh sekiranya aku menjadi tanah." Kemudian Allah s.w.t. memutuskan antara semua hambaNya.
Nafi' dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Manusia akan dibangkitkan kembali kepada Tuhan pada hari kiamat, sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang bulat. Siti Aisyah berkata: "Laki perempuan berkumpul ya Rasullullah? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya." Siti Aisyah berkata: "Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat setengah pada setengahnya." Nabi Muhammad s.a.w. sambil memukul bahu Aisyah bersabda: "Hai puteri dari putera Abu Quhafah, kesibukan orang-orang pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu, orang-orang pada mengarahkan pandangan kelangit, berdiri selama empat puluh tahun tidak makan, tidak minum, ada yang berpeluh sampai tumit, sampai betis, sampai perut dan ada sampai mulut, kerana lamanya berhenti, kemudian berdiri para Malaikat mengelilingi arsy, lalu Allah s.w.t. menyuruh menyeruan nama fulan bin fulan, maka semua yang hadir melihat-lihat orangnya, lalu keluar prang itu untuk menghadapi Tuhan Rabbul A'alamin. Dan bila telah melihat Rabbul A'alamin dipanggil orang-orang yang pernah dianiaya oleh orang itu untuk diberikan dari hasanat kebaikannya kepada orang-orang yang teraniaya itu, kerana pada saat itu tidak ada pembayaran dengan mas, perak (dinar, dirham), maka orang-orang selalu menagih sehingga habis hasanatnya, maka diambilkan dari dosa-dosa orang-orang yang dianiaya itu untuk dipikulkan kepadanya, kemudian jika selesai semua maka diperintahkan: "Kembali ketempatmu dalam neraka hawiyah (jahannam) kerana pada hari ini tidak ada dhulum." (penganiyaan), sesungguhnya Allah amat segera perhitunganNya. Maka pada saat itu tidak ada seorang Malaikat yang muqarrab atau Nabi Rasul melainkan merasa bahawa tidak akan selamat, kecuali jika mendapat perlindungan Allah s.w.t."
Mu'adz bin Jabal r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Laa tazulu qadamaa abdin hatta yus'ala an arba. An umrihi fima afnaahu wa'an jasadihi fima ablaahu wa'an ilmihi ma amila bihi wa'an maalihi min aina iktasabahu wafima anfaqahu. (Yang bermaksud) Tidak dapat bergerak kaki seorang hamba sehingga ditanya tentang empat: Umurnya digunakan apa sampai habis. Dan badannya dalam apa ia rosakkan. Dan ilmunya apa ia pergunakan (apakah diamalkan). Dan hertanya dari mana ia dapat dan kemana ia keluarkan.
Ikrimah berkata: Seorang ayah akan memegang anaknya pada hari kiamat dan berkata: "Saya ayahmu ketika didunia." Maka anak itu memuji kebaikannya lalu ayah itu berkata: "Hai anak, kini saya berhajat kepada hasanatmu yang sekecil dzarrah, kalau-kalau saya dapat selamat dengan itu dari apa yang kau lihat ini." Jawab anaknya: "Saya juga takut dari apa yang kau takutkan itu kerana itu tidak dapat memberikan kepadamu sedikitpun." Lalu pergi kepada isterinya dan berkata kepadanya: "saya dahulu suamimu didunia." Maka dipuji oleh isterinya, lalu berkata: "Saya ini minta kepadamu satu hasanat, kalau-kalau saya boleh selamat dari apa yang kau lihat ini." Jawab isterinya: "saya juga takut dari itu terhadap diriku seperti engkau." Sepertimana firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wain tad'u muts qalatun ila himliha laa yuhmal minhu syai'un walaukaana dza qurba." (Yang bermaksud) "Dan orang keberatan pikulannya itu jika memanggil lain orang untuk memikulkan sebahagian tidak akan dipikulkan sedikitpun, meskipun yang dipanggil itu kerabat yang dekat."
Ibn Mas'ud berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang berbunyi: "Innal kafir layul jamu biaroqihi walau ilaannar. (Yang bermaksud) Orang kafir akan tenggelam dalam peluhnya kerana lamanya hari itu sehingga ia berdoa: "Ya Tuhan, kasihanilah aku, meskipun masuk kedalam neraka."
Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiada seorang nabi melainkan ia mempunyai doa yang mustajab, dan semuanya sudah menggunakan doa itu didunia, sedang saya masih menyimpan doa itu, untuk saya gunakan sebagau syafa'at bagi ummatku pada hari kiamat. Ingatlah bahawa sayalah yang terkemuka dari semua anak Adam dan itu bukan bangga, dan saya juga yang pertama bangkit dari bumi, juga bukan kerana bangga, dan panji Alhamd ditanganku pada hari kiamat yang dibawahnya ada Adam dan anak cucunya, juga tidak bangga dengan itu. Pada kiamat kesukaran dan kerisauan manusia akan bertambah dahsyat sehingga mereka datang pada Nabi Adam a.s. dan berkta: "Hai Abulbasyar (Ayah dari semua manusia), berikan syafa'atmu (bantuanmu) bagi kami dengan minta Tuhan, supaya segera menyelesaikan kami ini. Jawab Adam: "Itu bukan bagian saya, saya telah diusir keluar dari syurga kerana dosaku, dan kini aku tidak memikirkan sesuatu kecuali diriku sendiri, lebih baik kamu pergi kepada Nuh a.s. kerana ia sebagai Nabi yang pertama. Maka mereka pergi kepada Nuh dan berkata: "Tolonglah kamu mintakan kepada Tuhan supaya lekas membebaskan kami." Jawab Nabi Nuh a.s.: "Bukan bagianku, saya telah mendoakan penduduk bumi sehingga tenggelam semuanya, dan kini tidak ada yang aku fikirkan kecuali diriku sendiri, tetapi kamu lebih baik pergi kepada Nabi Ibrahim a.s. Khalilullah. Maka pergilah mereka kepada Nabi Ibrahim a.s. dan berkata: "Tolonglah kami disisi Tuhan supaya segera memutuskan urusan kami." Jawab Nabi Ibrahim a.s: "Itu bukan urusanku sebab saya telah dusta tiga kali. Rasulullah s.a.w. bersabda: " keriga-tiganya itu kerana mempertahankan agama Allah iaitu ketika ia diajak keupacara kaumnya, lalu ia menyatakan: "Inni saqiem (Sesungguhnya saya sakit), kali kedua ketika berkata: "Bal fa'alahu kabiruhum hadza." (Yang bermaksud) "Bahwa yang merosakkan berhala-berhala ini hanya ini lah yang terbesar dan kali ketiga ketika isterinya akan diganggu oleh Raja yang zalim, lalu ia berkata: "ini saudaraku." kerana itu kini tidak ada sesuatu yang merisaukan hatiku kecuali bagaimana nasibku, tetapi kamu pergi kepada Musa a.s sebagai Kalimullah yang langsung mendengar firman-firman Allah. Maka mereka langsung pergi kepada Nabi Musa a.s. dan berkata: "Tolonglah kami, gunakan syufa'atmu untuk mengadap Tuhan supaya menyelesaikan urusan kami ini." Jawab Nabi Musa a.s.: "Itu bukan urusanku, saya pernah membunuh orang tanpa hak, dan kini aku tidak memikirkan kecuali nasib diriku, tetapi kamu pergi kepada Nabi Isa a.s. Ruhullah dan Kalimatullah." Maka segera mereka pergi kepada Nabi Isa a.s dan berkata: "Berilah jasa syafa'atmu. mintalah kepada Tuhan supaya segera meringankan penderitaan kami ini." Jawabnya: "Saya telah diangkat bersama ibuku oleh orang-orang sebagai Tuhan, dan kini tidak ada sesuatu yang merisaukan aku kecuali urusanku sendiri, tetapi bagaimana pendapatmu kalau ada barang terbungkus dan ditutup, apakah dapat mencapai barang itu jika tidak dibuka penutupnya?" jawab mereka: "Tidak.' Maka ia berkata: "Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. itu penutup dari semua nabi-nabi, dan Allah telah mengampunkan baginya apa yang lalu dan yang kemudian, lebih baik kamu pergi kepadanya.Maka datanglah orang-orang itu kepadaku, lalu saya jawab kepada mereka: "Baiklah, sayalah yang akan membantu sehingga Allah mengizinkan bagi siapa yang dikehendakinya dan diredhainya, maka tinggal sekehendak Allah." Kemudian bila Allah hendak menyelesaikan makhlukNya, maka ada seruan: "Dimanakah Muhammad dan ummat-ummatnya?" Maka kamilah yang terakhir didunia, dan yang pertama-tama hisabnya pada hari kiamat. Lalu aku berdiri bersama ummat-ummatku, maka ummat-ummat itu membukakan jalan untuk kami, sehingga ada suara, hampir saja ummat ini semuanya merupakan nabi-nabi, kemudian aku maju kepintu syurga dan mengetukmnya, lalu ditanya: "Siapakah itu?" Jawabku: "Nabi Muhammad Rasullullah." Lalu dibukakan dan segera aku masuk dan bersujud kepada Tuhan serta memuja muji kepada Tuhan dengan pujian yang belum pernah diucapkan oleh seorang pun sebelumku, kemudian aku diperintah: Irfa' ra'saka wa qul yusina' wasai tu'tha, wasy fa tusyaffa." (Yang bermaksud) Angkatlah kepalamu, dan katakan akan didengar, dan mintalah akan diberikan syafa'atmu akan diterima.". Maka saya memberikan syafa'atku pada orang-orang yang didalam hatinya ada seberat semut (dzarrah) atau jagung dari iman keyakinan disamping syahadat an la ilaha illallah wa anna Muhammad Rasulullah."
Umar bin Alkhoththob r.a. ketika masuk kemasjid bertemu dengan Ka'bul Ahbar sedang memberikan nasihat pada orang ramai, maka Umar berkata kepadanya: "Berilah kami nasihat dan cerita-cerita yang dapat menambahkan takut kepada Allah s.w.t." Maka Ka'bul Ahbar berkata: "Sesungguhnya ada Malaikat-malaikat yang dijadikan oleh Allah s.w.t. berdiri tegak tidak pernah membongkokkan punggung mereka, dan yang lain sujud tidak pernah mengangkat kepalanya sehingga ditiup sangkakala, dan mereka bertasbih: Subhanakallahumma wabihamdika ma abadnaaka haqqa ibadatia wa haqqa ma yanbaghi laka an tu'bada. (Yang bermaksud) Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, kami tidak dapat beribadat kepadaMu sepenuh ibadat yang layak kepadaMu, yang layak bagiMu untuk disembah. Demi Allah yang jiwaku ada ditangannya, neraka jahannam akan diperdekatkan pada hari kiamat lalu bergemuruh dan bila telah dekat ia bergemuruh dengan satu suara dan disaat itu tidak ada seorang nabi atau orang yang mati syahid melainkan ia bertekuk lutut jatuh, maka tiap nabi, syahid atau siddiq hanya berdoa: "Ya Allah, saya tidak minta kecuali keselamatan diriku sehingga nabi Ibrahim lupa pada Ismail dan Ishak sambil berkata: "Ya Tuhan, aku khalilullah Ibrahim, dan pada saat itu andaikan engkau, hai putera Khoththob mempunyai seperti amal tujuh puluh nabi, nescaya kau mengira bahawa dirimu tidak akan selamat." Maka menangislah semua yang hadir.
Ketika Umar melihat keadaan itu, lalu Umar berkata: "Hai Ka'ab, berikan kepada kami khabar yang menggembirakan." Maka berkata Ka'ab: Sesungguhnya bagi Allah s.w.t. ada 313 syari'ah, tidak seorang yang menghadap kepada Allah s.w.t. dengan salah satu syari'at itu asal disertai dengan Khalimah laa ilaha illallah melainkan pasti dimasukkan oleh Allah s.w.t kedalam syurga demi Allah, andaikan kamu tahu besarnya rahmat Allah s.w.t., nescaya kamu malas beramal. Hai saudara-saudara, bersiap-siaplah menghadapi hari kiamat itu dengan amal yang soleh, dan menjauhi ma'siyat sebab tidal lama kau akan menghadapi kiamat dan menyesal tihadap masa hidupmu yang terbuang sia-sia, ketahuilah bahawa bila kau mati bererti telah tiba hari kaimatmu, sebagaimana kata Almughirah bin Syu'bah: "Kamu menantikan hari kiamat, padahal kiamatmu ialah saat kematianmu."
Alqomah bin Qays ketika hadir janazah lalu ia berdiri diatas kubur dan berkata: "Adapun hamba ini maka telah tiba kiamatnya, sebab seorang mati maka melihat segala persoalan hari kiamat, iaitu syurga, neraka dan Malaikat, dan ia tidak dapat berbuat suatu amal, maka ia bagaikan seorang yang berada pada hari kiamat, dan ia akan bangkit pada hari kiamat menurut keadaannya disaat matinya, maka sesungguhnya untung siapa yang penghabisan amalnya kebaikan."
Abu Bakar Alwaasithi berkata: Keuntungan yang besar itu dalam tiga perkara iaitu hidup, mati dan kiamat. Adapun keuntungan hidup iaitu bila digunakan dalam taat kepada Allah s.w.t, dan keuntungan mati bila ia mati dalam khalimat Syahadat iaitu Laailaha illallah dan keuntungan hari kiamat bila bangkit dari kubur disambut dengan berita bahawa syurga tersedia untuknya."
Yahya bin Mu'adz Arrazi ketika dibacakan dimajlisnya ayat yang berbunyi: "Yauma nahsyurul muttqina ilarrahmani. Wa nasuqul mujrimina ila jahannama wirda." (Yang bermaksud) "Pada hari kiamat itu Kami akan menghantar orang yang taqwa menghadap Arahman (Allah s.w.t.) berkenderaan, sedang orang-orang yang durhaka Kami iring keneraka berjalan kaki dan merasa haus."
Lalu ia berkata: "Tenang-tenanglah hai manusia, kamu kelak akan dihadapkan kepada Allah s.w.t. berduyun-duyun, dan menghadap pada Allah s.w.t. satu persatu, dan akan ditanya semua amalmu secara terperinci kalimat demi kalimat, sedang para wali dihantar menghdap pada Allah s.w.t. berkenderaan, dan orang-orang yang durhaka didorong keneraka jahannam berbondong-bondong, dan semua akan terjadi bila bumi telah dilenyapkan, dan tiba Tuhanmu sedang Malaikat berbaris-baris, dan dihidangkan jahannam sebagai ancaman. Saudara-saudaraku, berhati-hatilah kamu dari kengerian sehari yang perkiraannya sama dengan lima puluh ribu tahun (didunia), hari yang mengetarkan, duka cita dan menyesal., itulah hari yang besar, hari bangkitnya semua manusia untuk menghadap kepada Rabbul Alamien, hari perhitungan dan pertimbangan dan pertanyaan, hari kegoncangan, yang pasti, yang menakutkan, hari kebangkitan, hari dimana tiap manusia akan melihat apa yang telah dilakukannya. Hari dimana semua manusia dalam berbagai bentuk akan melihat amal perbuatannya, hari dimana wajah manusia putih berseri-seri dan lain wajah hitam, hari dimana seseorang tidak dapat menolong kerana lainnya, dan tidak berguna segala tipu daya, hari dimana seorang ayah tidak dapat membantu anaknya sedikit pun, hari dimana bahayanya bertebaran meluas, hari dimana tidak diterima uzur orang-orang yang zalim dan tetap mereka mendapat kutukan (laknat) serta siksa yang keji, pada hari dimana tiap manusia harus mempertahankan dirinya sendiri, pada hari dimana tiap ibu akan lalai terhadap bayi yang disusuinya, bahkan tiap ibu yang mengandung akan menggugurkan kandungannya dan orang-orang bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk kerana minum arak, hanya kerana ngerinya siksaan Allah s.w.t. yang sangat keras."
Muqatil bin Sulaiman berkata: "Makhluk akan berdiri menanti pada hari kiamat selama seratus tahun, tenggelam dalam peluhnya sendiri dan seratus tahun dalam kegelapan mereka bingung sedang seratus tahun lagi sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan kepada Tuhan. Sesungguhnya hari kiamat itu sekira lima ribu tahun, tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas bagaikan sesaat, kerana itu wahai orang yang sihat akal hendaklah sabar terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat kepada Allah s.w.t. untuk memudahkan bagimu segala kesukaran-kesukaran hari kiamat."

Hari Kiamat,
Iman,
Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)