*Bayan Subuh Hadraji Maulana Sa'ad Sahb Barakatuh*
_Nizamuddin, 11 Mac 2017_
-orang yang taat seluruh perintah ALLAH, maka ia dipanggil soleh. Tidak dipanggil pembantu agama ALLAH.
- jangan fikir utk islah org lain. Jangan nak jadi muslih.
- yang islah kan manusia ialah ALLAH bukan kita.
- jika fikir nak islah org lain maka sekiranya mereka TIDAK islah, kita akan kecewa dan bila mereka ter islah maka kita dlm keadaan bahaya, kerana bisa datang sifat bangga dlm diri (ujub).
- Kerja/usaha Agama adalah muslih.. ALLAH akan jadikan asbab Usaha Agama, manusia akan terislah.
- ayat intan surullah ha yan surkum.. Nusrah ALLAH adalah di khusus kan kpd mereka yang Bantu Agama/Islam Dan bukan bantu orang Islam, kerana org kafir pun ada yang bantu org Islam seperti ketika org Islam ditimpa musibah dan malapetaka Banjir, gempa, dll..
-
وعن مالك قال : قال ابن عمر : الأمة الذي يعلم الناس دينهم.
قال الأعمش ، [ عن الحكم ] عن يحيى بن الجزار ، عن أبي العبيدين أنه جاء إلى عبد الله فقال : من نسأل إذا لم نسألك ؟ فكأن ابن مسعود رق له ، فقال : أخبرني عن الأمة فقال : الذي يعلم الناس الخير
- seorang yang mengajar kebajikan yakni Agama kepada orang lain, walaupun dia hanya 1 org, dia seorang boleh dipanggil sebagai ummat. Sebagai mana Nabi Ibrahim A.S. diberi gelar sebagai ummat
(إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ)
[Quran Surat An-Nahl 120]
- kelebihan keramahan ialah khas pada individu saja tapi kelebihan nusrah ALLAH adalah menyeluruh untuk seluruh ummat... nah untuk mendapatkan nusrah ALLAH kita mesti lah bersatu dalam 1 kalimah, 1 fikir, 1usaha,1 hati..
-kenapa ummat hari tidak istiqamah dalam mengamalkan Agama meraka , Amal Agama pun ikut keadaan kerana kita tidak menda'wahkan Agama kita..sahabah jadi orang yang kuat istiqamah dalam berpegang kepada Amal Agamanya kerana meraka sentiasa menda'wahkan Agama.
- kisah Abdullah bin Huzafah R.A. ketika buat da'wah ke raja Roma dan Abdullah bin Huzafah R.A. TIDAK terkesan dgn ancaman maut dan tawaran dunia, dia tetap berpegang teguh dgn Agama Islam.
- Amalkan Agama jangan terkesan dgn suasana, adat kebiasaan, kanun, undang2 kerajaan dan sebagainya..
- mujahadah ialah usaha dan amalan yang dilakukan bertetapan dgn sunnah Baginda Nabi SAW.. sekiranya da'wah, ibadah, adat mengikut Sunnah maka ia akan jadi mujahadah dan ALLAH janji akan beri hidayah untuk orang yang buat dgn mujahadah.
Sekiranya dilakukan tidak mengikut Sunnah Baginda Nabi SAW maka usaha dan amal perbuatan kita itu hanya jadi masyakkah (akan jadi susah payah saja) tidak akan jadi mujahadah dan tidak juga jadi ibadah.
- Kita hendaklah berenang melawan arus ..Arus itu ialah amalan tradisi yang dilakukan oleh masyarakat secara umum yang kebanyakan bertentangan dgn perintah ALLAH Ta'ala dan Sunnah Baginda Rasulullah SAW.
- Firman ALLAH Ta'ala : Kalau kamu mengikut kebanyakan orang, niscaya mereka akan menyesatkan kamu.
(وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ)
[Qur'an Surat Al-An'am 116]
- Para Nabi A.S tidak terkesan dgn jumlah orang yang ramai nak ikut atau tidak ikut. Mereka lihat apa yang ALLAH mahu (perintah ALLAH) bagi mereka.
- Orang2 kafir musyrikin Makkah melihat Baginda Nabi SAW sering mencium hajarul aswad. Lalu mereka mengenakan Syarat pada Baginda Nabi SAW jikalau hendak mencium hajaratul Aswad, maka nabi diperintah hendak lah menberi penghormatan kpd berhala-hala mereka dahulu. Terlintas sedikit dlm hati nabi utk melakukan nya dgn niat hanya pada zahir saja dan tidak tunduk daripada hati supaya mudah utk cium hajarulasawad. tetapi ALLAH tegur nabi sebagaimana ALLAH nyatakan dlm al Qur'an.
(وَلَوْلَا أَنْ ثَبَّتْنَاكَ لَقَدْ كِدْتَ تَرْكَنُ إِلَيْهِمْ شَيْئًا قَلِيلًا * إِذًا لَأَذَقْنَاكَ ضِعْفَ الْحَيَاةِ وَضِعْفَ الْمَمَاتِ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ عَلَيْنَا نَصِيرًا)
[Qur'an Surat Al-Isra' 74 - 75]
Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka.
Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seseorang penolong pun terhadap hukuman Kami.
- da'wah sebenarnya ialah da'wah cara nabi dan sahabah. Dlm cara mereka ada mujahadah susah payah bertungkus lumus dan korban gunaka masa, diri dan harta. dgn mujahadah dan korban, ada janji Hidayah dari ALLAH Ta'ala.
-mujahadah ialah sifat manusia tidak ada pada alat alat media yang ada sekarang .. sekiranya kita Mengunakan alat2 ini maka hilanglah mujahadah.. sedangkan dgn mujahadah akan datangnya bantuan ghaibiah ALLAH Ta'ala.. contoh Surat Baginda Nabi SAW yang dihantar melalui satu jemaah sahabat ke raja Persia. Maka raja Persia telah koyak surat tersebut .. Nabi SAW bersabda sebenarnya dia telah koyak kerajaannya sendiri ..
- nusrah ghaibiah datang bila kita kumpulkan da'wah dan ibadah.
- Bantuan ALLAH akan bersama dgn org Islam apabila org Islam jalankan kerja da'wah.
- zaman m.ilyas, ALLAH telah hentikan bus dgn da'wah yang dibuat ke penumpang bus. Sedangkan driver bus tidak bersedia utk berhenti.
- daie ialah "thalib" dia yang mencari ummat dan ummat ialah "mathlub" yang di cari oleh daie.
- hijrah yang paling tinggi ialah hijrah "batthah" iaitu hijrah dan tinggal bersama Baginda Nabi SAW..hijrah "badiah" ialah hijrah dgn datang ke Madinah memeluk Islam dan balik ke kampung masing-masing. Dan jika ada takaza akan diberitahu dan mereka akan datang ke Madinah /Markaz utk tunaikan takaza.. Baginda Nabi SAW bertanya ke hadrat wasilah r.a. adakah dia akan hijrah "battah" atau hijrah "badiah"?
- Hendaklah kita keluar di jalan ALLAH dgn harta kita sendiri.
- Baginda Nabi SAW bersabda jikalau aku boleh jadikan khalil selain drpd ALLAH maka aku akan jadikan Abu Bakar sebagai Khalil ku. Walaupun Baginda Nabi SAW begitu sekali akrab dgn Abu Bakar r.a. tetapi ketika hijrah, unta yang disiapkan dan ingin dihadiahkan kpd Baginda Nabi, oleh Hadrat Abu Bakar r.a. tapi Baginda Nabi SAW bersabda aku akan bayar harga unta itu, kerana ini utk hijrah mesti mengunakan Harta dan diri sendiri. sekiranya tak Guna Harta dan diri sendiri maka pengorbanan tidak akan sempurna.
- zaman sahabah r.hum meraka mengamalkan Agama secara langsung praktik maka kesannya sangat luar biasa .
- m.illyas berkata kita kena latih melihat semua orang Islam walaupun seorang pendosa dgn pandangan takzim (mulia). kerana imannya. org Islam lbh mulia drpd Ka'bah.
- Petrol da'wah ialah kesabaran. bahan bakar nya petrol utk mensampaikannya ke tempat yang hendak dituju.
- orang yang binasa ialah orang yang berkata kpd pendosa: binasa kamu. kerana dia telah memutuskan harapan orang yang melakukan dosa itu utk mendapat Rahmat ALLAH.
kisah orang melakukan dosa membunuh 99 org berjumpa dgn 1 org abid.
- bergerak keluar di jalan ALLAH ialah perintah ALLAH ..bergerak pergi jumpa orang itu lah cara Baginda Nabi SAW dan sahabah r.hum.
- berwuduk dgn miswak tidak boleh di ganti dgn benda2 yang lain, sikat gigi dll..begitu juga utk sebarkan Agama mesti gunakan da'wah cara Baginda Nabi SAW dan sahabah r.hum tidak Boleh diganti dgn cara yang lain.
- jikalau kita gunakan alat2 org batil utk sebarkan Agama ..Agama tidak tersebar bahkan kebatilan akan tersebar.
- org kafir tidak akan halang orang Islam utk buat ibadah.. yang dihalangi oleh mereka ialah da'wah yang dibuat oleh orang Islam pada bila bila masa pun.
- kita gunakan speaker utk suara muazin pun manusia tidak datang ke masjid ..inikan pula mengunakan suara drpd alat media yang dicipta oleh orang kafir.
- Belajar Iman mesti di buat sepanjang masa ( berterusan)..Dlm hukum Agama sebagai contoh Sholat apabila kita sudah mengetahui cara dan kafiat Sholat maka kita dah selesai drpd menuntut ilmu berkaitan dgn Sholat tersebut. Begitu juga perintah ALLAH yang lain..
- 1 kesalahan yang ter Besar dari kita hari ini ialah kita kata bahawa kita perlu usaha atas asbab dan berharap kepada ALLAH. Sedangkan telah menjadi fitrah manusia bahawa apa yang meraka usahakan maka yakin pada benda yang di usaha kan itu akan datang dlm hati.
- Manusia bergantung harap kpd atas apa yang meraka usahakan.
- kita perlu usahakan sehingga yakin kita hanya kepada ALLAH sahaja bukan pd benda2 asbab yang kita usahakan.
- wa illa kita sama dgn org2 musyrik zaman nabi saw. Mereka pun berkeyakinan sama macam kita hari ini. Sebagaimana kisah tentang seorang musyrik yang datang utk mengobati Baginda Nabi SAW dan berkata aku berusaha mengobati kamu dan ALLAH lah yang akan sembuhkan kamu.
- Datangnya pertolongan ALLAH Ta'ala ke para sahabah r.hu. bukan kerana ia nya sahabah.. bahkan Iman Dan Amal yang sempurna .
- sesiapa yang benar2 bertakwa maka dia lah orang yang paling alim.
- sesiapa yang ada sifat istighna استغناء maka ALLAH akan kaya kan dia.
Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment