Hazrat Ali r.h berkata kepada salah seorang muridnya, "Mahukah saya ceritakan kisah saya dengan Fatimah r.anha iaitu puteri kesayangan Rasulullah s.a.w ?"
Murid itu menjawab, " sudah pasti."
Beliaupun berkata, " Fatimah r.anha biasa menggunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tangannya menjadi kasar. Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang dibuat dari kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan di dadanya akibat dari tali bekas tersebut. Beliau menguruskan sendiri rumahnya, menyapu dan sebagainya sehingga menyebabkan pakaiannya selalu kotor."
Pada suatu ketika beberapa orang hamba perempuan telah dibawa kepada Nabi s.a.w. sayapun menyuruh Fatimah r.anha, " Kamu pergilah kepada Rasulullah s.a.w dan minta seorang pembantu agar kamu mendapat bantuan daripadanya."
Beliau kemudian pergi berjumpa Nabi s.a.w tetapi beliau dapati ramai orang berada di situ. Oleh kerana beliau seorang yang pemalu, beliau tidak mahu meminta kepada bapanya di hadapan orang ramai lalu beliaupun pulang ke rumah.
Keesokkannya, Rasulullah s.a.w sendiri datang dan bertanya, " Fatimah, untuk tujuan apakah kamu datang ke sana?" Oleh kerana malu, beliau mendiamakan diri sahaja. Saya (Ali r.h) pun berkata, "Ya Rasulullah, kesan dari batu pengisar, tangannya menjadi kasar. Kesan dari tali bekas air, dadanya telah berparut. Sementara urusan rumahtangga yang lain menyebabkan pakaiannya selalu kotor. Kelmarin saya memberitahunya mengenai hamba-hamba yang telah sampai kepada tuan, supaya dia dapat meminta seorang hamba. Kerana itulah dia telah pergi kepada tuan. "
Dalam sesetengah riwayat yang lain Hazrat Fatimah r.anha memberitahu, " Ya Rasulullah , saya dan Ali hanya mempunyai satu alas tidur, itupun daripada kulit domba. Pada malam hari kami bentangkan alas itu untuk tidur dan pada siangnya kami tabur rumput dan bijian diatasnya untuk memberi makan unta. "
Rasulullah s.a.w bersabda," wahai anakku, bersabarlah. Nabi Musa a.s dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga sepuluh tahun. Itupun hanya jubah Nabi Musa a.s. Itulah yang dibentang dan mereka tidur diatasnya. Takutlah kepada Allah, hasilkanlah sifat taqwa dan tunaikanlah tugas dan kewajipanmu terhadap Allah dan sempurnakanlah tugas-tugas rumahtanggamu. Apabila kamu hendak tidur maka bacalah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 34 kali. Amalan ini lebih baik dari seorang hamba. "
Fatimah r.anha pun berkata," Saya reda dengan Allah s.w.t dan Rasulnya."
notahati: Marilah kita contohi wanita mulia ini. Janganlah mengeluh, berbanggalah menjadi isteri dan ibu, dan bersabar atas segala kepayahan dan kepenatan dalam menguruskan rumahtangga, moga kita terpilih untuk menjadi sebaik-baik perhiasan dunia.
Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Sunday, March 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment