Percakapan Laa ilaa ha ilallah

Thursday, March 1, 2012

7 Golongan Di Bawah Naungan Rahmat Allah

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Tujuh golongan akan berada dibawah naungan rahmat Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya.

(Pertama): Raja yang adil.

(Kedua): Pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadat kepada Allah.

(Ketiga): Seorang lelaki yang hati sanubarinya sentiasa berpaut kepada masjid.

(Keempat): Dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah.

(Kelima): Seorang lelaki yang diajak oleh wanita bangsawan dan cantik kepadanya namun dia berkata: Aku takutkan Allah.

(Keenam): Seorang lelaki yang membelanjakan hartanya secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.

Dan (Ketujuh): Seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan bersunyi diri sehingga mengalirkan air mata.

(HR Bukhari)

No comments: