Percakapan Laa ilaa ha ilallah

Friday, February 5, 2010

Orang Tabligh

Orang Tabligh
Ntah sape la yg bagi nama
Sedangkan kita sumer kan sama
Umat Nabi SAW semuanye
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula
x kan la keje ustaz dan ulama saja
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?


Orang Tabligh
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang
Yg td segar bugar dah tido terlentang
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang
Heh..betul la kata orang
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu
Jumpe sumer orang tak pilih bulu
Dari ustaz sampai le kutu
Sume nak ditemu
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh
Jalan bawak periuk belanga
Dipandang org takat sebelah mata
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa
Walaupun kekadang pedih gak telinga
Nabi dulu2 pun kan selalu kena
Dituduh dusta, dipanggil gila
Itu Nabi, apatah lagi kita
Yg banyak salah,yg banyak dosa
Takpe2, Allah kan ada
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh
Kekadang buat silap...adat la manusia
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh
Ada kat mana2
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada
Dari petani, engineer, sampai la Raja
Pelbagai adat, perangai beza2
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh
Nak hidupkan sunnah Nabi
Janggut, jubah,seluar atas buku lali
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi
Kekadang tu kena gak perli
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh
Manusia biasa, ada hati
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini
Or ajak anak main lari2
Or layan PS2 sampai pagi
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi
Kena korban lagi dan lagi
Yela..hidup ni kan cuma sekali
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh
Malam2 doa hidayat
Fikir risau,camne nak selamatkan umat
Supaya di akhirat suk semua selamat
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat
Tak perlu susah2,tak perlu keringat
N tak mau plak jumpe masyarakat
Just bz buat ibadat
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan
Sape saja yg bawak kebenaran
Tak kisah la orang Arab ke bukan
Sume kena bagi sokongan
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh
Ajak keluar 3 hari
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi
Berderai2 air mata keluar mcm air pili
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi
Kes2 camni mmg byk terjadi
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji
Wife mana la yg tak happy
Heh..ni la realiti
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa
Atau nak berlagak mcm dah tera
Tak jugak nak kafirkan sape
Atau sibuk2 pergi mintak derma
Cuma nak amalkan agama yg sempurna
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa
Nak selamatkan manusia kesemuanya
Dari kena masuk neraka
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya
Itu saja...

Orang tabligh
Seluruh dunia...naik kapalterbang
pakai selipar jepun sahaje
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy
passport penuh cop many countries
Ade yang kerja tukang kebun sahaja
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru
sama seperti balik dari fardhu haji
Sayangkan bini tingal-tinggalkan
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi
bukan untuk mendera...speed limit sahaja
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni

Orang Tabligh
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya
You can't blame the teachers
You have to blame the distortions and ignorance of their followers
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW
Global politic & economy with no borders & chauvinism
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin..

* tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.

Allahuma Ameen.

No comments: