Kaedah Berdakwah
oleh azizeehasan
Kaedah Dakwah 1 :
Dakwah ke jalan Allah jalan penyelamat di dunia dan akhirat
1.Seorang Dai’e hendaklah faham bahawa Allah menciptakan manusia untuk beribadah kepadanya. (Az-Zariyat :56).
2.Ibadah tidak akan terhasil melainkan atas basirah(kejelasan). Basirah pula tidak terjadi melainkan selari dengan manhaj Allah yang diturunkan kepada para rasul dan para nabi a.s.
3.Para Nabi dan Rasul adalah para duat yang menunjuk kebenaran bagi mencapai maksud kenapa allah menjadikan manusia sebagai khalifah.
4.Imam Ar-Razi di dalam tafsirnya (tafsir ar-Razi ) bertanya: Apakah tujuan ibadah diciptakan Jin dan manusia ?.Beliau menyatakan sebagai satu penghormatan untuk mengagungkan perintah Allah dan bukti kasih sayang kepada makhluk.
5.Justeru tugas mengagungkan Allah dan memuliakannya tidak akan diketahui semata-mata berpandukan akal tetapi perlu mengikut syariatnya dan panduan ar-Rasul. Lantaran itu allah mengurniakan nikmat kepada hambanya dengan mengutus para rasul bagi menjelaskan jalan dalam memenuhi kedua-dua tuntutan ibadah tersebut.
6. Berdakwah ke jalan Allah adalah setinggi – tinggi rupabentuk untuk mengagungkan allah.
7. Ini bererti seorang Dai’e tadi berdakwah kepada satu fikrah atau satu matlamat , kemudian mengerah seluruh tenaga dan usahanya untuk mencapai perkara tersebut maka baginya ganjaran besar di sisi allah.
8.Berdakwah juga sebagai tanda kasih sayang seorang dai’e kepada hamba allah. Ini kerana tugas dakwah ialah mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam, dari jalan menuju ke neraka kepada jalan syurga.
9. Dua matlamat (ta’zim li amrillah / syafaqah ‘ala ibadillah)mulia ini merupakan matlamat ibadah yang juga merupakan matlamat berdakwah di jalan Allah dan keselamatan di dunia dan akhirat tercapai dengan kedua-duanya.
10. Para nabi dan rasul sentiasa komited dengan melaksanakan tugas ini sebagai bukti kukuh untuk mencapai keselamatan dan menjauhi kebinasaan.Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyentuh perkara tersebut seperti :
o Kisah Nuh ( Yunus : 73 )
o Kisah Hud ( Hud : 58 )
o Kisah Solih (Hud : 66)
o Kisah Lut ( Hud : 81-82)
o Kisah Syuaib ( Hud:94)
o Kisah Musa a.s (al-‘araf : 136-137)
11. Keselamatan (najat) menerusi ayat-ayat di atas dicapai dengan berdakwah. Tidak ada kerugiannya bila kita berdakwah.Rasulullah s.a.w pernah bersabda di dalam hadis yang bermaksud : (tidak akan berlaku Kiamat kecuali bila berlaku kejahatan manusia ). Hadis ini mengisyaratkan Qiamat berlaku apabila hilang atau tiadanya tugas dakwah dan wujudnya para pendakwah.
12. Kemuliaan manusia apabila wujud usaha dakwah dan wujud para dai’e dan apabila tiada kedua-duanya maka manusia akan menerima kerugian kerana hilangnya sebab yang menghasilkan kemulian manusia tersebut.Maka dakwah adalah pra-syarat atau sebab untuk mencapai keselamatan dan kemuliaan hidup insan di muka bumi allah.Keselamatan itu tidak terhenti pada seorang individu dari segala gangguan celaan dan kesakitan tetapi juga keselamatan Jamaah dan Fikrah.
13.Muhammad Ahmad Ar-Rasyid menjelaskan bahawa yang dapat menyucikan kita hanyalah dengan berdakwah. Berdakwah untuk mencapai kedudukan tertinggi di syurga iaitu jannatul Firdaus..Selama mana kita tidak berdakwah selama itulah kita tidak memperolehi kemuliaan dan keagungan di sisi allah.
Ayuh mari kita berdakwah…
Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Sunday, February 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
ini lah mahkota segala kerja
benar.
untuk buat usaha dakwah, kita kena YAKIN dengan usaha ini tuan.
Pembantu Kerja Rasulallah saw.
Usaha Dakwah, Ibadah, Taklim Taklum dan Khidmat merupakan Usaha Agama
(4 amalan Masjid Nabi s.a.w)
tapi Usaha Dakwah adalah yang terpenting,
yang telahpun dipinggirkan,
yang kurang diberi penekanan tentang kepentingan dan kelebihan yang Allah janjikan di dalam Alquran dan Hadith.
Usaha untuk mengajak umat s.a.w dekat pada Allah, hampir dengan Allah dan mengislahkan diri (membersihkan diri) menuju kejayaan yang kekal abadi.
Kita ini ada pemulaan
tetapi tiada akhir.
sebab kita akan kekal berada di Jahannam
ataupun,
hanya dengan Rahmat dan Kasihsayang Allah kita dipilih untuk berada di Jannatul Firdaus.
Insha allah.
Allah first.
Post a Comment