Kepentingan Usaha Masturat
Maha Besar Allah yang menjadikan alam semesta dan mentadbirnya dengan Keagungan Nya.
Bermulanya peranan dakwah wanita ialah apabila isteri Nabi SAW, Khadijah r.anha menenangkan Nabi SAW ketika mendapat wahyu pertama. Nabi SAW memulakan usaha dakwah dan Khadijah r.ha memulakan usahanya di kalangan wanita apabila mendatangi rumah ummul Jamil dan berdakwah kepadanya sehingga masuk Islam. Bezanya pada waktu tersebut, tiada kesusahan atau fitnah kepada wanita seperti sekarang. Namun setelah turunnya perintah hijab, wanita tidak lagi digalakkan berjaulah.Tetapi untuk berjaulah pada wanita, lelaki akan membawa isterinya untuk bertemu dan menyediakan wanita,wanita yang lain atas maksud dakwah.
Terjadinya usaha Masturah adalah kerana adanya sirah tentang hijrah untuk belajar agama. Ada yang membawa anak dan isteri, ada yang datang dengan membawa keluarga, maka Nabi SAW mengarahkan supaya wanita masuk ke dalam rumah-rumah sahabat sedangkan lelaki pergi ke masjid.
Dalam setiap rumah diwujudkan aktiviti belajar dan mengajar tentang apakah masail (hukum hakam) dan fadhail (kelebihan beramal) bersumber dari Al Quran yang sama.
Firman Allah dalam surah al Ahzab ayat 33; “Dan hendaklah kamu tetap tinggal dalam rumahmu,dan jangan kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah dahulu dan dirikanlah solah, keluarkan zakat dan taatilah Allah dan Rasul Nya…” Firman ini adalah kata kunci yang menyelesaikan segala kemaksiatan, kecurangan dan kejahilan sehingga mewujudkan pelbagai masalah sosial. Natijahnya, tabarruj ala jahiliyah dengan mempamerkan pakaian dan bentuk badan dan kecantikan tidak akan terjadi.
Melalui rumah, wanita akan melahirkan generasi-generasi yang beriman kepada Allah SWT. Dan untuk menyemarakkan usaha dakwah dan usaha penyebaran Islam ini, maka amat penting penyertaan yang aktif dari kaum wanita.
Maksud usaha masturah adalah:
1. Menjadikan setiap rumah hidup dengan amalan ta’lim rumah. Jikalau semua rumah sudah hidup dengan amalan ta’lim, maka tidak perlu lagi ta’lim mingguan.
2. Bermula dari ta’lim rumah ini akan wujud amalan-amalan agama di rumah dan jemaah masjid mudah dapat dihasilkan dari rumah masing-masing. Pada zaman Nabi SAW, kejayaan ta’lim rumah terjadi apabila Nabi SAW pulang ke rumah isterinya, isteri-isteri lain beserta wanita ansar akan berkumpul menghidupkan ta’lim.
3. Membentuk fikir wanita agar meningkat setahap fikir lelaki. Kata Ummu Salamah r.ha ; ”Kejayaan usaha agama pada zaman awal adalah hasil kerjasama dari kaum wanita, bahkan kaum wanita juga menjadi penghalang kerja agama.”
4. Isteri akan membantu suami dengan doa,dorongan dan solah hajat, apabila suami berada dalam kesusahan.
**disusun dari bab pentingnya usaha wanita oleh Muhammad Qosim.
Asbab istiqomah ana dalam usaha jemaah masjid turut dipengaruhi sedikit sebanyak oleh ’nur’ usaha masturah. Pernah sekali ana ikuti seorang ahli jemaah memberi tadzkirah pada ta’lim mingguan di sebalik hijab yang tertutup. Ana lihat anak-anak kecil yang dijaga oleh si bapa dan si ibu yang lengkap berpurdah mulai masuk ke ruang yang disedia. Begitu juga dengan saudara yang baru mencuba mengenal usaha masturah telah disambut baik oleh para suami di luar dan para isteri di dalam. Seakan tiada bezanya pertautan ukhuwah antara mereka walaupun ada yang berpurdah dengan yang tidak.. Sebelumnya, tidak pernah lagi ana melihat adab kesopanan islami yang begitu terjaga dan harmoni.
Bagi ana,usaha dakwah masturah sangat penting kerana melalui para wanita, jiwa-jiwa generasi yang beriman dan bertaqwa dapat dibentuk. Rumah Qurani yang bercahaya dengan nur amalan dan keberkatan. Pentingnya setiap ahli rumah memahami usaha dakwah dengan al-basirah (penglihatan mata hati). Dengan usaha yang istiqomah dan berterusan, tembok-tembok yang menghalang hidayah dapat dipecahkan dan tersebar dikalangan setiap ahli keluarga dan jiran tetangga,insya Allah.
Kelemahan yang wujud sekitar suasana hari ini adalah disebabkan adab dan tertib yang digariskan tidak dilakukan dengan istiqomah dan istikhlas. Bagaimana mungkin bagi seorang yang sentiasa meminggirkan adab dan tertib dapat meyakinkan orang lain? Bagi para ahli jemaah masjid yang biasa dengan suasana dakwah pasti merasai perbezaan usaha antara halqah yang usahanya di tahap lama (suam-suam sejuk) dengan di halqah yang terdiri daripada para pemikir yang ikhlas serta gigih menjaga tertib dan adab. Para sahabat r.anhum bergerak dengan semangat untuk melebarkan syiar Islam, supaya agama Allah dapat berkembang hingga ke hujung-hujung dunia. Adab dan tertib adalah untuk diri sendiri, kemunduran usaha di halqah masing-masing adalah atas kelemahan diri sendiri. Kelemahan ana sendiri kerana tidak bersungguh-sungguh dan kurangnya pengharapan (doa) kepada Allah.
Asbab kelemahan dalam menjaga tertib yang digariskan, turut mempengaruhi usaha masturah dalam rumah sendiri. Bagaimana mungkin seorang pemimpin yang lemah mampu menegakkan tiang amanah dakwah ini dalam rumahnya dengan baik?
Ana amat tertarik dengan petikan daripada tulisan Maulana Yusuf rah. yang menasihatkan para jemaah untuk berusaha dengan kesungguhan hati untuk mendapatkan nur cahaya yang memancar menerangi kegelapan. Nur yang terhasil daripada amalan nurani. Amalan-amalan ini perlu terus dikerjakan dengan bersungguh-sungguh sehingga perilaku kita sendirinya menjadi amalan nurani.
Amalan-amalan nurani itu adalah;
1) Berdakwah dengan sepenuh ikhlas untuk mendapatkan keimanan dan keyakinan. Dakwah itu adalah tugas para anbiya’ a.s yang terunggul sekali dan dakwah itu ialah sumber kebaikan dan kebahagian bagi makhluk-makhluk Allah s.w.t.
2) Ibadah, terutamanya solah termasuk zikir, membaca al-Qur’an, berdoa dan beristighfar.
3) Mempelajari ilmu terutamanya ilmu yang menyatakan natijah baik dan buruknya amal perbuatan manusia di alam akhirat.
4) Akhlak yang sempurna, iaitu akhlak yang diajarkan oleh baginda Muhammad s.a.w yang kesimpulannya ialah supaya kita berkelakuan baik dan bermoral tinggi terhadap makhluk-makhluk Allah s.w.t. dengan tujuan mendapatkan keredhaanNya.
Amalan nurani ini jika diteruskan akan mencapai nur dan kehidupan akan berubah menjadi nurani. Dengan izin Nya, diri akan menjadi asbab terpancarnya nur ini kepada yang lain.
Insya Allah, mge ana dan kita semua dapat beramal.
Bagi yang mahu mengenali usaha masturah, bawa dibincang dengan isteri jemaah masjid atau datang sendiri bersama mahram pada ta’lim mingguan di rumah-rumah yang diadakan. Rasanya para masturah telah terdidik dengan keramahan hati memuliakan tetamu walau apa jua keadaan tetamu tersebut.
Di sebalik kejayaan seorang lelaki adalah berkat dorongan dan bantuan dari wanita.
Contoh paling unggul adalah pengorbanan Khadijah r.ha dalam membantu usaha dakwah baginda s.a.w. Insya Allah, bersama kita berusaha mencapai tingkatan iman yang dikehendaki oleh Allah SWT. Majulah usaha masturah demi agama! Ameen...
Kejayaan manusia hanyalah dalam agama,mentaati perintah Allah cara sunnah Rasulullah s.a.w.
Maha Suci Allah yang mengetahui rahsia hati setiap makhlukNya.
Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment