Percakapan Laa ilaa ha ilallah

Wednesday, January 6, 2010

Bayan Maulana Ibrahim di Ijtimak Yala

Bayan Maulana Ibrahim di Ijtimak Yala



Hidayah yang akan diberikan oleh Allah swt kapada kita ataupun hidayah yang akan kita dapatkan daripada Allah swt semuanya bergantung kepada sifat taat yang ada pada diri kita iaitu dengan adanya sifat taat maka Allah swt akan berikan kapada kita hidayah sebaliknya jika sifat ketaatan tidak wujud pada diri kita maka Allah swt tidak akan memberikan kapada kita hidayah, sebabnya hidayah itu tidak akan kita dapati jika kita tidak ada sifat ketaatan.

Maksud-nya ia-lah kita kena taat kapada perintah Allah swt dan Rasul-nya sama ada hati kita ini suka ataupun tidak dan Allah swt beritahu"jika kamu dapat taat kepada Rasul maka nescaya kamu akan terpimpin iaitu kamu akan senantiasa akan berada di jalan yang benar"dan jalan Rasul ini-lah yang akan membawa orang tersebut kapada sorga Allah swt di-mana Allah swt juga berfirman"siapa saja yang dapat taat kapada Allah dan Rasul-nya maka di-akhirat nanti orang tersebut akan bersama dengan para Nabi-Nabi,para sidiqqin syuhada' dan juga dengan orang-orang solihin"dan di-sini terdapat dua kelebihan

(1)siapa saja yang ada sifat ketaatan maka orang tersebut akan mendapat jalan yang betul

(2)siapa saja yang ada sifat ketaatan maka orang tersebut akan bersama dengan kumpulan-kumpulan di atas tadi dan maksud daripada usaha dakwah ini ada-lah untuk menghasilkan sifat ketaatan dan bila ada sifat ketaatan pada diri kita ini maka kita akan dapat turut segala perintah-perintah Allah swt dengan cara yang di-tunjukkan olih Rasullullah saw dan jika kita tidak berhasil untuk mendapatkan sifat ketaatan ke dalam diri kita ini maka tidak ada maksud buat kita melakukan usaha dakwah ini di-mana Moulana Elias rh berkata"maksud kerja dakwah yang kita lakukan di-hari ini ia-lah supaya semua apa yang di-bawa oleh Nabi saw di-dalam agama ini kita dapat amalkan"dan ini-lah menjadi maksud bagi kita yang melakukan usaha dakwah ini dan hidup-nya usaha dakwah ini bukan hanya pada pengorbanan saja sebenar-nya usaha dakwah ini dapat hidup dengan pengorbanan dan ketaatan dan bila ada kadua-dua pekara tersebut maka Allah swt akan mengembangkan usaha agama tersebut dan kita tidak bolih kata"saya akan berkorban untuk agama Allah swt salagi orang-orang mahu mengikut kapada pendapat saya dan sakira-nya orang-orang tidak mahu lagi mengikut pendapat saya maka saya tidak akan membuat pengorbanan dan ini bukan-lah cara-nya

sabalik-nya di-dalam setiap keadaan kita senantiasa kena buat pengorbanan dan ketaatan dan siapa saja yang dapat menjaga sifat taat ini maka cahaya dari sifat taat itu akan menghilangkan kegelapan-kegelapan yang ada pada hati orang tersebut tetapi sabalik-nya bagi orang yang tidak dapat menjaga sifat taat maka hati orang tersebut akan ada kegelapan dan kegelapan itu akan menyeret orang tersebut ka-tempat yang lain dan kita ini bolih berjalan melalui dua jalan saja (1) jalan yang benar (2)dengan berjalan mengikutkan hawa nafsu kita dan apabila manusia tidak berada pada jalan yang benar maka manusia itu akan mengikut jalan nafsu-nya dan Allah swt ada berfirman"siapa-kah orang yang lebih sesat daripada orang mengikut-kan hawa nafsu-nya"di-mana orang tersebut telah meningalkan jalan yang benar dengan mengikuti jalan hawa nafsu-nya.


Dan apabila kita ini di-berikan tanggungjawab maka kita kena tunaikan tanggungjawab tersebut dengan sifat ketaatan yang ada pada kita ia-itu kita sempurnakan tanggungjawab tersebut mengikut apa yang di-suruh kita lakukan dan bukan-lah dengan di-berikan kapada kita satu tanggungjawab maka kita bebas untuk lakukan dengan cara kita sendiri sabalik-nya satiap tanggungjawab yang di-berikan kapada kita maka kita kena sempurnakan dengan ketaatan mengikut arahan yang diberikan kapada kita dan ketaatan itu kita kena lakukan pada setiap waktu dan keadaan ia-itu sama ada kita di-beri tanggungjawab atau tidak maka kita tetap kena taat dan jangan-lah bila orang beri tanggungjawab kapada kita maka kita lakukan dengan taat dan bila orang tidak beri tanggungjawab kapada kita maka kita tidak taat lagi maka ini ada-lah cara yang salah kerana kita ini kena taat di-dalam setiap keadaan dan sifat taat ini telah ada di-dalam diri sahabat-sahabat dan Allah swt telah tanamkan sifat taat yang senantiasa berada di-dalam diri para sahabat di-mana ada satu ketika Khalid ibni Walid menjadi ketua tentera Islam di-dalam zaman Abu Bakar dan beliau senantiasa menjalankan tugas-nya itu di-dalam keadaan ketaatan tetapi apabila di-zaman pemerintahan Saidina Umar maka S.Umar telah perintah kapada beliau supaya meletakkan jawatan-nya dan tempat beliau itu telah di-gantikan olih Abu Ubaidah ra dan Khalid ibni Walid telah kembali menjadi tentera biasa dan apabila perintah itu sampai kapada beliau maka dengan sertamerta beliau serahkan jabatan-nya itu kapada Abu Ubaidah dan beliau katakan"mulai hari ini amir saya ada-lah Abu Ubaidah dan saya ini sekarang ada-lah tentera biasa saja dan apa saja yang di-perintah olih Abu Ubaidah kapada saya maka saya akan tetap mentaati-nya"bagitu-lah sifat taat yang telah ada pada diri para sahabat.


Dan nafsu yang ada pada manusia ini di-mana manusia itu mahu supaya diri-nya itu di-besarkan ia-itu mahu menjadi orang besar dan terkenal dan bila ada pekara ini ketika kita melakukan usaha agama maka ini sangat bahaya sakali kerana apabila tidak ada orang yang mahu membesarkan diri orang tersebut ataupun apabila tidak ada peluang untuk diri orang tersebut untuk menjadi terkenal maka orang tersebut akan mula berhenti dari melakukan usaha agama ini dan orang itu juga akan bersungut dan dia juga akan melahirkan pendapat-pendapat yang mengikutkan hawa nafsu dia itu dan kita melakukan usaha agama ini bukan-lah untuk menjadi hamba yang besar tetapi kita kena menjadi hamba Allah swt dan di-dalam setiap keadaan sama ada kita di-beri atau tidak tanggungjawab-tanggungjawab maka kita ini kena tetap menjadi hamba Allah swt olih itu apabila kita melakukan usaha ini dan kita mahu menjadi hamba Allah swt maka kita akan menjadi hamba Allah dan bila kita menjadi hamba Allah maka kita kena taat di-dalam satiap keadaan dan hasil daripada usaha kita ini ada-lah supaya kita ini menjadi sa-orang hamba dan siapa-siapa yang berusaha untuk menjadikan diri-nya sa-orang hamba maka orang tersebut telah sampai kapada kejayaan dan sakira-nya Allah swt berikan kapada kita kedudukan dan pangkat maka kita kena bershukur kapada Allah swt kerana itu bukan-lah kehendak kita dan ini jangan-lah menyebabkan kita menjadi bangga kerana kebesaran yang sebenar-nya ada-lah hak Allah swt dan bukan-lah hak kita kerana kebesaran dan keagungan itu ada-lah milik Allah swt dan kita tidak bolih pakai milik Allah swt dan yang kita bolih pakai ada-lah hak kita sabagai sa-orang hamba.

Nabi saw ada bersabda"aku ini ada-lah ketua dari segala anak Adam tetapi di-dalam hati aku tidak ada sifat kebanggaan"dan ini-lah sifat Nabi saw dan Nabi saw ada-lah Muhammad hamba Allah ia-itu hamba yang mengikut dan taat kapada apa saja yang di-perintah olih Allah swt dan beliau itu ada-lah pesuruh Allah swt olih itu jika kita dapat lakukan apa yang di-perintah kapada kita lakukan maka itu-lah sifat yang sebenar-nya dan apabila Allah swt hendak memuji Nabi-Nabi-nya maka Allah swt akan memuji Nabi tersebut dengan sifat asal yang ada pada Nabi tersebut ia-itu Nabi tersebut bolih menjadi hamba kapada Allah swt seperti mana apabila Allah swt hendak memuji Nabi Nuh as Allah swt bagitau"sasunggoh-nya Nabi Nuh itu ada-lah sa-orang hamba yang sangat-sangat bershukur"jadi Allah swt puji sifat hamba yang ada pada Nabi Nuh as bagitu juga dengan Nabi Ayub as di-mana Allah swt bagitau"sabaik-baik hamba ada-lah Nabi Ayub as kerana beliau itu mempunyai sifat sabar"jadi apabila Allah swt hendak memuji Nabi Ayub maka Allah swt telah beritaukan sifat yang ada pada Nabi Ayub as.

olih itu dengan usaha dakwah,taklim wal taklum,zikir, ibadat dan juga hidmat ini semua ada-lah untuk menghasilkan sifat hamba dan sasiapa yang ada sifat hamba maka orang itu-lah orang yang telah berjaya di-dalam usaha ini dan bukan dengan usaha dakwah ini kita mahu menjadi-kan diri kita ini sabagai hamba yang besar sabalik-nya kita kena senantiasa usahakan bagaimana satiap daripada kita ini bolih mendapat sifat sabagai sa-orang hamba Allah dan sifat ingin besar ini ada-lah sifat shaitan di-mana shaitan ini pada awal-nya dia itu biasa saja tetapi setelah Allah swt angkat dia untuk bersama-sama dengan para malaikat maka dia rasa diri dia itu menjadi besar kerana selalu berteman dengan malaikat yang besar dan dia itu tidak sedar di-mana dia menjadi besar ada-lah kerana ihsan-nya Allah swt dengan mengangkat derajat dia tetapi kerana selalu duduk berteman dengan yang besar-besar maka dia merasa bahwa dia itu menjadi besar kerana diri dia itu sapatut-nya menjadi besar maka olih kerana dia merasa diri-nya besar maka dia tidak mahu mendengar-kan kata orang lain sahinggakan kata-kata Allah swt pun dia itu tidak mahu turut sebab itu apabila sa-saorang itu ada sifat-sifat kebesaran maka orang tersebut tidak akan mendengar kata siapa-siapa dan telah ada tiga pekara pada diri shaitan itu pertama shaitan itu engkar tidak mahu turut segala perintah Allah kadua dia merasa diri-nya itu besar dan ketiga shaitan itu telah termasuk golongan orang-orang kafir

olih itu apabila Allah swt memberi kedudukan yang besar kapada kita sahingga orang lain mendengar kata-kata kita maka kita kena banyak bershukur kapada Allah swt dengan berkata"Ya Allah ini semua ada-lah daripada engkau dan bukan-lah daripada diri saya kerana pada diri saya ini tidak mempunyai apa-apa kuasa dan ini semua ada-lah daripada engkau dan engkau telah mengangkat aku dengan memberikan kedudukan yang besar dan engkau juga telah menjadikan lidah atau kata-kata aku sahingga orang lain dapat menuruti kata-kata aku"dan jangan kita lihat kebolihan yang ada pada diri kita ia-itu dengan menafikan kebolihan yang ada pada diri kita ini kerana sakira-nya jika kita ini kalau-lah tidak di-pimpin olih Allah swt maka diri kita ini akan menjadi sesat dan kalau-lah dengan sebab targhib dan kata-kata kita sahingga orang-orang dapat mantaati perintah-perintah Allah swt dan juga meningalkan segala larangan-larangan-nya maka itu semua-nya ada-lah Allah swt yang lakukan dan kalau Allah swt tidak perintahkan atau lakukan maka tidak ada siapa yang mahu mendengarkan kata-kata kita sebab itu-lah para Nabi dan juga para Rasul di-masa terdahulu apabila orang-orang telah mula beriman dan menerima agama maka para Rasul dan Nabi tersebut senantiasa mengadu kapada Allah swt dengan berkata"Ya Allah ini semua ada-lah usaha kamu kerana kalau tanpa bantuan dari kamu dengan tidak memberi taufik dan hidayah maka manusia-manusia ini tidak menjadi seperti ini dan kalau kamu tidak memberi orang-orang ini untuk taat maka mereka ini tidak akan dapat taat sahinggakan diri aku sendiri juga tidak akan dapat taat kalau tanpa bantuan daripada kamu olih itu semua ini ada-lah daripada mu Ya Allah"

dan ini-lah sifat-sifat yang ada pada Nabi-Nabi dahulu di-mana bila ada keadaan seperti ini maka mereka itu senantiasa akan kembali kapada Allah swt dan Nabi saw sendiri telah bersusah payah salama dua puloh tahun tiga belas tahun di-Makkah dan tujuh tahun di-Madinah dan apabila tiba tahun hijrah yang kelapan Allah swt telah tukarkan suasana ia-itu di-waktu zaman pembukaan kota Makkah di-mana Nabi saw bolih pulang kembali ka-Makkah dengan membawa sahabat-sahabat-nya lebih daripada seribu orang dan semua sahabat yang bersama dengan Nabi saw itu ada-lah orang-orang yang taat-taat dan Allah swt telah bukakan kota Makkah di-mana bila jemaah Nabi saw masuk ka-Makkah di-waktu itu tidak ada satu pun orang-orang kafir yang bolih berkata apa-apa dan di-dalam keadaan yang bagitu baik dan tenang namun Nabi saw telah masuk ka-dalam kota Makkah dengan menaiki unta dengan menundukkan kepala-nya di-mana beliau tidak merasa besar diri dan Nabi saw berkata"Ya Allah ini semua berlaku ada-lah di-atas kurnia engkau dan engkau-lah yang telah menyebabkan hamba-hamba ini mendapatkan hidayat dan engkau juga telah menjadikan hamba-hamba mu itu dapat taat kapada engkau dan engkau juga-lah yang telah memberi kapada mereka petunjuk dan engkau juga yang telah menghancurkan musuh-musuh agama mu dan aku berserta sahabat-sahabat ku tidak mempunyai apa-apa dan engkau-lah yang telah melakukan segala-gala-nya bukan aku kerana kalau engkau tidak jadikan bagini maka ini semua tidak akan berlaku"

jadi Nabi saw di-dalam keadaan yang sedemikian senantiasa kembalikan hati-nya kapada Allah swt dan tidak ada di-dalam hati beliau sifat-sifat kebesaran dan kebanggaan dan beliau tidak berkeinginan untuk mencari kedudukkan yang tinggi dan untuk mencari kedudukan yang tinggi ada-lah sifat-sifat ahli dunia kerana ahli dunia apabila mereka melakukan kerja maka mereka mahukan kedudukan dan kalau tidak bolih dapatkan kedudukan maka ahli-ahli dunia tidak akan mahu melakukan kerja-nya sabalik-nya bagi ahli agama mereka akan melakukan kerja dengan mengikut apa yang di-perintah-kan kapada-nya olih itu tidak ada kesamaan antara sifat yang terdapat pada ahli dunia dan juga pada ahli-ahli agama dan sifat ahli-ahli dunia ini apabila mereka telah melakukan usaha yang banyak dan mereka itu tidak di-beri atau mendapat kedudukan yang besar maka ahli dunia itu akan berhenti daripada melakukan usaha dengan mencari jalan yang lain sabalik-nya ahli-ahli agama mereka itu tidak kira sama ada di-beri kedudukan atau tidak maka mereka akan tetap melakukan usaha seperti mana sahabat-sahabat Nabi saw di-mana se-telah agama masuk di-dalam kehidupan mereka maka apa saja yang di-perintahkan kapada mereka maka mereka akan melakukan-nya dan mereka tidak akan bersungut sebab itu apabila kita melakukan usaha agama dengan niat untuk mencari kedudukan yang besar maka itu bukan-lah tertib yang ada pada para sahabat sebab sifat para sahabat mengikut apa yang di-perintah dan untuk di-tinggikan darjat dan maju-nya diri kita ini di-dalam usaha agama maka kita kena ada sifat ketaatan pada diri kita ini kerena bila ada sifat taat di-dalam diri kita maka akan meningkat-lah darjat kita sabalik-nya apabila tidak ada sifat taat maka diri kita tidak akan terbentuk


Dan untuk meningkat-kan usaha ijtimaii maka kita kena buat kerja dengan mesuarat dan di-dalam mesuarat itu kita kena ada satu fikir,satu hati dan juga satu keputusan dan apabila di-dalam mesuarat dapat di-putuskan satu keputusan maka usaha ini akan meningkat dan untuk majukan diri kita dalam usaha ini maka kita kena jaga sifat ketaatan dan semua sahabat mereka itu mempunyai sifat taat dan mereka juga sangat banyak melakukan mesuarat sahingga pekara yang kecil-kecil pun mereka lakukan dengan bermusuarat sepertimana Saidina Umar ra sendiri di-mana beliau sering mengambil pendapat dari beberapa orang sakira-nya ada masaalah-masaalah yang kecil maka beliau akan panggil orang-orang tadi untuk bermesuarat dan kemudiaan beliau akan membuat keputusan tetapi apabila ada masaalah-masaalah yang besar maka beliau akan panggil orang-orang Muhajiran dan orang-orang Ansar kerana di-dalam dua-dua golongan itu terdapat orang-orang lama dan dengan memanggil orang-orang tersebut maka beliau akan meminta pendapat orang-orang lama tersebut sebab itu-lah sahabat-sahabat ini terkenal dengan gelaran orang yang banyak melakukan mesuarat dan satu hari telah datang sa-orang perempuan muda kapada Saidina Umar dan wanita muda itu beritaukan tentang masaalah-nya kapada Saidina Umar dan apabila beliau dengar masaalah wanita muda tersebut maka Saidina Umar telah perintahkan sahabat-sahabat-nya untuk kumpulkan wanita-wanita tua di-tempat tersebut dan apabila telah terkumpul wanita-wanita tua itu maka Saidina Umar telah menghantar orang untuk bertanya tentang masaalah wanita muda yang datang bertanya kapada-nya tadi dan wanita-wanita tua yang di-kumpulkan itu akan di-tanya tentang masaalah yang di-hadapi olih wanita muda yang bermasaalah itu dan mereka di-suruh untuk membuat keputusan tentang masaalah yang ada itu dan setelah keputusan di-buat maka keputusan itu di-serahkan kapada Saidina Umar dan setelah beliau terima keputusan dari wanita-wanita tua yang di-kumpulkan itu maka baru-lah keputusan tersebut di-beritaukan kapada wanita muda yang mempunyai masaalah tersebut sebab-nya agama Allah swt ini ada bermacam-macam masaalah dan bukan semua masaalah itu dapat di-fahami olih satu orang bagitu juga masalah wanita muda tadi hanya orang-orang wanita saja yang bolih faham tentang masalah wanita muda tadi dan wanita-wanita tua itu mereka berpengalaman dan tahu cara-nya bagaimana untuk menyelesaikan masaalah-nya kerana pekara tersebut mungkin telah berlaku pada zaman mereka dahulu ia-itu pada waktu mereka masih muda dahulu

dan bagini-lah cara sahabat buat usaha dan mesuarat ini telah di-tetapkan olih Allah swt dan ini juga ada-lah sabagai satu sunnah dan mesuarat ini bukan-lah adat dan amalan mesuarat ini ada-lah amalan Nabi saw dan Allah swt telah perintah kapada Nabi saw"wahai Nabi!kamu kena tanya pandangan-pandangan sahabat-sahabat kamu di-dalam apa-apa urusan"jadi Allah swt telah perintah kapada Nabi saw untuk jumpa orang dan tanya pendapat dari orang lain dan Allah swt tidak kata"wahai manusia pergi tanya Nabi"sabalik-nya dalam urusan mesuarat ini Allah swt minta supaya Nabi saw sendiri pergi bertanya kapada orang lain dan di-dalam mesuarat itu akan ada keberkatan apabila kita lakukan dengan mengikuti usul-usul-nya dan apabila mesuarat itu kita lakukan dengan mengikut pada usul-nya maka kalau-lah Allah swt mahu berikan kebaikan maka Allah swt akan bukakan jalan melalui mesuarat tersebut untuk dapat menghasilkan kebaikan dan dalam usaha agama ini apa saja yang kita lakukan kita kena lakukan dengan bermesuarat dan dengan bermesuarat maka Allah swt akan tingkatkan usaha ini dan apabila kita melakukan mesuarat maka kita kena minta usulan satiap orang yang berada di-dalam mesuarat tersebut dengan cara bagini maka Allah swt akan satukan hati-hati kita dan apabila ada satu hati maka barulah usaha ini akan meningkat dan pada masa di-dalam mesuarat itu kita perlu korbankan pendapat kita dan kalau-lah kita ini bolih korbankan harta dan diri maka kenapa pula kita tidak sanggup untuk korbankan pendapat kita waktu berada di-dalam mesuarat jikalau orang tidak menerima pendapat kita tidak mengapa

akan tetapi kita kena ikut pendapat orang lain dan Nabi saw sendiri telah korbankan pendapat beliau apabila datang-nya wahyu maka semua kena taat ia-itu Nabi dan juga sahabat-sahabat kena taat tapi kalau pendapat itu dapat di-tanyakan seperti satu ketika Nabi saw ada satu pendapat dan sahabat-sahabat telah bertanya"wahai Rasullullah apa-kah itu wahyu dari Allah swt"maka jawab Nabi saw"tidak itu ada-lah pendapat saya"dan sahabat berkata"wahai Rasullullah kami juga mempunyai pendapat"jadi Nabi saw ada masa tinggalkan pendapat-nya untuk turut usulan para sahabat dan jangan-lah kita tekankan usulan kita tersebut ia-itu kita jangan paksa supaya usulan kita itu di-terima kerana di-dalam mesuarat setiap orang bolih beri usulan dan memberi usulan itu ada-lah satu amanah dan usulan yang ada pada kita itu ada-lah satu amanah sebab itu jika orang terima usulan kita alhamdulillah dan bagitu juga jika usulan kita itu tidak di-terima kita jangan merasa kecewa dan apa yang telah di-putuskan olih mesuarat itu-lah yang kita turut dan mesuarat yang di-lakukan olih para sahabat sangat-lah lembut dan mesra tidak ada kekasaran dan setiap usulan yang mereka berikan ada-lah amanah dari Allah swt dan ganjaran bagi orang yang melakukan mesuarat sangat-lah besar ia-itu dengan beberapa orang saja yang melakukan mesuarat kemudian keluar-lah keputusan daripada mesuarat tersebut dan dengan keputusan tersebut kita pun melakukan kerja yang di-putuskan mesuarat tersebut dan tiba-tiba Allah swt terima keputusan mesuarat dan kerja kita dan Allah swt pula jadikan kerja dari keputusan mesuarat tersebut menjadi as-sebab tersebar-nya agama ka-seluroh dunia ini maka orang yang mengamalkan agama se-telah kita lakukan usaha maka orang tersebut akan mendapat pahala kerana amalan yang mereka lakukan dan kerana kita menjadi asas penyebab mereka-mereka itu untuk dapat amalkan agama maka kita semua akan mendapatkan ganjaran daripada semua amalan-amalan yang mereka lakukan tersebut

dan Nabi saw bagitau"apabila tiba masa di-mana pemimpin-pemimpin kamu ada-lah golongan-golongan orang yang suka melakukan kebajikan dan orang-orang kaya di-masa itu orang-orang yang sangat sombong hati-nya maka setiap urusan-urusan di-waktu itu hendak-lah di-lakukan dengan bermesuarat kerana di-masa itu duduk di-atas dunia ini lebih baik daripada mati"sebab itu untuk memajukan usaha dakwah ini maka mesuarat menjadi as-sebab yang paling besar sakali kerana dengan hidup-nya suasana mesuarat maka dengan cepat-lah usaha dakwah ini akan maju sebab itu di-dalan setiap urusan di-dalam usaha dakwah ini kita di-minta selalu buat dengan bermesuarat dan shaitan senantiasa akan masuk ka-dalam hati-hati manusia dengan meletakkan sungutan dan rungutan supaya manusia-manusia tersebut tidak melakukan mesuarat dan shaitan tidak suka pada mesuarat dan apabila shaitan masuk ka-dalam hati manusia maka dia akan goda hati manusia itu sahingga manusia itu akan keluarkan apa yang ada pada hati-nya itu dan apabila dalam mesuarat ada kata mengata antara satu dengan yang lain maka lama kelamaan akan menjadi pecah hati dan penyatuan hati sangant-lah penting sakali dan dengan mesuarat maka hati akan bersatu dan dengan mesuarat hubungan antara satu dengan yang lain akan menjadi rapat dan dengan mesuarat maka petolongan dari Allah swt akan datang dan bantuan dari Allah swt bergantung pada satu hati-nya orang yang buat usaha

dan kerja agama ini akan memberikan kesan yang besar sakali kerana dengan as-sebab usaha agama-lah membuat manusia ini dapat bersatu dan Allah swt beritau dalam Al-quraan"wahai Muhammad jika sakira-nya kamu membelanjakan seluroh harta yang ada dibumi ini maka kamu tidak akan mampu untuk menyatukan hati-hati manusia"sabalik-nya Allah swt telah menyatukan hati-hati manusia ini hanya dengan usaha agama dan dua pekara yang menghalang kita daripada melakukan usaha agama pertama ia-itu bila kita bergerak dengan pendapat kita sendiri dan ini akan menjadi panghalang untuk kita melakukan usaha agama kadua tidak mahu menerima pendapat orang lain walaupun pendapat yang di-berikan olih orang lain itu betul dan hak dan ini-lah dua-dua pekara itu-lah yang menghalang usaha agama dan kerana kadua-dua sifat itu-lah yang telah menyebabkan kaum Nabi Nuh tidak dapat terima dakwah-nya Nabi Nuh as dan Nabi Nuh as bukan-lah melakukan usaha yang sebentar untuk mengajaka kaum-nya kapada agama lebih kurang 950 tahun dan ini bukan-lah masa yang pendek walaupun beliau mengunakan masa yang panjang untuk mengajak kaum-nya kapada agama tetapi kaum-nya masih tidak mahu turut dengan apa yang di-bawakan olih Nabi Nuh as tersebut kerana kaum-nya itu mempunyai kedua-dua sifat tersebut dan Allah swt beritau dalam Al-quraan"di-mana mereka-mereka itu tidak mahu minggalkan pendapat mereka yang salah dan mereka juga tidak mahu merima pendapat Nabi Nuh as yang benar"dan salama 950 tahun dakwah Nabi Nuh as tehadap kaum-nya dan dakwah-nya tidak memberi kesan apa-apa kapada kaum-nya kerana kaum-nya itu mempunyai kadua-dua sifat tersebut

sebab itu untuk memajukan usaha agama pertama sakali kita kena satukan kerja dan kadua kita kena satukan hati-hati orang yang melakukan usaha dan kedua-dua sifat di-atas tadi-lah yang menghalang kita dari pada satu hati dan satu kerja dan kita kena minta kapada Allah swt supaya di-buangkan sifat-sifat yang tidak baik itu daripada hati-hati kita ini sebab kalau-lah ada sifat tersebut di-dalam hati-hati kita maka kerja dan hati kita ini tidak akan dapat bersatu dan shaitan dan juga ahli-ahli bathil tidak suka melihat umat ini dapat bersatu dan shaitan akan berusaha supaya orang-orang yang melakukan usaha agama ini berpecah belah ia-itu dengan menanamkan dalam diri orang yang buat usaha agama itu perasaan sangka buruk terhadap orang lain dan apabila tersebar-nya sifat sangka buruk itu maka setiap orang akan pecah belah sebab shaitan tahu orang-orang yang melakukan usaha agama tidak akan melakukan maksiat-maksiat tetapi dengan memasukkan sifat sangka buruk dalam hati orang yang melakukan usaha agama dengan ini akan membuat orang-orang yang melakukan usaha agama menjadi pecah-belah dan pecah belah ini berpunca daripada pecah-nya hati-hati orang-orang yang melakukan usaha agama tersebut dan dalam agama ini kita kena sangka baik kapada Allah swt dan apabila kita sangka baik kapada Allah swt maka Allah swt akan memberikan kebaikan kapada kita ia-itu dengan mengikut sangkaan kita kapada Allah swt

dan tiga hari sebelum wafat-nya Nabi saw beliau telah bersabda kapada Jabir bin Abdillah"wahai hamba Allah hendak-lah kamu sangka baik kapada Allah swt dan hendak-lah kamu tanamkan harapan-harapan baik terhadap Allah swt kerana Allah swt akan memberikan apa-apa kapada kamu dengan mengikut sangka kamu terhadap Allah swt"sebab itu kita kena bawa sifat sangka baik kapada Allah swt dan juga kita kena ada rasa baik sangka kapada sasama kita dan jangan-lah ada pada diri kita ini sifat sangka buruk terhadap orang lain dan di-dalam agama kita di-suruh sangka baik terhadap orang lain dan Allah swt larang kita daripada sangka buruk terhadap orang lain dan Allah swt bagitau"wahai orang-orang yang beriman kamu hendak-lah tinggalkan sifat-sifat sangka buruk kerana ada-nya sifat sangka buruk itu akan menyebabkan kamu berdosa maka itu jangan-lah kamu mencari kesalahan orang lain"dan apabila kita sangka buruk kapada orang lain tanpa alasan dan bukti maka itu akan menjadi amalan yang haram buat kita dan apabila kita ada perasaan sangka buruk kapada satu orang maka kita akan mencari kecacatan yang lain yang ada pada diri orang tersebut dan dengan ini akan lahirlah pekara-pekara keburukan yang lain dan ini semua berpunca daripada sangka buruk yang ada pada awal-nya dan apabila kita telah melihat keburukan orang tersebut maka kita akan membawa keluar kecacatan orang tersebut melalui lidah kita dan apabila kita sebut keburukan orang itu dengan lidah kita maka itu telah menjadi mengumpat dan mengumpat itu ada-lah dosa yang sangat besar sakali

dan Moulana Yusuf rh ada berkata"mengumpat ada-lah satu-satu pekara yang sangat-sangat besar dan dosa-nya juga sangat besar dan azab bagi orang yang mengumpat juga sangat-lah besar dan kesan daripada azab itu akan datang dengan cepat ia-itu apabila satu-satu orang itu mengumpat maka awal sakali Allah swt akan pisahkan hati orang tersebut dan ini-lah azab yang awal sakali"sebab itu kita kena usaha jangan ada di-antara kita ini perasaan sangka buruk dan kita kena ujudkan suasana supaya tidak terujud perasaan sangka buruk dari mana-mana pihak dan Moulana Elias rh ada berkata"usaha dakwah ini ada-lah satu usaha untuk jual beli pekara yang baik ia-itu kita jual sifat baik dan kita juga beli sifat baik yang ada pada orang lain dan tidak ada jual beli pekara-pekara yang jahat di-dalam usaha dakwah ini"

sebab itu di-dalam usaha ini kita hanya jual belikan pekara-pekara yang baik saja dan orang yang mempunyai hati yang suci dan bersih saja yang dapat hidup dan bergerak di-dalam usaha ini dan orang yang mempunyai hati yang kotor maka orang tersebut tidak akan lama di-dalaam usaha ini olih itu kita kena bersihkan hati kita ini daripada sifat sangka buruk terhadap orang lain dan kita juga kena bersihkan hati kita daripada inginkan pekara-pekara yang tidak ada di-dalam agama Allah swt dan kita kena bersihkan hati kita daripada benda-benda dunia dan jangan ada tujuan-tujuan yang lain sahingga hati kita ini menjadi ikhlas dengan melakukan samata-mata kerana Allah swt dan Nabi saw bagitau"mereka-mereka yamg melakukan usaha dengan ikhlas-lah yang akan melahirkan nur hidayah"olih itu apabila hati telah menjadi suci dan melakukan usaha ikhlas kerana Allah swt maka dengan keikhlasan itu-lah akan tersebar-nya hidayah dan apabila telah tersebar-nya hidayah maka usaha agama ini akan berjalan dengan maju dan apabila usaha telah menjadi maju maka semua lapisan masarakat akan menerima usaha ini dan apabila mereka itu datang kapada kita maka di-dalam hati kita ini jangan-lah ada rasa inginkan sasuatu daripada mereka-mereka tersebut sama ada pekara dunia,pangkat ataupun pujian dan kita jangan-lah harapkan sasuatu daripada mereka dan yang kita mahukan ada-lah supaya di-hari akhirat nanti Allah swt berikan kapada kita darjat yang tinggi

dan Nabi saw bagitau"petolongan Allah swt akan datang kapada kamu dengan as-sebab orang-orang yang lemah (miskin) yang ada daripada kamu"jadi apabila banyak orang yang miskin dan lemah yang melakukan usaha ini maka sa-banyak itu-lah bantuan Allah swt akan datang kapada kita kerana orang yang lemah dan miskin itu melakukan pengorbanan yang banyak dan dengan as-sebab pengorbanan-lah maka Allah swt membantu hamba-hamba-nya sebab itu jangan-lah kita faham bahwa usaha agama ini bolih berjalan dengan harta dan duit sabalik-nya usaha ini bolih berjalan dengan bantuan dan pengorbanan daripada hamba-hamba-nya yang lemah sebab itu apabila sahabat mereka pergi ka-negara-negara yang maju dan mewah dan orang-orang di-negara tersebut menuduh sahabat-sahabat Nabi saw itu mahukan harta-harta mereka dan orang-orang tersebut katakan kapada sahabat"apakah kamu datang dari tempat kamu yang miskin itu ka-sini dengan tujuan untuk mengambil harta-harta kami"maka jawab sahabat"tidak dan itu bukan-lah menjadi tujuan kami dan kami telah ada harta dan harta kami semua ada di-akhirat dan apa yang kami lakukan ini ada-lah kami mahukan ganjaran di-akhirat dan ganjaran di-dunia ini kami tidak mahukan dan kami datang ka-sini bukan mahu cari kebendaan tetapi Allah swt telah hantar kami ka-sini samata-mata untuk agama"

sebab itu kita kena banyak-kan usaha kita tehadap golongan-golongan yang susah dan miskin supaya orang yang susah dan miskin itu dapat amalkan agama dan di-hari ini kalau-lah kita tidak usaha ka-atas orang-orang yang susah dan miskin maka dengan as-sebab kesusahan dan kemiskinan itu akan menyebabkan orang-orang tersebut meninggalkan agama ini dan kita jadikan hidup kita ini dengan mengikut tertib ia-itu dengan melakukan amalan-amalan yang sapatut-nya kita lakukan ada amalan yang kita kena lakukan satiap hari ada juga amalan yang kita kena lakukan satiap minggu dan ada juga amalan yang kita kena lakukan pada tiap-tiap bulan dan ada pula amalan yang kita kena lakukan pada tiap-tiap tahun dan dengan menjaga tertib ini akan memudahkan kita untuk menyabut takaza-takaza agama dan tertib bukan-lah asas usaha agama tetapi menyambut takaza itu-lah asas usaha agama dan orang yang bolih menjaga tertib maka orang itu-lah yang bolih menyambut takaza sabalik-nya bagi orang yang tidak bolih menjaga tertib maka orang itu tidak mungkin bolih menyambut takaza-takaza yang besar sebab itu kita kena jaga tertib itu dengan betul dan kita juga kena selalu menjaga usul kerana dengan menjaga usul itu baru-lah akan ada tarbiyah pada diri kita dan dengan usul itu akan menyinarkan hati kita

sabalik-nya apabila kita tidak menjaga usul maka jiwa kita itu akan di-kuasai olih nafsu maka dengan mengikuti nafsu itu-lah akan menyebabkan musnah-nya kehidupan kita ini dan usul itu merupapakan sharat untuk diri kita ter-islah dan di- tarbiyah seperti mana kita mahu sholat usul untuk sholat ada-lah wudhuk dan kalau-lah tidak ada whuduk maka sholat kita tidak akan (sah) sempurna bagitu juga kedudukan usul di-dalam usaha agama maka itu di-dalam satiap amalan kita kena jaga usul di-dalam ghast,taklim dan sabagai-nya kita kena jaga usul-usul amalan tersebut dan usul yang paling besar sakali ia-lah kita kena korbankan harta dan diri kita sendiri dan juga kita kena lakukan semua kerja melalui mesuarat dan dengan menjaga usul-usul tersebut maka baru-lah Allah swt akan tarbiyah-kan diri kita dan baru-lah kita akan menjadi baik dan apabila kita ketepikan usul maka nafsu kita akan menjadi besar dan dengan sebab besar-nya nafsu-lah maka kehidupan manusia akan menjadi rosak dan apabila kita menjaga usul maka Allah swt akan merendahkan nafsu kita dan jiwa kita ini akan menjadi bersih dan satiap usul-usul itu kita ambil dan belajar daripada orang-orang tua kita dan kita amalkan di-dalam diri kita dan kita juga bawa usul-usul itu kapada seluroh manusia maka dengan bagini diri kita akan terjaga dan orang lain akan dapat belajar usul-usul agama dan kita ini seperti orang yang berniaga dengan cara menjaja dari rumah ka-rumah maka orang yang menjual barang itu dia akan mengambil barang-barang dari kedai yang besar dan orang yang menjaja itu dia pergi dari rumah ka-rumah dan di-dalam usaha-nya itu-lah dia akan mendapatkan rezki untuk di-makan satiap hari

bagitu juga di-dalam usaha dakwah kita ambil usul daripada orang-orang tua kita dan kita pergi jaja kapada setiap buah rumah supaya mereka dapat melakukan usaha agama se-olah-olah kita ini penjaja yang membawa barang untuk pergi kapada setiap rumah-rumah dan apabila berlaku perselisehan tentang usul maka cara penyelesaian-nya ada-lah dengan pergi berjumpa dengan orang-orang tua kita dan apa yang di-putuskan olih orang-orang tua kita itu-lah yang kita ikut maka dengan bagitu segala masaalah akan dapat selesai dan apabila kita berbalah dan berpecah kerana ususl maka kita akan di-timpa dengan kesesatan dan hidayah akan terhenti tidak akan turun sebab itu pekara usul itu kita jangan berbalah dan ada cara untuk menyelesaikan-nya dan Nabi saw bersabda"Allah swt tidak akan menyesatkan mana-mana kaum yang telah menjadi baik melainkan apabila mereka itu telah mula bertengkar atau berbalah sasama sendiri dan apabila mereka itu berbalah sasama sendiri maka mereka itu akan menjadi sesat"dan kita juga kena usaha untuk melakukan usaha ini dengan istiqamah dan senantiasa doa kapada Allah swt supaya Allah swt berikan kapada kita sifat istiqamah dan kita kena rasakan diri kita ini orang yang selalu membuat silap dan apabila kita melihat ada orang yang melakukan kesilapan maka kita maafkan kesilapan mereka itu dan apabila kita bersalah maka kita minta maaf atas kesalahan kita dan kita maafkan kesalahan orang lain dan dengan bagini tidak akan mendatangkan apa-apa masaalah****

No comments: