Percakapan Laa ilaa ha ilallah

Monday, June 22, 2009

Peringatan Untuk Diriku...

apabila kau ingin berteman
jangan kerana kelebihannya
mungkin nanti dengan satu kelemahan
kau mungkin akan menjauhinya

andai kau ingin berteman
janganlah kerana kebaikannya
kerana mungkin dengan satu keburukan
kau akan membencinya

andai kau ingin sahabat yang satu
janganlah kerana ilmunya
mungkin apabila dia buntu
kau mungkin akan memfitnahnya

andai kau ingin seorang teman
janganlah kerana sifat cerianya
andainya dia tidak menceriakanmu
mungkin kau akan menyalahkannya

andai kau ingin bersahabat
terimalah dia seadanya
kerana dia seorang sahabat
yang hanya manusia biasa

jangan diharapkan sempurna
kerana kau juga tidak sempurna

No comments: