Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Wednesday, April 12, 2017
BAYAN MAULANA SAAD KEPADA PELAJAR
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah SWT di antara hamba-hamba Nya hanyalah Ulama. Sesungguhnya Allah SWT Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Fatir 28)
"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah SWT" (Ali Imran 110)
Tuan2 dan saudara2 yang mulia, Ilmu adalah satu sifat daripada sifat-sifat Allah SWT Namun kita ingin membawa sifat Allah SWT itu ke dalam diri kita maka taqwa menjadi syarat.
�Hadis ada menyatakan bahawa ilmu ada dua bahagian. Satu di lidah dan satu di hati. Ilmu hati itulah yang bermanfaat, sedangkan ilmu lidah yang akan menjadi hujah menentang anak Adam (mendakwa anak Adam).
Ada hakikat ilmu dan gambaran zahir ilmu. Ilmu yang hakikat ada hubungan dengan hati. Daripada Iman hinggalah kepada Ibadat, hubungannya ialah dengan hati. Maka keadaan sebeginilah yang akan menimbulkan sifat taat. Iman pun akan mendatangkan taat.
Iman dan Ilmu akan mendatangkan ketaatan jika ia ada kaitan dengan hati. Sedangkan jika ilmu itu hanya pada nama kepada kemampuan pengetahuan zahir, maka kenapa dikatakan bahawa alim yang paling besar ialah yang paling banyak taqwanya. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat yang berkata, saya ingin menjadi orang alim yang paling besar, maka Baginda Rasulullah SAW bersabda:- "Bertakwalah kepada Allah SWTmaka kamu akan menjadi orang yang paling alim". (HR Tirmizi).
Bhg 1
@@@
BERTAQWALAH KAMU.
Sesiapa saja yang bertaqwa maka dia menjadi seorang yang alim. Orang alim ialah seseorang yang sentiasa mentahqiq (memastikan) apakah yang Robb saya ingini daripada saya. Sesiapa saja yang sibuk mentahqiq-kan perkara itu, sebenarnya dia sedang sibuk dengan ilmu.
Jika seseorang sedang sibuk 24 jam dengan hadis namun dia bukan memastikan apakah Robb saya ingini dari saya, maka dia hanya akan belajar rangka ilmu. Dia akan belajar lafaz-lafaz ilmu dan dia akan hafal kitab-kitab. Tujuan menghafal kitab-kitab itu bukanlah untuk taat bahkan tujuan mempelajari kitab untuk mengajar orang lain. Sedangkan mengajar orang lain bukanlah tujuan ilmu.
Memang benar mengajarkan orang lain adalah amanah, namun bukan tujuan ilmu. Tujuan ilmu ialah untuk taat. Ikhtilaf pun bukanlah tujuan daripada ilmu. Ikhtilaf (perbincangan perselisihan pendapat ulama dalam masalah fekah) dan perbahasan bukanlah tujuan ilmu.
Bhg2
@@@
TUJUAN ILMU IALAH KETAATAN
Hadrat Maulana Yusuf rah.a berkata bahawa tujuan ilmu ialah ketaatan. Yakni ilmu ini menuntut saya taat kepada Allah SWT atas cara Baginda Nabi SAW. Jika itulah keadaan seorang pelajar maka baguslah. Dia sedang sibuk dengan maksud ilmu yang sebenar.
�Jika tidak sedemikian maka ia bukanlah ketaatan. Malah yang menjadi maksud ilmu ialah ikhtilaf. Dengan sebab ikhtilaf itu maka saling membangkang antara satu sama lain dan agama tidak sampai kepada umat. Oleh kerana itulah, kita sibukkan diri kita untuk mentaati perintah Allah SWT. Menyampaikan ilmu kepada orang lain adalah amanah. Umat ini dinamakan umat kerana dia mengajarkan ilmu kepada orang lain.
Sayyidina Abdullah ibnu Mas'ud r.a telah menterjemahkan umat sebagai, "Orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia". Beliau membaca :- "Sesungguh nya Muaz bin Jabal adalah umat yang banyak beribadah". Bukannya, "Sesungguhnya Ibrahim a.s adalah umat yang banyak beribadah".
Maka ada orang bertanya kepada Abdullah bin Masud r.a, ayat tersebut bukan demikian. Tuan telah tersalah baca. Maka beliau membaca ayat yang sama sekali lagi. Maka Ibnu Naufal berkata, dalam al Quran ayat yang betul ialah 'Sesungguhnya Ibrahim' dan tuan dengan sengaja telah baca yang salah".
Maka Abdullah bin Masud r.a berkata, "Adakah kamu tahu apakah yang dikatakan umat?" Beliau menerangkan, "yang dikatakan umat, yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai".
Orang yang mengajar agama kepada manusia adalah umat dan orang yang taat kepada Allah SWT ialah 'Qanit'. (Maka Muaz bin Jabal ialah umat kerana ia mengajar kebaikan kepada orang ramai).
Bhg3
@@@
Ada satu bentuk belajar lagi, iaitu berusaha belajar bersungguh-sungguh membentuk isti'dad (kemampuan dan kebolehan) sehingga saya boleh menjadi ustaz di tempat lain. Agar saya dapat kerja yang tetap di mana-mana. Yakni berusaha membina kebolehan diri. Jika saya tidak lakukan demikian setelah selesai belajar nanti, saya akan susah.
Oleh kerana semasa belajar saya tidak membentuk kemampuan dan kebolehan, maka sekarang bagaimana mungkin ilmu saya akan menjadi sumber pendapatan untuk saya.
Sebenarnya ilmu bukanlah Maksab (Sumber pendapatan) bahkan ia adalah Maktab. Ilmu bukanlah perantaraan untuk mendapatkan saraan hidup. Jadi jika KETAATAN tidak menjadi maksud kita dalam belajar ilmu maka ilmu ini akan menjadi perniagaan, ia akan menjadi bisnes atau pekerjaan. Yakni lepas belajar terus mencari tempat bekerja.
Bhg4
@@@
Rasulullah SAW telah menjadikan setiap orang sahabat rhum sebagai muallim (guru). Setiap sahabat telah dijadikan ustaz. Jadi dalam belajar ilmu, pertama sekali kita harus membetulkan niat dan tujuan kita belajar.
Tujuan dan maksud belajar ilmu adalah ketaatan kepada Allah SWT dan menyampaikan ilmu adalah amanah pada umat. Sedangkan tiada upah dalam menyampaikan amanah. Jangan jadikan ilmu itu sebagai sumber untuk mendapatkan pendapatan. Jangan jadikan ia sumber saraan hidup.
Bhg5
@@@
Sayyidina Umar r.a berkata jika mengajar Al-Quran dijadikan sumber pendapatan, mengajar ilmu dijadikan perantaraan mendapatkan saraan hidup, yakni dapat duit daripada mengajar ilmu maka dikatakan dalam hadis, 'zunad' atau dalam sesetengah riwayat 'zanad' yakni orang yang hina akan masuk syurga terlebih dahulu daripada orang demikian.
'Zanad' yakni orang yang hina akan masuk syurga terlebih dahulu daripada orang alim yang menganggap ilmu sebagai perantaraan untuk mendapatkan saraan hidup. Penzina akan masuk syurga terlebih dahulu daripada orang-orang alim yang mengambil upah dalam mengajar ilmu ataupun Al Quran.
Dalam kitab 'Hayatus Sahabah' Maulana Yusuf rah.a menulis, jangan ambil keuntungan daripada umat di atas mengajar ilmu agama kepada umat. Jika tidak penzina dan orang- orang hina akan masuk syurga lebih dulu daripada kamu. Oleh itu kita belajar adalah untuk memasukkan sifat taat dalam diri. Untuk bawa diri kita sendiri kepada ketaatan, iaitu apakah yang Robb saya inginkan daripada saya? Orang yang demikianlah orang alim yang sebenar.
Bhg6
@@@
Sebanyak mana ilmu-ilmu lain yang digunakan untuk memahami ibarat Al-Quran dan Hadis ianya hanyalah perantaraan ilmu (yakni ilmu alat). Perkara yang menjadi perantaraan tidak boleh dijadikan maksud.
Ada pelajar yang mahir dalam ilmu nahu, ada yang mahir ilmu sorof, jangan pula dia menyangka bahawa dia telah mendapat ilmu. Sebenarnya ia baru mendapat alat untuk merungkaikan ibarat, yang mana apabila ibarat itu dirungkaikan dan difahami, barulah dapat diketahui apakah yang Robb saya ingini daripada saya.
Dengan ilmu yang sedemikian akan menimbulkan taqwa dan kemudian Allah SWT akan kurniakan ilmu yang belum ada pada diri orang itu. Sedangkan ilmu yang sememangnya sedia ada padanya maka Allah SWT beri taufik kepadanya untuk beramal.
Rasulullah SAW bersabda, 'bertaqwalah kamu', kepada sahabat yang telah berkata saya ingin menjadi orang yang paling alim. Yakni dengan taqwa, Allah SWT akan bagi taufik untuk amal ilmu yang kamu telah tahu kerana Allah SWT saja yang akan beri ilmu pada kamu.
Bhg7
@@@
Oleh kerana itu, bukanlah tujuan ilmu bahawa saya belajar sekarang ini kerana saya akan mengajar orang lain. Apabila Nabi Musa a.s hendak berpisah dengan Nabi Khidir a.s maka permintaan terakhir Nabi Musa a.s ialah nasihatilah kepada saya. Maka Nabi Khidir a.s berkata, "Janganlah hasilkan ilmu untuk mengajar orang lain. Bahkan hasilkan ilmu agar kamu dapat membentuk kehidupan kamu berdasarkan ilmu itu".
Nabi Khidir a.s telah memberitahu Nabi Musa a.s bahawa maksud ilmu adalah ketaatan bukannya mengajarkan orang lain. Jika kita jadikan maksud ilmu untuk mengajar orang lain maka kita akan katakan aku mengetahui apa-apa yang kamu tidak ketahui. Jika demikian keadaannya maka ilmu sedemikian akan mendatangkan sifat takabbur dalam diri seseorang. Sedangkan sifat takabbur yang datang kerana ilmu lebih teruk dan hina daripada sifat takabbur yang datang kerana kejahilan.
Bhg8
@@@
Saudara-saudara ku yang dihormati, Perhatikanlah apa-apa yang kamu hafalkan daripada kitab-kitab itu semuanya gambaran zahir ilmu. Siapakah yang dikatakan ahli ilmu oleh Allah SWT dalam al-Quran? "Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu; 'Kecelakaan yang besarlah bagi mu, pahala Allah SWT adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperolehi pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar." (Al Qasas-80)
Kata-kata ini diucapkan oleh ahli ilmu kepada orang-orang yang tamak kepada harta Qarun. Yakni ilmu telah mewujudkan dalam hati ahli ilmu itu rasa hina terhadap dunia. Jadi Quran menyatakan bahawa seorang alim ialah orang yang menyatakan bahawa pahala dan ganjaran yang diperolehi sebagai balasan kepada amalan-amalan, adalah lebih baik dari harta benda Qarun. Fikirkanlah apakah ilmu yang kita dapati telah mewujudkan perasaan hina terhadap dunia dalam hati kita.
Bhg9
@@@
Orang-orang yang inginkan harta dunia berkata: "Berkatalah orang-orang yang menghendaki harta dunia, moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar". ( al Qasas-79)
Maka ahli ilmu berkata, 'celakalah kamu, apakah kamu katakan? Sebenarnya ganjaran dan pahala daripada Allah SWT yang merupakan balasan kepada amalan adalah lebih baik daripada khazanah Qarun".
Jadi Quran menyatakan bahawa ahli ilmu ialah orang yang ada sifat ihtisab pada amalan. Maka kitab dan sifat kitab adalah sesuatu yang zahir sahaja. Kita menyatakan bahawa seseorang itu ada isti'dad (kebolehan dan kemampuan) apabila dia mampu menunaikan maksud ilmu dengan sempurna. Inilah orang yang berkebolehan.
Bhg10
@@@
Hubungan amalan hanyalah dengan ilmu yang menjadi ilmu hati. Perhatikanlah, menghafal kitab sememangnya satu usaha. Saya tidak mengingkari usaha menghafal kitab tetapi yang dipersoalkan apakah tujuannya? Tujuan menghafal kitab sebenarnya untuk memastikan daripada ibrah kitab yang dihafalkan itu apakah yang Robb saya ingini daripada saya.
Soalan yang ditanya oleh Nabi SAW berkenaan iman telah dijawab oleh sahabat tersebut sebagaimana keadaan iman yang beliau dengar daripada Nabi SAW," Wahai Rasulullah SAW, saya telah nampak syurga dan neraka sebagaimana saya diberitahu oleh Tuan yakni keadaan ahli-ahli neraka di hadapan saya dan keadaan ahli-ahli syurga pun di hadapan saya." Maka Rasulullah SAW bersabda :- "Kamu telah mendapat makrifat maka istiqomahlah."
Perkara yang ingin dinyatakan ialah, jangan kita menyangka puncak pencapaian ilmu ialah rangka zahir ilmu itu. Bahkan ia hanyalah perantaraan. Sedangkan perantaraan hanyalah untuk dilalui.
Apakah maksud dan tujuan bahan perantara? Contoh nya kita hendak sampai ke satu destinasi. Maka kenderaan adalah perantara sedangkan destinasi adalah maksud. Demikianlah ilmu ia seumpama kenderaan yang merupakan perantara dan taqwa ialah maksud daripada ilmu itu.
Bhg13
@@@
Di India usaha dakwah berjalan baik di University Aligarh. Dari segi penglihatan zahir, tidak boleh diteka siapakah mereka ini. Pelajar-pelajar itu sendiri yang terpaksa membuat kenyataan bahawa mereka pelajar kolej. Ada pelajar kolej berkata kami jadi begini berkat usaha dakwah. Dulu kami tidak tahu apakah yang dikatakan ilmu itu. Kami berada di dalam kegelapan fahaman bahawa apa saja yang dipelajari itulah ilmu. Sedangkan ilmu itu ialah apakah yang Robb saya ingini daripada saya.
Oleh kerana itulah pertama sekali kita kena usaha sifat taqwa. Ilmu adalah sesuatu yang suci. Jika taqwa tidak ada maka kitab akan dihafal namun ilmu tidak dipelajari. Akan ada kemampuan zahir namun tidak wujud sifat taat. Yang ada hanyalah kecerdikan.
Sayyidina Ali r.hu mengeluh panjang lalu berkata, "saya mempunyai ilmu namun saya tidak menemui sesiapa yang boleh menanggung ilmu ini",
Kenapa? Beliau berkata, "Orang ramai ada kecerdikan namun saya tidak boleh menaruh kepercayaan kepada mereka. Mereka boleh menjaga lafaz ilmu, tetapi dengan ilmu itu mereka menghasilkan dunia".
Bhg15
@@@
Oleh kerana itulah kita seharusnya memperbanyakkan Istighfar. Dengan banyakkan Istighfar otak akan mendapat kekuatan. Akal fikiran akan mengingati tuntutan ilmu. Jika tidak demikian, jika tidak sesorang hanya akan dapat menghafal lafaz ilmu dan memindahkan kepada orang lain dan ini bukanlah satu kehebatan.
Hadrat Maulana Yusuf rah.a berkata, "untuk menghafal mana-mana ajaran islam, keislaman seseorang bukanlah syarat. Orang bukan Islam pun boleh menghafal mana-mana maklumat agama".
Seorang kawan saya di Nizamuddin memberitahu saya dia mempunyai seorang jiran bukan islam yang tinggal berhadapan dengan rumahnya. Jiran nya mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cerdik. Budak itu menghafal kitab Behesti Zewar tulisan Maulana Asyraf Ali Tanwi rah dengan baik.
Dia mengjngati masalah-masalah agama yang ada dalam kitab itu. Dia selalu berkata, "perlakuan kamu ini salah. Kamu buat seperti ini salah. Mufti kamu telah tulis dalam Behesti Zewar begini dan begini". Ini adalah keadaan seorang budak perempuan yang bukan islam yang cerdik.
Ringkasnya, tidak semestinya seseorang alim dan tahu dia juga seorang yang taat. Tidak semestinya juga seorang alim itu seorang yang bertaqwa. Kenapa demikian? Ini adalah kerana ilmu adalah satu perkara lain dan maklumat adalah satu perkara lain. Setiap orang harus memikirkan apakah yang miliki itu ilmu atau maklumat. Untuk mendapat maklumat Islam bukanlah syarat. Orang bukan islam pun boleh mendapat maklumat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment