Targhib Oleh Profesor Abdul Rahman:
- Telah datang dalam hati kita inilah “kerja”
- Ada masa dan keadaan kita bertanya adakah ini pun “kerja”
- Melalui pengorbanan, manusia mulai faham memang ini adalah “kerja” dan Allah SWT memahamkan kita bahawa inilah satu2nya “kerja”
- Melalui sirah dan perjalanan hidup Nabi saw bersama sahabat r.a.hum, “kerja” ini dapat kita fahami
- “Kerja” ini tidak dapat difahami dengan perkataan atau bicara/kata2 sahaja
- Kita akan faham dengan membuat/melakukannya
- Jadikan “kerja” ini kerja kita dan letakkan takaza “kerja” ini dihadapan
- Di samping itu lakukan juga kerja2 lain………menyara hidup
- Aturkan kerja mana yang perlu di hadapankan dan yang mana perlu dikemudiankan. Inilah pengorbanan…..
- Dengan pengorbanan ini maka Iman akan datang
- Melalui keadaan(haalat) akan timbul amal dan kekuatan Iman pula akan datang dengan dakwah
- Kerja dakwah difahami dengan pengorbanan. Untuk itu carilah jalan untuk buat pengorbanan
- Syaitan akan mengatakan kita akan “selamat” dengan melakukan kerja dengan cara yang lain
- Kita perlu maju dalam pengorbanan. Beginilah orang2 lama(elders) memahamkan kita
- Dengan pengorbanan maka usaha agama akan wujud, orang baru akan datang
- Orang baru tidak dengar apa yang tuan2 dengar (….umpamanya targhib malam ini…..). Jika mereka buat usaha, usaha tersebut akan mengikut cara sendiri dan akan menjadi luar kawalan
- Contoh: dalam Perang Khandak, keluasan & kedalaman parit telah ditentukan oleh Nabi saw. Terdapat di suatu tempat ada sebiji batu besar menghalang sahabat r.a.hum meneruskan penggalian parit lalu perkara ini dilaporkan kepada Nabi saw. Baginda telah datang dan mengetuk/memukul batu tersebut dengan tongkat/kayu nya lalu terpancar suatu cahaya. Dari cahaya tersebut baginda memaklumkan sahabat r.a.hum bahawa kerajaan Rom akan dikuasai oleh orang Islam. Apabila di pukul kali kedua, suatu cahaya lagi terpancar dan kali ini Nabi memakulmkan bahawa kerajaan Farsi akan dikuasai oleh orang Islam. MasyaAllah…. Kisah ini memberi iktibar bahawa sahabat r.a.hum tidak akan buat sesuatu tanpa merujuk baginda saw, iaitu mereka boleh menggali dengan mengambil ruang lain untuk mengelak batu besar, tetapi mereka tetap akan mengambil laluan yang diputuskan oleh Nabi saw walau terpaksa melalui atau memecah atau mengalih batu besar !!…..Allahu akbar.
Tuan-Tuan yang dimuliakan oleh Allah
- jika kita ikat diri kita dengan tertib dan kehendak Nabi saw, maka Allah akan sebarkan agama ini.
- Dengan cara ini samada orang baru maupun orang lama, sama2 kita akan kekal dalam kerja ini.
- Buatlah kerja dengan mesyuarat. Jika ada “ ijtimai’at ” (satu hati), maka Allah swt akan jauhkan kita dari fitnah !! Allah swt akan mantapkan perhimpunan malam markas/sabguzari kita.
- Orang2 lama buat gash tempatan dan bawa bersamanya ke markas semua ahli Jemaah masjid kita.
- Orang yang duduk hadapan dalam mesyuarat dan juga hadapan di malam markas, maka Allah swt akan perlihara usaha agama ini.
- Usahakan setiap masjid/surau keluarkan Jemaah 4 bulan, 2 bulan, 40 hari, Jalan kaki dan Jemaah 2 bulan + 40 hari masturat. Sediakan juga orang2 yang akan berkhidmat 2 bulan markas dunia di Nizamuddin.
- Sebelum ini kita berfikir2 bagaimana ini boleh dicapai, tetapi dengan berusaha secara berterusan maka perkara ini Allah swt jadikan kebenaran(…materialised).
- Ta’atlah sungguh2 kepada Allah swt dan ambillah kerja. Setiap orang berilah minima masa 2.5 jam setiap hari. Pastikan 100% orang kita jumpai. Pasang2kan rakan seusaha dan bekerja sepanjang 27 hari bulan tersebut
- Letakkan kepentingan kerja ini dalam hati maka “kelamaan” kita akan kekal……..Allahumma Amin
- Usaha ini bukanlah suatu “team”, kita janganlah memilih orang2 tertentu membentuk Jemaah kita, elakkan diri dari lakukan “PICK AND CHOOSE”
- Sempurnakan kerja ini dengan membawa orang2 baru khuruj. Kemampuan kita akan hilang jika kita khuruj dengan orang2 lama sahaja. Usaha menerobos orang awam adalah diperlukan. Contoh: Hal mesyuarat halaqah.
- Sebuah halaqah ditanya bgmana kamu buat mesyuarat halaqah. Di jawab: Mesyuarat pada Jumaat malam selepas isyak dan kami dapati kehadiran amat kurang. Lalu Professor menjelaskan:
- Waktu selepas isyak rakan seusaha baru pulang kerja, sedang makan/rehat maka kehadiran memang akan jadi demikian
- Bagi air yang mengalir, untuk aliran yang deras maka hendaklah di alihkan sekatan2
- Tidakkah boleh kita lakukan mesyuarat di pagi Ahad jam 10 pagi…….cadangan, fikir2kan: Bagaimanakah untuk dapatkan “roh” dalam usaha ini?
- Orang2 lama perlu bergerak. Bentuk Jemaah 10 hari dan bergerak dalam halaqah. Dengan cara ini kita akan tahu keadaan/ehwal dalam halaqah
- Jika tidak, maka laporan2 kerja cuma berada di atas kertas2 sahaja
- Oleh itu tetapkan: tarikh, nama2 rakan, pilih rut. Bergeraklah di halaqah selama 10 hari. Tanpa memasuki suasana orang awam maka usaha kita tidak akan menjadi !!
- Usaha kita bukan ingin buat “resolusi”.
Contoh: para peladang masuk lumpur, bekerja keras menanam biji benih maka kita akan dapatkan bijiran2 di pekan/bandar2. Begitu juga jika darah tidak sampai mana2 bahagian anggota tubuh maka anggota tersebut akan lumpuh/sakit. Dengan kerja ini maka berlakulah “sibgha” iaitu celupan Allah swt
- Usaha ini bukan untuk menghimpun harta tetapi ingin beri harta kepada orang lain, usaha ini bukan menghimpun pakaian tetapi memberi pakaian kepada orang lain, usaha ini bukan menghimpun belanja untuk diri tetapi ingin membelanja keatas orang lain………..masyaAllah
- Kita bukan ingin/mahu jadi Ketua. Kita hanya inginkan ALLAH swt. Dengan menipu Allah swt, agama tidak akan datang. Na’uzubillah….
- Kita perlu sering berdoa: Ya Allah, apa yang telah Engkau beri kepada sahabat r.a.hum maka berilah kepada kami juga……….. Amin.
Pastikan usaha di malam hari bertahajud dan doa dilakukan saban hari/ketika
- Usaha akan menjadi sebuah “Gerakan” sahaja jika tiada usaha di malam hari. Mereka duduk dekat2 tetapi hati mereka berjauhan
- Jika berusaha mendapatkan 10 hari tidak kesampaian, maka setelah beri 3 hari bulanan maka tambah 3 hari lagi. Biarkan diri kita “LETIH + DOA” kedua2nya perlu bergandingan.
-..dan bersungguh doakanlah untuk umat.
Ajak/galakkan anak dan isteri kita berdoa untuk umat Nabi saw. Allahumma taqabbal. Amin……….
Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Wednesday, October 31, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
jazakallah tuan kerana berkongsi dlm blog tuan...banyak manfaat dn pengajaran yg boleh didapati dri bayan prof tersebut...moga2 allah kekalkan sya dlm usaha ini...aminnnn....
Post a Comment