Percakapan Laa ilaa ha ilallah

Thursday, August 2, 2012

aib diri sendiri : rehat dan letih

Abu Hatim Ibn Hibban mengatakan:

"Wajib atas orang berakal untuk sentiasa bebas daripada perlakuan mencari-cari keaiban orang lain, dan sentiasa menyibukkan diri dengan memperelokkan keaiban diri sendiri.

Sesungguhnya sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan keaiban diri sendiri, dia akan merehatkan badan dan tidak meletihkan hatinya.

Kerana setiap kali dia mengesani suatu aib pada dirinya, dia akan bersikap mudah jika melihat aib yang sama pada saudaranya.
Dan sesiapa yang menyibukkan diri dengan keaiban orang lain tanpa mengendahkan aib dirinya, hatinya akan buta dan badannya akan letih.


(Rawdhah al-Uqala)



No comments: