Percakapan Laa ilaa ha ilallah

Tuesday, November 29, 2011

Bergerak di Jalan Allah.

Mujahadah Itu Pahit Kerana Syurga Itu Manis...

Selagi amalan kita tidak mengikuti kehendak amalan yang disayangi oleh Allah SWT dan disayangi oleh Rasulullah SAW, selagi itu kita tidak boleh menundukkan mahluk-mahluk Allah SWT. Amalan yang disayangi oleh Allah SWT dah Rasulullah SAW adalah Bergerak di Jalan Allah.



Hadhrat Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang telah mengatakan dengan lidahnya suatu perkara yang benar, yang diamalkan selepas itu, maka Allah SWT akan menjalankan pahalanya sehingga Kiamat, dan di hari kiamat nanti Allah SWT akan menganugerahkan pahala yang sempurna.
(HR Musnad Ahmad)




"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

(surah al-Ankabut : ayat 69)



"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."

(surah An-Nahl : ayat 128)



Katakanlah: Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredhaan Allah.

(surah al-Furqaan : Ayat 057)



Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah orang yang berkumpul untuk berzikir kepada Allah Azza wa Jalla dengan tiada keinginan lain daripada mencari keredhaanNya, kecuali bahawa (pada akhir majlis itu) seorang malaikat mengumumkan dari langit (dengan perintah Allah): Bangunlah orang-orang yang patut mendapat keampunan, kerana sesungguhnya dosa-dosamu telah diganti dengan kebaikan. (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Abu Ya’la, Bazzar dan Majma uz Zawaid)




Dari Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang sakit kepala dijalan Allah SWT dan berniat untuk mendapatkan pahala, maka segala dosanya yang terdahulu akan diampunkan. (HR Tabrani)



"Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik."

(surah as-Saaffat : Ayat 080)



"Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia)."

(surah As-Saaffat : Ayat 061)



Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

(surah al-Baqarah : Ayat 195)

No comments: