Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Tuesday, September 13, 2011
Nasihat Maulana Umar Palampuri rah.a
Maulana Umar Palampuri rah.a pernah menasihatkan di kalangan pekerja dakwah: "Selalulah berusaha untuk menjaga agar hati tetap bersih dalam melihat keadaan umat Islam. Tanpa kebersihan hati akan timbul perasaan benci di dalam hati sehingga akan menghalang usaha mengislahkan diri. Hadapilah orang-orang yang berbuat maksiat dan zalim dengan lemah lembut dan kasih sayang." Dalam malfuzat yang lain, maulana mengatakan; "Kerosakan dunia pada hari ini adalah berpunca daripada buruknya amalan orang islam pada hari ini. Jangan kita menuduh pihak lain, tentang rusuhan, bencana alam, maksiat dan mungkar yang berlaku, salahkan diri kita sendiri kerana kita sendiri tidak beramal dan sebarkan agama." Pada hakikatnya, diri kita sendiri belum bersih 100% daripada kemaksiatan kecuali kepada mereka yang Allah SWT beri kefahaman dalam kehidupan berugama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment