Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
Barangsiapa membaca seratus kali pagi dan seratus kali petang: Subhanallahi Wa Bihamdihi, akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebagaimana buih-buih dilautan.
(Hadith Sahih oleh Hakim)
Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

11 comments:
Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Bilakah akan berlaku hari Kiamat wahai Rasulullah? Baginda Rasulullah SAW menjawab: Apakah persiapan engkau untuk hari itu? Dia menjawab: Aku tidak ada persiapan untuk itu dengan banyak bersolat, dan puasa sunat atau pun bersedekah, akan tetapi aku mencintai Allah dan RasulNya. Nabi SAW bersabda: Kamu akan berada bersama dengan orang yang kamu cintai. (HR Bukhari)
Dari Zaid bin Thabit r.a berkata: saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jika matlamat seseorang itu adalah dunia maka Allah SWT akan memporak perandakan urusannya. Yakni Allah SWT akan menyusahkannya di dalam segala urusan (rasa khuatirkan) kemiskinan terbayang-bayang dihadapan matanya, dan dia akan mendapat dunia hanya sekadar apa yang telah ditakdirkan untuknya. Dan sesiapa yang niatnya adalah akhirat, maka Allah SWT akan memudahkan urusannya dan Allah SWT akan menjadikan hatinya kaya, dan dunia akan datang dalam keadaan hina kepadanya.
(HR Ibnu Majah)
Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sering berdoa :
يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلى دِيْنِكَ
Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.”(Hadis riwayat: Imam Ahmad, at-Tirmidzi dan lainnya)
Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu. (HR Hakim)
Salam,apa khabar tuan blog,harap dlm keadaan sihat dan ceria,maaf kerana lama tidak mengomen di sini kerana baru balik tashkil...doa kan sy..(jemput baca entry terbaru sy di blog sy..)
Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya dihadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai. (HR Abu Daud)
Dari Ubadah ibn Samit r.a sesungguhnya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba yang selalu bersujud kepada Allah, kecuali setiap sujud Allah mencatit satu kebaikan baginya dan menghapuskan satu dosa dan mengangkat satu darjat. Maka perbanyakkanlah sujud (kepada Allah dengan mengerjakan solat). (HR Ibn Majah)
Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini,iaitu:wanita-wanita,anak-pinak,harta yang banyak berupa emas,perak,kuda pilihan,binatang ternakan dan sawah ladang.Itulah kesenangan di dunia,dan sesungguhnya,apa yang ada di sisi ALLAH itu adalah lebih baik." (ali imran:3:15)"
Dari Buraidah Aslamiy r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya akan dipakaikan pada hari Kiamat dengan sebuah mahkota yang diperbuat daripada Nur. Cahayanya seperti cahaya matahari. Kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan dua helai pakaian yang tidak ada tandingannya di dunia ini. Dia akan bertanya kenapakah dia dipakaikan dengan pakaian yang seumpama ini? Akan dijawab: Ini kerana kamu mengajar anak kamu membaca Al-Quran. (HR Hakim)
Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Ramai diantara orang yang berada ditempat tidur yang empuk sibuk berzikir kepada Allah dengan berkat zikirnya dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi darjatnya. (HR Abu Ya’la, Majma uz Zawaid)
Hazrat Anas r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara alamat hari Kiamat ialah, ilmu akan diangkat, kejahilan berleluasa dan minum arak secara terbuka, tersebarnya perzinaan. (HR Bukhari)
Post a Comment