"SESUNGGUHNYA orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat,
Kami jadikan perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka
dan tingggallah mereka teraba-raba dalam kesesatan"
- Surah An-Naml Ayat 4.
Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Kamu semua hari ini mendengar perkara-perkara keagamaan dariku, esok perkara-perkara ini didengari pula daripada kamu. Kemudian ia didengari pula dari orang-orang yang mendengarinya daripada kamu (kerana itu dengarlah dengan teliti dan sampaikanlah kepada orang-orang yang selepas kamu, supaya mereka dapat menyampaikan kepada orang-orang selepas mereka, dan urutan ini berterusan).
(HR Abu Daud)
Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bertengkar.
HR Muslim)
Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu.
(HR Hakim)
Post a Comment