Bahaya 8 perkara..
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika
1. bapa-bapa kamu,
2. dan anak-anak kamu,
3. dan saudara-saudara kamu,
4. dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu,
5. dan kaum keluarga kamu,
6. dan harta benda yang kamu usahakan,
7. dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
8. dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
- (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada
1. Allah
2. dan RasulNya
3. dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya,
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).(At Taubah; ayat 24)
Jangan yakin majoriti..
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
At Taubah; ayat 25)
Kena usaha iman gak..
Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
(At Taubah; ayat 26)
Yang sudah tu sudah le..
Kemudian Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki (dengan memberi taufiq untuk memeluk Islam), sesudah (orang-orang kafir itu ditimpakan dengan azab); dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(At Taubah; ayat 27)
Ni je caranya..
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
(At Taubah; ayat 100)
Tuan-tuan yang mulia,
Allah SWT suka dan cinta kepada agamaNya dan usaha agamaNya dan tidak ada sesuatu yang Allah SWT cintai lebih daripada dua perkara ini. Barangsiapa yang membantu usaha untuk agamaNya, Allah SWT akan membantunya seperti mana firmanNya : "Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya".
Tuan-tuan berusahalah bersungguh-sungguh untuk agama Allah SWT. Bergeraklah bersungguh-sungguh dan pergilah ke tempat-tempat yang banyak dan sebarkan, usahakan dan wujudkan suasana kesedaran dikalangan manusia-manusia lain yang akan memberatkan agama, yang akan membesarkan agama dan akan fikirkan untuk amal agama.
Amalan-amalan yang kita buat semasa berada di jalan Allah SWT jika nak dibandingkan dengan amalan di tempat sendiri dari segi nilainya adalah beribu-ribu kali ganda. Zikir yang kita buat dirumah kita sendiri, tilawah quran yang kita buat dirumah kita sendiri dan ibadat-ibadat itu jika dibuat dijalan Allah SWT adalah berjuta-juta kali ganda nilainya.
Hari ini dari segi amalan kita sudah banyak membelakangkan diri kita. Oleh itu kita keluarlah dijalan Allah dan buatlah amalan-amalan yang baik dan banyak supaya amalan-amalan kita ini lebih bernilai disisi Allah. Syaitan sentiasa menipu kita iaitu "Kamu islahlah diri kamu dan betulkan diri kamu dahulu, barulah kamu cuba islahkan diri orang lain". Tetapi tuan-tuan yang mulia, kita keluar dijalan Allah SWT ini adalah dengan niat untuk islah diri kita bukannya untuk islah diri orang lain.
Semoga Allah SWT jadikan kita sebagai orang-orang yang akan amal dan orang-orang yang akan cinta agama dan orang-orang yang keluar ke jalan Allah SWT untuk amalan-amalan yang banyak. Semoga Allah SWT jadikan tuan-tuan istiqamah di dalam agamaNya, dapat kembangkan agamaNya dan dapat memajukan tuan-tuan di dalam agamaNya.
Wallahua'lam..
Percakapan Laa ilaa ha ilallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 comments:
salam,
semoga saya dapat amalkan..
Sangat sukala artikel ni. Boleh tak nnt nak amik sikit2 dr artikel ni? :)
merah s: beristikomahlah dalam beramal, ye. ni dah keluar 3 hari ke 40 hari tiap2 tahun.
nurul: u r most welcome..
salam tuan sesawang, alhamdulillah, saya keluar 3 hari tiap bulan dan 40 hari tiap tahun insyaAllah moga2 Allah terima usaha saya dan kekalkan saya dlm kerja ni sampai hari kiamat.. Fikir dan risau itu pencetus segala usaha.. Jangan tinggalkan bahtera Nabi Noh kerana engkau pasti lemas dlm lautan yg tak bertepi..
Post a Comment